Pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah. ‘ I LIKE’ !

by - Rabu, Julai 18, 2012

 

Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya. “  - UTUSAN

 

Antara tweet aku semalam hingga aku tertidur ..

Dgr kata tahun depan handphone boleh bawak g sekolah ek ? Apa kata benarkan saja bawak maid atau bodyguard skali ? Baru best g skolah ! “

“ Tahun depan harap ada baucer pelajar utk beli handphone lak ! Tahun ni beli buku. Tak pun , bg je handphone 1Malaysia ! Undilah BN !! “

“Tahun 2013 . "Cikgu , cikgu ... Isabelot menangisss .. Handphone dia kena curik !! "

“ Tahun 2013 .. " Cikgu , saya dah follow cikgu kat Instagram.. Cun la awek cikgu .. I likeee .. "

“ Tahun 2013 .. " Cikgu .. Amat ngan Acong gaduh ! Diorg berebut nak charge handphone .. "

“ Tahun 2013 .. " Cikgu rotan saya , sayaaa tweet PM ! Siap letak hastag kementerian pelajaran lagi , ok ! Cuba laaa rotaan .. "

“ Tahun 2013.. " Eh , korang kalau nak cakap ngan aku , korang WHATSAPP je tau .. kalau kita ckp , ketua kelas tulis nama kita kita nanti.."

 

Gambar hiasan

Geng .. cikgu dok tidur .. amik gambar cepat .. Leh upload ke FACEBOK

 

Pendapat aku la kan .. Lebih banyak buruk dari baik . Masalah masalah baru akan muncul . Amik contoh paling mudah .. Pelajar akan jadi sasaran penyangak ! Sekarang ni pon golongan dewasa dirompak , diragut secara terang-terangan , bayangkan pulak budak sekolah ! Dengan wujud gengsterism disesetengah sekolah atau pelajar pelajar nakal , pasti gadget mereka menjadi sasaran .

Kebaikan , cuma ibu bapa atau guru dpt mengawal anak mereka di sekolah .. Keburukannya pula bagaimana ? Takkan nak biarkan anak anak kita menjadi sasaran penyangak ? Ingat , penyangak buat kerja dulu baru fikir ! Maknanya , mereka akan sasar je sapa sapa asalkan pelajar sekolah dengan beranggapan , dalam beg mereka ada telefon bimbit atau ipad ! Camana tu ?

Ada yang akan kata , “ Ala .. yang tak mampu tu , tak payah la bawak atau beli .. Yang mampu je buat semua ni .. “ kan ? Apakah anak anak kita nak telan air liur je bila tengok rakan rakan mereka ‘bergembira’ belajar menggunakan gadget ? Pasti dalam diam akan memaksa mak ayah mereka kan ? Maka tergaru garulah kepala selepas ni ..

Pasni , anak anak kita pasti akan lebih terdedah pada bahaya kerana mereka punya barang berharga yang sering menjadi sasaran penyamun ! Buka mata dan lihat masalah sosial yang  sedang berlaku sekarang !

 

“ Maaakkkk .. cikgu rotan baby tadiiii .. “

 

Kita kena berfikiran positif “. Betul .. Sapa nak tolong fikirkan yang negatif tu memandangkan byk menda negatif sedang berlaku skang ni ?

''Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan cara pembelajaran dalam talian iaitu 1BestariNet mulai tahun depan, kaedah pembelajaran ini akan semakin berleluasa di negara ini.”

Bayangkan kalau keluarga yang tak berkemampuan .. Takkan kerajaan nak bagi hanphone dan Ipad 1MALAYSIA ? Tak galakkan membeli ? Jadi ketinggalanlah anak anak itu ? Haihh …

You May Also Like

31 comments

  1. Rasanya tak perlu bawa hp ke sekolah, serius banyak keburukan dari kebaikan..fikir2 la..

    BalasPadam
  2. setuju tu..mmg ada kebaikkannya, tapi keburukkan jgn di abaikan..

