Wan Shades tetap saman blogger ..

by - Khamis, Julai 05, 2012

 

Wan (Shades) dalam satu sidang media bagi menjelaskan perasaan tidak puas hatinya terhadap sebuah blog hiburan yang dikatakan memfitnahnya baru-baru ini.

Wan yang popular dengan lagu “Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal” ketika bersama Shades mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk 'Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?' pada 20 Februari lalu.

"Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada semua “blogger” di Malaysia yang kadang-kadang terlupa mereka bukan wartawan bertauliah dan tidak mengambil peduli tentang etika dalam penulisan.

"Saman ini adalah untuk memberitahu mereka walaupun berada dalam medium media bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis sesuka hati tanpa mengikut etika yang betul sehingga boleh mengaibkan ramai pihak,"  – Mstar Online

 

Baguslah .. saman je laa .. Tapi kena betulkan sedikit kenyataan tu .. bukan semua blogger tu ‘blogger’ .. Dan jangan sama kan dengan wartawan .. Yang dok tulis berita hiburan tu dan dok sibuk hal orang lain , tu bukanlah blogger sejati .. Tu blogger publisiti.. Sama gak dengar artis .. Ada artis sejati dan artis majalah ..

Tindakan saman ni patut dibuat tapi bukan ditujukan pada blogger saja .. Semua media patut amik tau batasan mereka terutamanya bila melibatkan peribadi seseorang ..

Kalau nak ditujukan pada semuaaa blogger di Malaysia , rasanya majoriti menteri pon ada blog gak kan ? Hehee .. Ahli politik pon begitu gak kan ? Ulama pon ada ..  Jadi , hati hati la ketika menulis yer ..

Bezanya blog dengan media cetak atau elektronik ni , mereka tiada editor dan jujur menulis . Cuma kesahihannya saja boleh dipertikaikan berbanding media lain yang mana terang terang semakin tak sahih .. terutama bila bab politik .. Hehehe .. Hiburan ? Lagi laaa .. Bosan siut ..

Terasa ? Tak .. aku bukan blog hiburan . Memang patut kena saman pon blog tu ..

You May Also Like

18 comments

  1. Betoi tu Ben... M sokong sangat pendapat Ben tu... Lps ni hope ada Blogger yang wat tentang dunia retis ni lebih berjaga-jaga... Ish tak baik la kita dok p buka pekung orang lain ni..

    BalasPadam
  2. Betul..betull.. jangan ingat semua blogger takde etika.. setuju dengan abg ben. Dan jangan terlupa, ada sesetengah wartawan kagum dengan penulisan blogger yang tak bertauliah . huhu~ sentapppp!!!!

    BalasPadam
  3. apa cer mamat tu ..! jadah nak samakan blogger dgn "blogger" publisiti

    BalasPadam
  4. Betul , asyik blogger di salah kan ... blogger pun ada banyak kategori tau ..

    BalasPadam
  5. betul bang ben,bukan semua blogger camtuh.

    BalasPadam
  6. megong!! artis tak de pelajaran yg tinggi, macam tula gamaknya..

    BalasPadam
  7. kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga..kerana sorang blogger kurang cerdik buat taik, habis sume blogger kena tempias..choiii.

    BalasPadam
  8. tak terasa pun...
    tapi bila hal-hal ini berlaku, sesiapa ja yang ada blog/fb/twitter apa saja laman sosial kena berhati-hati dalam setiap apa yang kita tulis.Kadang orng salah faham..Lain kita maksudkan lain diorang faham..
    apa yg boleh di jadikan pengajaran kita ambil..untuk kebaikan juga..

    http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/07/permainan-masa-kecil.html

    BalasPadam
  9. moral of the story tak yah sebuk2 nak tulis atau cerita pasal org lain.. cerita pasal diri sendiri je lg bagus kan? hehehehe

    BalasPadam
  10. betul ! kdg2 blogger saje nak cari publisiti. .buat cerita yg fitnah segale, maki hamun la . .btw kena masing2 jaga la.

    jgn smpai lembu sekor yg bodoh, lembu lain pn kena lumpur sekali

    BalasPadam
  11. sebab tu la kite kene berhati2 dalam setiap penulisan kan? zaman skrg ni org main saman ajeee... :)

    BalasPadam
  12. Saman jangan tak saman. Kalau tak lain kali dia buat lagi.

    BalasPadam
  13. dh agak dh..mesti blog tu kena saman punya..suka2 hati je nk tuduh org tanpa bukti...kan dh kena..huhu

    BalasPadam
  14. cam bodow la wat blog retis2 ni..

    bkn de hasil pun

    BalasPadam
  15. hahahaha.. pedas jugak entri kali ni..ehehehhe

    BalasPadam
  16. jangan berani2 nak tuduh orang tanpa bukti..skrg ambik la akibatnya..

    BalasPadam
  17. tu la pasal. dok tulis pasal orang lain je. nak populariti sampai cakap yang bukan2...papepun, pengajaran kepada kita semua la kan..

    BalasPadam
  18. Betul tu Abg Ben.. tak semua blogger tu "Blogger"..
    Sian juga kat Wan shades ni sebab tak pasal2 dia yang difitnah.. Betul sangat tindakan dia yang nak saman blogger tersebut sebab ini melibatkan maruah dan kerjaya beliau..

    Saya pun bukan blog hiburan. :)

    BalasPadam