Perlukah Qhaliff mengambil vaksin ROTAVIRUS ?

by - Selasa, Julai 24, 2012

 

Petang tadi , ada wife bagitau aku .. Kawannya ada mengambil vaksin Rotavirus untuk bayinya.. Klinik kerajaan tidak menyediakan vaksin ini kerana mahal .. Harganya mampu capai RM300 .. Betul atau tidak , aku sendiri pun tak pasti ..

Apa tu penyakit ROTAVIRUS ? Aku pernah tau keropok ROTA jer.. Penyakit ni tak tau lagi .. ehhe .. Tapi mengikut dari apa yang aku google , Rotavirus lazim menyerang bayi dan kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, namun kajian menunjukkan orang dewasa yang dijangkiti virus berkenaan turut mengalami gejala seperti cirit birit pesakit muntah dan cirit-birit, muntah , sekali gus menjadi punca kepada dehidrasi atau kehilangan air dalam badan.

Menurut sumber, kehilangan air dalam badan yang teruk dan tidak dirawat dengan segera boleh memudaratkan pesakit terutama apabila muntah dan cirit birit itu berpanjangan.

Menurut pakar perunding padetrik ,Dr Yong Junina Fadzil , antara kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan Rotavirus ialah mengasingkan anak mereka daripada kumpulan kanak-kanak lain sekiranya anak dihantar ke TASKA dan jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan saudaranya yang lain di rumah. Pastikan ibu membasuh tangan sebelum memegang makanan

Katanya lagi , kanak-kanak dijangkiti Rotavirus lazimnya akan mengalami cirit-birit dan muntah diikuti deman sehingga badan mereka mengalami dehidrasi.

Jadi , perlu ke tak Qhaliff mengambil vaksin tersebut ? Hurmm .. Kena tunggu check up seterusnya untuk mendapatkan nasihat doktor .. Bagi aku , tak leh memandai mandai .. Bahaya gak … huhu ..

 

Sumber maklumat : Bharian Online

You May Also Like

16 comments

  1. Do whatever you think the best BEN!
    Semoga Qhaliff sihat selalu. InsyaAllah..bulan ramadhan byk barakahnya.
    I will always pray for the best!
    http://igossiprizal.blogspot.com/2012/07/igive-pashmina-for-raya.html

    BalasPadam
  2. betul tu. kena dptkan nasihat pakar. anak saya dh pernah amik vaksin ni, tp terkena jugak jangkitan rotavirus. sedih sgt :(

    http://suriaqistina.blogspot.com/2012/03/rentetan-tragedi-itukini-saya-trauma.html

    BalasPadam
  3. Qhaliff kemetot tido mcm org dewasa..

    BalasPadam
  4. mmg ada pon.. aritu tanya kat klinik swasta, kena ambik 3 suntikan dalam masa beberapa bulan lepas baby lahir... tapi ketiga tiga suntikan tu mencecah riban ringgit

    BalasPadam
  5. sebelum buat apa2, kena tanya dulu pada yang pakar... minta nasihat..

    BalasPadam
  6. salam,
    anak 1st saya ambil rotavirus..mmg mahal..rm280+ utk satu dos..kalau tak silap ada 4 dos.tapi anak no 2 tak ambil..alhamdulillah so far dua2 tak pernah kena rotavirus.

    actually kalau tanya doktor biasanya doktor akan suggest suruh ambil..tapi sebenarnya ambil pun bukan bermaksud takkan kena. ia cuma mengurangkan risiko..tapi bila baby dah terdedah..possibility tetap ada.

    kalau baca di internet boleh jumpa banyak baik buruk tentang vaksin ni..saya pernah buat entry pasal ni..

    http://ourkizuna.blogspot.com/2012/01/apa-yang-doktor-takkan-bagitau-kat-kita_17.html

    terus terang..pengambilan vaksin adalah personal decision saya. tapi setelah saya mengambil kira banyak faktor.terpulang pada ben. cuma..bukan semua yg doktor kata bagus tu betul2 bagus utk anak kita..

    dalam kes ben saya rasa since ben jaga sendiri qhaliff maybe risikonya kurang. tak setinggi org yg hantar anak2 ke nursery di mana kadar exposure nya lebih tinggi.. tapi terpulang..selamat membuat keputusan :D

    BalasPadam
  7. sy pun tak galak kan kita buat sesuka hati... mamang vaksin tu bagus... tp, kalau tak buat check up kita tak tahu yg vaksin tu sesuai atau tak kat baby tu...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-taman-tasik-taiping.html

    BalasPadam
  8. Setahu saya rotavirus ni.ada dua jenis. Ada yg 2x minum,ada yg 3x minum. 1 tu rm120-rm160. Kena amek sebelum baby 8 bulan. Tapi jakim dah keluarkan vaksin ni xhalal. Allahhualam. Yg rm280+ x 4dos tu pneumococcal/pravera13. Yg ni blh amek dan penting jugak klu nak amek.