    Lepas ne mmg makin byk mak bapak akan garu kepala..anak merengek nak itu dan ini..

    BalasPadam
  3. Xde 1 pn prkara positif yg trlintas kat kpala ni..huhu

    BalasPadam
  4. dulu masa aku form 3, kementerian benarkan, pastu tarik balik sebab hari pertama dah ada kes curi.. haha

    BalasPadam
  5. assalam, kena bincang betul2 baik buruknya...bukan hanya desakan beberapa kerat ibu bapa yg VVIP perkara ni dah nak dilaksanakan...yg teruk guru di sekolah nak handle..dah le masalah lain pun belum selesai2...

    BalasPadam
  6. xreleven lansung..punah la budak2 ni nanti...apa motif entah..makin hari makin pelik lak

    BalasPadam
  7. kebaikannya ada 2 3 je... tapi keburukannya ada beribu,,, huhuhu

    BalasPadam
  8. itu lah perkara yang saya selalu komen kat blog2 yang siarkan artikel pelajar sekolah dibenarkan bawak hp. banyak keburukan daripada kebaikan sebenarnya

    BalasPadam
  9. SETUJU!! setuju sgt2 dgn pendapat ben . serius , mmg byk keburukn dr kebaikan .. Kalau dh blh guna hp , pasni , public phone dpn skolah tu buang je .

    BalasPadam
  10. lebih banyak keburukan dari kebaikan dia..

    BalasPadam
  11. lepasni cikgu tak payah masuk kelas tulis kat papan hitam dah, cikgu mengajar dari bilik guru aje.. ape2 cikgu tepon / sms je .. yeayy I LIKE

    Nanti tak mustahil boleh bawak bibik dan bodyguard jugak.. kalau dah terdesak sangat tapi semuatu berlaku dekat pilihanrayajelah..

    BalasPadam
  12. saya pkai HP pon umo 18 tu pon dah keja... rasanye x patot kot.. even dah kerja pon leka kalau dpt main gadget2 and internet ni... bygkan la student skola yg x mature lg.. mesti mengangu tumpuan pemblajaran je... law nk pancing undi pon agak2 la kan hahaha.. be rasional

    BalasPadam
  13. maknanya adik saya yang pra sekolah pun boleh bawak ipad la ye .. HIHI .. nak sekolah balik la kalau macam tu ..

    BalasPadam
  14. memang x setuju 100% la En.Ben..
    http://kisahsidairy.blogspot.com/2012/07/jual-tubuh-demi-gajet.html

    BalasPadam
  15. Saya sependapat dengan abang Ben, mmg lebih banyak buruk daripada baiknya meluluskan pembawaan telefon bimbit ke sekolah. Hakikatnya, pelajar sekarang terlalu bebas. Hanyalah sekolah tempat mereka dididik dan diberi peraturan peraturan yang wajar. Cuma 8 jam saja sesi persekolahan, bukannya lama sangat pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi, klu budak2 kat asrama cam na la tue ? Kalau sekolah rendah.. iya iyala.. nda wajar tuk bawa fon , tpi, cer kita fikirkan tuk budak2 yang tinggal di asrama.. lg pun ni zaman canggih and moden.. jdinya.. telefon ni cam 1 keperluan asas la gak kann.. nak whtspp parents kat rumah poun susah.. ah i think.. better suroh bawa la tuk budok2 yang tinggal di asrama.. tuk dorang chat parents drg , call parents drg, or.. nak tangkap gambar bagie info ngan parents drg yng drg di mana masa itu.. pasal kes kehilangan tu , mandai la drg urus.. kita siap2 bagi amaran.. jgn klu dahh hilang bagi tau guru.. dah ckp cm tu jak ngn drg.. lg pun.. klu budak2 asrama ni.. dah pastinya budak2 tgktn 1 dan ke atas kan.. pandai take care diri masing2.. so akhir kata , lebih baik bagi kelonggaran ngan budak2 asrama tgktn 1 laa.. lgi pun drg kan baru jak berpisah dr parents drg.. mesti rindu tu ada kan.. cume tak yah gune la time pembelajaran dalam kelas.. maybe time rehat kaaa.. kan.. thts my opinion laa.. kalai x diguna pakai.. iya iya laa.. sama2 ada opinion kannn��

