Pelajar jururawat diajar dengan rotan ?

by - Ahad, Julai 08, 2012

 

Soalan

“ Abg ben... nk mntak abg ben komen psal satu situasi ni.
"kolej kesihatan gov, melatih pelatih2nya, dengan gaya sekolah rendah, dengan denda rotan dan memendekkan cuti, walhal pelatihnya rata2 berusia 19 hingga 26 tahun. malah, ada antara pelatih telah mendirikan rumah tangga dan mereka dilayan seperti anak kecil yang tidak tahu apa2."
wht do u think? “

AQOO NOOR 

 

Pendapat aku

Hurmmm.. hurmmm .. Nak kata mana eh ? Tak patut ? Patut ? Ini kali pertama la aku dengar kes begini . Aku nak bagi pendapat pon susah sebab satu pihak je aku dengar dan juga aku tak punya pengalaman mengenainya … Jadi aku buat dua pendapat ..

Andai itu benar , yakni pelajar diajar seperti budak sekolah rendah seperti dengan denda dan rotan , itu mmg tak patutlah .. Maklumlah , mereka yang masuk sana tu dah sedia maklum tau apa tanggungjawab mereka dan juga tujuan mereka ke sana .

Tapi tak dinafikan memang ada yang ‘nakal’ atau ‘sedikit nakal’ dan ini akan mempengaruhi pelajar lain . Secara tidak langsung , tumpuan pelajar lain akan turut sama terganggu dengan sikap pelajar pelajar gini .. Jadi camana nak uruskan kes kes gini ? Denda ? Rotan ? Rotan tu tak patut laa .. Bukan budak ..

Denda tu dengan pemotongan markah , ok bagi aku tapi itu akan membuatkan pelajar akan terkandas dan seterusnya gagal dalam jurusan yang diambil .. Apa nak jadi dengan dia kelak ? Sebagai orang punya pengalaman , perlu fikir baik buruk mereka juga ..

Yelah , negara kita sendiri dah penuh dengan masalah sosial . Mereka ni bukan tak boleh dibimbing tetapi perlukan kesedaran . Bagi mereka sedar betap pentingnya ilmu yang ada di depan mata mereka .. Contoh kejam la kan .. Mereka yang gagal , akan duduk dalam bilik mayat ! Haaa .. Tu contoh laa .. Tak yah ikut la sangat .. hehe .. kang ada yang demam 4 tahun lak ..

Jika benar semua ini berlaku , pihak pengurusan kena bersikap profesional untuk mengendalikan pelajar pelajar ni .. Mereka berminat cuma mungkin ada yang membosankan mereka .. Maklumlah , manusia ni nama je makin dewasa tetapi pemikiran ada yang meningkat seiring dengan usia dan ada jugak tidak ..

Kesimpulan .. pelajar kena tau apa tanggungjawab mereka dan pihak pengurusan perlu lebih bersikap profesional . Sapa nak berjaya menjadi manusia , maka berusahalah .. Kalau tak , jaga bilik mayat pon ok per ?

You May Also Like

9 comments

  1. sy rase mcm tak patut lah org yg dah dewasa di ajar dgn rotan... bnyk sebenarnya cara utk mengajar pelajar2 tu...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/lulus-dan-8-jam.html

    BalasPadam
  2. tarik cuti tu pnah la dgr.. tp yg part rotan tu, mcm x munasabah pulak..1st time dgr nie...

    BalasPadam
  3. tak setuju la. nanti diorang stress time kerja, silap2 patient jadi mangsa stress budak2 ni.

    BalasPadam
  4. aih...xpenah dengar pulak kes macam tuh. dahsyat betul. kalau setakat kemudahan ditarik , pernah jugakla..tapi sampai kena rotan, heran bin ajaib ..

    BalasPadam
  5. salam. sy student nurse. under KKM.
    Setahu sy, tidak ada kolej yg mengenakan undang2 merotan . logically, even sek rendah pon merotan parents dh bising.kalo betul di kolej ada peraturan sebegitu, pasti akan mnjadi tajuk utama berita di tv tempatan, bukan?

    berkenaan dgn cuti, sememangnya sedikit terhad tetapi tidaklah sampai menyusahkan pelajar.
    kita ke kolej utk belajar, kalo asyik nak cuti ja, bila masa nak belajar?

    sy berharap kepada yg menulis, tolong jgn malukan institusi anda.
    masih ramai individu di luar sana yg ingin berada di tempat anda.
    sila hargai peluang yg anda dapat dan bersyukurlah..

    BalasPadam
  6. berita mcm ni msuk dlm blog abang ben boleh jadi hit ni.

    setakat ni xda pun kes rotan2 tu,
    cuma disiplin ketat sikit tu adalah.
    biasalah eh, senior sebelum ni boleh jea sabar xkan junior baru masuk dah hilang sabar?. -__-
    xbaik lah budak tu ckp gini. boley menjatuhkan pentadbiran institusi kkm.klu betul , ini bukan jalanya. ok.

    BalasPadam
  7. tarik cuti tu adalah biasa...kena strict sket sbb nnt nak masuk kerja biar tahu disiplin sikit..

    BalasPadam
  8. sangat2 tak patut la kan.. biarpun tak pernah dengar lagi kes ni tapi memang tak patut la kan buat macam tu... sedangkan kalau nak ajar budak2 sekolah pun kena rotan sikit dah report kat pihak atasan ini kan pulak yang dah besar panjang..
    iniboleh menambahkan stress mereka utk belejar..

    BalasPadam
  9. no wonder la quality nurses byk yg hancur skrg ni.. kalau strict skit peraturan pun dh bising. mak sy nurse pun ckp, traning nurses skrg ni dh x mcm dulu. nowadays less strict banding zaman dia dulu. i dont think rotan tu diguna pun utk pukul org.. maybe just a symbol sbb budak2 zaman skrg ni terlampau manja sgt .. silap2 tak penah nampak rotan pun.

    BalasPadam