    BalasPadam
  9. Rotavirus ni sebenarnya adalah virus common yang boleh menyebabkan Acute Gastroenteritis (AGE), so no worries. Orang tua pon selalu kena jangkitan rotavirus ni.

    Tapi ntuk mengelakkan Qhaliff kena AGE tu I think its best for him to take the vaccine. AGE sometimes can be very dangerous, and have poor prognosis. Sometimes jelah.

    Tapi kalau xsilap sy xsemua budak boleh amek vaccine ni. Ada specific age untuk Rotavirus vaccine.

    Just my 20 cents :)

    BalasPadam
  10. abg ben, kiter rasa kan better abg ben rujuk kpd dr.. actually vaksin tu tk amik pun tkpe..yg pnting baby kna jaga betul2.. yg byk msuk hspital tu hygiene tk jaga.. terutama sekali penyediaan mknan n botol susu.. botol susu tu pling pnting..bsuh ngan cara yg betul.. tu lah slah satu caranya..klau amik pn tp kebersihan tk jaga,sama jer abg ben.. tu skdr pndapat sy..huhu..^_^

    BalasPadam
  11. selalunya hospital swasta yang akan suggest this kind of vaccin.

    anak kte lahir kat hospital swasta, so memang banyak sangat vaccin yang digalakkan ambil.

    oleh kerana tak tahu apa, mmg kami ambil.

    macam Rotavirus, memang vaccin untuk mengelakkan cirit birit tu. cirit birit tu kalau menyerang baby memang teruk sebab ia akan mengakibatkan dehydration.

    kalau tak silap, pernah terjadi kat Ipoh, ramai yang kena penyakit ni. so diorang bagi vaksin rotavirus ni.

    setuju dengan pendapat-pendapat kat atas, kebanyakan yang kena penyakit cirit birit ni budak2 yang duduk kat taska atau rumah pengasuh. sbb tak berapa hygiene. so kalau duk taska, memang kena pikir untuk ambil vaksin ni, dan itu jugaklah sebabnya saya ambil sebab anak saya duduk kat taska.

    kalau tak silap, rotavirus bukan cucuk, tapi ubat makan. dan ianya taklah sampe riban2.

    yang pneumococcal tu rasanya mmg elok ambil sebab itu untuk cegah bronkitis and whatsoever. (yang berkaitan dengan radang paru-paru)

    pneumococcal ni ada 4 dos. yang ni kalau cukup 4 dos mmg cecah seribu lebih. tapi again, takde la riban-riban.

    orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati.

    so kalau dah namanya pencegahan, apa yang terbaik untuk anak, apa salahnya kita beri kan kan ??

    :))

    BalasPadam
  12. Salam...

    Saya pon dh ambik Dos pertama utk Pnemucoccal Vaccin tu, range harga utk 1 vaccin dlm 220-250...utk Dos ke-2 saya cek,RM280...tp sy blm ambil lg utk anak saya...
    http://nalurimurni.blogspot.com/2012/05/pneumococcal-vaccine.html

    skrg mcm2 pykt ada kat sekeliling kita, dan yg plg terancam, anak2 kita....antara kes yg blh menjadi iktibar sy ada tulis di blog saya: http://nalurimurni.blogspot.com/2012/02/pemergian-adik-faris-nur-daniel.html

    Moga dijauhkan dr segala penyakit berbahaya dr anak2 kita...amin...

    BalasPadam
  13. Salam
    myb bleh refer here. http://networkedblogs.com/AgfQ2
    sy pn mula2 cadang nk amik for my 4 mo bby, then cancel.. dr paed (muslim) x mention pn psl sumber vaksin ni.

    klu dh terbagi tu..nk wat cne kn. huhu. sian bby yg suci lagi murni itu..

    BalasPadam
  14. salam...minta nasihat pakar tu yg terbaik...that's what i did...

    BalasPadam
  15. thanks for sharing..baru2 ni anak kedua saya juga dijangkiti rotavirus..ramai ibu2 yang tak tahu apa itu rotavirus sehinggalah anak mereka dijangkiti..ramai juga yang tak tahu rotavirus boleh bawa maut..tentang vaksin tu..saya ada terbace ianya menggunakan sumber porcine dan tidak halal..ada fatwa yang dikeluarka..boleh rujuk e-fatwa..mommy n daddy yang penting kita tahu macamana nak mengatasi jangkitan ni..yang bahaya kalau tak tahu simptom dia boleh sebabkan dehidrasi..dehidrasi melampau pada kanak2 boleh rosakkan fungsi organ dan sebabkan kematian..jemput baca artikel di blog saya tentang rotavirus ^^

    Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jangkitan Rotavirus Pada Si Kecil Anda

    BalasPadam