      Padam
  16. da mcm2 bende pelik kerajaan kite kenal kn, hu tp akhir nye membazir jugak, aii xphm la puiiii!

    BalasPadam
  17. setuju!!! lebih banyak keburukan dari kebaikan yg akan timbul di masa akan dtg. skang ni pun dh mcm2 gejala berlaku di sekolah, apatah lg di masa2 akan dtg klau kita x bendung. sila2lah fikirkan semula keputusan itu, jgn nak terlalu mengejar arus permodenan...

    BalasPadam
  18. pdpt sy x perlu benar murid2 sekolah ni bwk hp or segala mcm gadget dgn alasan parents nk pantau ank... kat sekolah dh jd tugas guru utk pastikan ank2 belajar dn dgr arahan guru dan pihak sekolah. balik rumah baru lah parents amik alih. dgn ada benda2 mcm ni kat sekolah... kalau hilang.. sapa yg nk disalahkan.. cikgu gak kan.. lg nyusahkan cikgu yg sibuk nk pantau gadget2 ni .. dgn murid2 lg.. cukup apa yg dibekalkan atau akan dibekalkan gadget2 canggih kat sekolah tu nanti.

    BalasPadam
  19. Hari ni muka depan Harian Metro - jual tubuh untuk gajet... kot-kot dek kerana tekanan rakan sebaya (yang kaya) untuk memiliki gajet sebegini, pekara sebegini terjadi pada anak-anak kita.. minta dijauhi Allah!

    BalasPadam
  20. idea ni sungguh tak releven langsung... makin tak selamt adalah pelajar2 ni... sy memang tak setuju pasal perkara ni... zaman dahulu pun mana ade budak buat semua ni... selamat je...

    BalasPadam
  21. banyak buruknye lagi.bdk2 skrg da advanced.tgk je la nanti.kelam kabut cikgu nak jaga XD

    BalasPadam
  22. Saya sebagai pelajar sekolah rasa 50/50 ..Yelah ,budak zaman sekarang perangai lahaii ,,x sanggup nak cakap.. Tapi mcm jenis saya nie yg balik xtentu sbb kadang2 ad tuisyen kadang2 xdek,. rasa nak nangis sbb xdek org jemput.. Public mcm pftt*&$@!# ..

    BalasPadam
  23. SAngat sangat sangat x setuju~

    http://syapik.blogspot.com/2012/07/pelajar-dibenar-bawa-telefon-bimbit-ke.html

    BalasPadam
  24. SETUJU!!!
    Esok lusa ada pula dgr berita murid ambil video punggung cikgu yang sedang menulis di papan tulis.
    Agenda....agenda....
    agenda tersembunyi....

    BalasPadam
  25. sye pljr skolah jgk..form 3
    dn sye rse ade 2 bnde sye x stuju pd dsr bru yg d buat

    1)bwk phone ke sekolah

    pde abg ben , rse2 nye kn die org nk download ilmu msuk otak ke nk download lagu kpop msuk phone?sy rse fokus pembeljrn akn ilang.jujur sye x suke.sye arp bnde ni d batalkan drpd diluluskn sbb kebaikn nye terlalu sikit tpi keburukan dia bercabang.betul x?


