Ramai yang masih tidak mahu mengundi di PRU nanti !

by - Isnin, Julai 16, 2012

 

Artis kononnya boleh pengaruhi peminat mengundi .. Eceh .. Yeke ? Aku tengok skang artis makin kelam kabut jer .. Camana tu ? Nak pengaruh apanya .. Bila bagi komen atau pendapat pon , serupa budak sekolah punya komen. Rasanya budak sekolah punya pon lagi bagus .. Maaf yer .. Memang bukan semua tapi sedikit sangat artis yang berilmu dan mampu berfikir dengan bernas ..

image

Ok , lari tajuk pulak .. tapi tetap ada kaitan . Kalau ikut dari poll yang aku buat di blog sejak minggu lepas dan bakal tutup 2 hari lagi ,  nampaknya jumlah yang TAK NAK MENGUNDI amat tinggi sekali ! Yang TAK NAK MENGUNDI jika digabungkan dengan yang bakal buat undi rosak , sebanyak 70 dari 241 undian , setakat ini . Yang lain masih amalkan UNDI ANDA RAHSIA (kononnya la ) ..

BN dan PR masing masing ada pengaruh tersendiri . Antara yang inginkan perubahan atau ok dah kerajaan skang ni … Yang satu , asyik dok tabur duit .. Yang satu lagi , dok keluarkan macam macam cerita .. Hehehe .. Mana satu anda nak ? Terpulang ..

Namun begitu , yang berdiri atas pagar ni seperti TAK NAK MENGUNDI atau UNDI ROSAK inilah boleh buat perubahan .. Mereka masing sangsi dengan kejujuran kedua dua parti ni haaa .. Nak percaya mana satu ? Duit , tak makan umpan punya ! Cerita mengaibkan , membosankan !

Apa yang mereka nak , aku rasa je laa .. Kot laa  .. KETULUSAN , KEJUJURAN , AMANAH dan SIKAP TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI ..

Sayangnya , takde dah pemimpin cam ni skang ni .. Kalau ada pon ,  leh kira sangat .. Tak lebih dari 10 batang jari kita ..

Kesian kita kan ?

You May Also Like

10 comments

  1. ada segelintir rakyat belum sedar lagi kepentingan mengundi ni. alasan diorang tak nak campur hal politik. tak sukakan politik... macam2 lagi la.... tapi bagi saya mengundi ni hak setiap insan. kita sebagai rakyat malaysia ni wajib mengundi, jangan jadikan alasan tak suka politik tak daftar sebagai pengundi. pilihan parti mana2 itu rahsia masing2... tetapi menguundi tu wajib bagi setiap orang yang dah layak. so keluar la mengundi jangan takut. fikir la pasal negara kita ni.

    BalasPadam
  2. mR bEN, SAYA BUKAN TAKNAK UNDI..SAYA ADA MASALAH untuk balik kampung..hehhehe

    tmpt undi di pahang..la ni kerja dia di kedah..jauh kan..nak tukar tmpt undi tak boleh.sebab kena ikut ic..jadi tak boleh buat apa..nak balik..mmg tak sempat..11 jam baru sampai..

    dah 2 kali PR tak dpt mgundi..atas sebab takleh tukar tmpat undi..sedih saya.

    BalasPadam
  3. Betoi kat BEN. aku rasa rakyat sekrang dah pening kepala nak memilih parti mana yg patut di vote..sebenarnya aku pun pening..
    mana tak pening klu kena memilih antara 2 perjuangan,satu juang more tuk negara satu lagi juang more tuk agama.

    Politik sekarang dah ditahap membimbangkan,pada aku la,xtahu la klu yg lain rasa tak.ditambah dengan cerita retis secara terang-terangan terlibat dlm politik..siap nak debat2x lg pasal isu tu. berfaedah sangat ke?

    Tak boleh ker kalau kempen tanpa memburukkan mana-mana pihak? contoh mcm iklan sabun,diowg buat iklan xde pun burukkan sabun lain even sabun diowg terbaik pun..

    BalasPadam
  4. Dah berbulan2 setiap mlm tengok berita siarkan satu pihak tembak bertubi2 satu pihak lain. Yg best nya pihak yg ditembak tak diberi peluang sikitpun utk membalas balik tembakan. Tapi tak apalah, mungkin pengurusan TV Malaysia ingat penonton2 Malaysia bengong2 belaka, akal tak ada sebab diselit celah tempurung lutut...

    BalasPadam
  5. kita perlu fikirkan masa depan anak2 kita,ingat pesanan ibu saya..masa zaman jepun dulu dia makan ubi kayu dan nasi pun terpaksa dibuat bubur utk sara hidup,anak dara kene menyorok kalau tidak kene hambat dengan jepun.untung anak2 sekarang semua dah senang,makan pakai cukup.peluang pendidikan pun banyak.

    BalasPadam
  6. Saya sokong 110 % pendapat JR.

    Jika gentleman..org dah jemput untuk berDIALOG/DEBAT tuu... sahut ler..

    Astro AWANI & pihak ASLI sudah bersedia utk menyediakan platform..

    Buat ler cam pemilihan Presiden U.S..

    Ini dari jauh ajer berani..
    kata belajar buah pukul....

    BalasPadam
  7. masih ada sedikit pemimpin yg perlu dicontohi pemerintahan islam..mcm di negara brunei tu sultan hasanal blkiah tu amalkan sistem pemerintahan islam dan juga yg terbaru di mesir iaitu Ikhwanul Muslimin.ada dgr cerita ustaz kata yg dunia ni dah tak lama lagi dah nak kiamat.akan ada sistem pemerintahan islam akan naik.jadi kedatangan tentera panji2 hitam semakin dekat..

    BalasPadam