Nak pakai ketat ? Ler , pakai jer …

by - Isnin, Julai 23, 2012

 

Dalam sebuah rumah …

“ Along , tukar baju tu .. kan tak sesuai baju tu.. Ketat sana sini baju tu.. Iskh.. Dah , tukar tukar .. “

“ Ala yah , boleh laa... Malam ni jer .. Pls plsss ayah .. “

“ Ayah tak kisah sebenarnya .. Kalau kamu nak keluar ketat gitu , nak lagi ketat pon ayah tak kisah .. Cuma ayah tak nak nanti kat akhirat , kamu jawab kat Allah yang ayah tak jaga kamu masa kamu di bawah tanggungan ayah .. Haaa..Kamu berani jamin ke kamu takkan jawab gitu ? “

“ Gini je la .. ayah benarkan kamu pakai ketat macam ni .. Tapi kamu kamu kena mintak izin dari Allah .. Cuba bukak kitab Al-Quran tu dan cari dalam tu kot kot ada tulis dibenarkan wanita Islam berpakaian begini .. Kalau jumpa , tunjuk kat ayah.. Hari hari ayah benarkan kamu berpakaian gini .. ok ? Setuju ? “

“ Er .. ayah je la carikan .. “

“ Eh , apa lak.. ayah mmg dah jumpa.. Takde tulis dalam Al-Quran kata wanita Islam boleh pakai ketat cam hantu bungkus ni .. Kot la ayah ada terlepas pandang .. Kamu kan lebih pandai dari ayah .. Sekolah sampai universiti .. Haa… cepat cari..  “

“ Yelaahh.. saya tukar je la… Iskh..susah la ayah ni .. “

“ Kamu marah ayah ke marah kat Allah ? “

“ Erk.. “

image

"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

You May Also Like

14 comments

  1. assalam, betoi tu Ben terutama dlm bulan puasa ni yg boleh buatkan pahala posa hilang...

    BalasPadam
  2. bulan ramadhan masa yang sesuai untuk berubah . semoga perubahan itu kekal selama nye .

    BalasPadam
  3. terbaik ayah ni...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/nice-song-najwa-latif-adamu.html

    BalasPadam
  4. Bagus sebagai nasihat buat semua muslimah di luar sana termasuk diri MM sendiri.. terima kasih bro Ben sudi mengingatkan.. =)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum:) sangat mendalam mesej yg dsampaikan. point of view seorang ayah yg sgt besttt! selamat berpuasa!:D

    BalasPadam
  6. pendekatan yang dilakukan sangat bagus. cara yang lembut dan membantu

    BalasPadam
  7. begini agaknya cara yang bagus utk menegur kawan2 kita yang masih mendedahkan sana sini.. bagus juga ni

    BalasPadam
  8. kadang kadang kata kata yang lebih sopan mudah diterima ..

    BalasPadam
  9. Syukur alhamdulillah...
    Moga Allah memberkati dan meredhai usaha dakwah En. Ben ini, Insya'allah. Jazakallahukhairon kothiro.

    BalasPadam