    2)PBS (pentafsiran berasaskn sekolah) yg brmula 2012 untuk peljr tingkatan 1 dn drjh 1.ini tahun pertama.tahun seterusnya juge begitu.


    mereka x de periksa lngsung.Jadi mcm mne diorg nk latih tubi otak klau mcm tu caranya?bgi yg pndai ok lah.tpi bgi yg sedrhana dn kurg pandai mcm mne?sye x yakin dieorg mahu ulangkaji.setakat hafal lepastu ckp dpn cikgu then terus dpt markah lps2 lupa.macam mne tu?at least , kalau ade periksa mcm pmr ke , peperiksaan akhir tahun ke , sedikit sbnyk bnde itu akn mendorong mereka untuk membce.x gitu?

    BalasPadam
  26. as a mom yg ada 4 org anak bersekolah...utk menengah reasonable tetapi dgn syarat2 tertentu.. baca idea kak liza.. entry lama. http://www.adzriel.com/2011/03/handphone-kena-rampas.html

    BalasPadam
  27. mungkin pd sesetengah org, merasakan fon tak perlu bawk kesekolah kerana banyak mendatangkan masalah. tp, pd saya, takde masalah kalau bwk .. pihak sekolah boleh buat peraturan dimana fon cikai yg takde kamera je boleh dibawa.. mmg sekolah 6-8 jam sahaje, tp pada yg balik lewat sbb kelas tambahan, koko, dan sebagainya? mereka perlu inform ibubapa jam berape balik dan sebagainya... kerana kdg2 masa tak menentu... bukan semua ibubapa tak bekerja, bagi ibubapa yg bekerja, mereka perlu pengurusan masa yg baik... public fon sekolah?? ada mmg ada tp berfungsi ke?? disekolah saya je, public fon kedua-dua tak function... nak telefon mcm mana.. katakanllah, waktu pulang sekolah tu trafik jam, dah tersangkut tengah2 dunia, nak buat apa??? patah balik pergi sekolah guna public fon bg tau parent yg tgh risau anak tak balik2 tu yg kite tersangkut trafik jam? zaman dulu ye selamat balik sekolah jln kaki sorang2 petang2, even balik lambat manapun parent tak kesah sbb pd masa tu selamat, tp sekarang lain.. saya sendiri memerlukan fon tu disekolah kerana waktu pulang saya tak menentu.. parents saya dua dua kerja dan saya perlu inform mereka waktu pulang saya... saya percaya bahawa pihak sekolah mampu utk menetapkan peraturan sendiri mengenai fon yg boleh dibawa....

    BalasPadam
  28. mungkin pd sesetengah org, merasakan fon tak perlu bawk kesekolah kerana banyak mendatangkan masalah. tp, pd saya, takde masalah kalau bwk .. pihak sekolah boleh buat peraturan dimana fon cikai yg takde kamera je boleh dibawa.. mmg sekolah 6-8 jam sahaje, tp pada yg balik lewat sbb kelas tambahan, koko, dan sebagainya? mereka perlu inform ibubapa jam berape balik dan sebagainya... kerana kdg2 masa tak menentu... bukan semua ibubapa tak bekerja, bagi ibubapa yg bekerja, mereka perlu pengurusan masa yg baik... public fon sekolah?? ada mmg ada tp berfungsi ke?? disekolah saya je, public fon kedua-dua tak function... nak telefon mcm mana.. katakanllah, waktu pulang sekolah tu trafik jam, dah tersangkut tengah2 dunia, nak buat apa??? patah balik pergi sekolah guna public fon bg tau parent yg tgh risau anak tak balik2 tu yg kite tersangkut trafik jam? zaman dulu ye selamat balik sekolah jln kaki sorang2 petang2, even balik lambat manapun parent tak kesah sbb pd masa tu selamat, tp sekarang lain.. saya sendiri memerlukan fon tu disekolah kerana waktu pulang saya tak menentu.. parents saya dua dua kerja dan saya perlu inform mereka waktu pulang saya... saya percaya bahawa pihak sekolah mampu utk menetapkan peraturan sendiri mengenai fon yg boleh dibawa....

    BalasPadam