Aku semakin merungut ?

by - Selasa, Ogos 14, 2012

Aku bukan melenting atau terasa malah berterima kasih atas komen dibawah ini ..

Entry anda semakin lama semakin banyak unsur merungut walaupun dalam bentuk yang positif...tak salah, kerana anda cuba mencari motivasi diri untuk meneruskan hidup di rumah dan bukan di pejabat..walaupun anda kelihatan sebagai seorang hero yang mampu buat semua kerja (yer saya faham, sukahati la, ni kan blog anda ;) ) tetapi nasihat saya jangan dianggap orang lain yang bekerja di pejabat itu dalam keadaan senang lenang dan berseronok dengan rakan sahaja..saya pernah berada di tempat anda dan saya yakin anda dapat seimbangkan semula entry anda dengan menampakkan peranan ayah bersama-sama ibu dalam mendidik dan mengasuh anak..jika tidak, anda akan kelihatan seperti orang yang pasrah..jika anda redha, akan nampak keceriaan dalam setiap entry anda kerana anda tahu setiap penat lelah anda itu menjana saham untuk akhirat kelak..Inilah motivasi ketuhanan.. “.

Jawapan aku ..

Yang pertama , saya nak beritahu rakan pembaca kehidupan saya ini bukanlah HAPPY GO LUCKY saja .. Sama seperti yang lain. Ada pasang surut .

Yang kedua , saya tak pernah anggap diri saya hero sebesar kuman pun..

Yang ketiga , apa yang orang lain buat kat opis , bukan masalah saya. Mereka happy atau tidak , semua itu saya dah lalui. Penat dengan kerja. Tensen dengan majikan. Berbaloi atau tidak . Dan saya bukan sekadar jaga anak kat rumah saja. Kena tunggu 'line clear' baru boleh buat kerja saya . Kerja saya pulak bukanlah kerja rutin walaupun nampak seperti rutin iaitu update blog. Perlu idea yang fresh untuk diceritakan .. Melayan karenah orang siber yang lebih ramai bersikap keyboard warrior atau ninja.

Yang keempat , apa yang berlaku adalah rutin harian . Saya bukanlah kaki tembelang untuk cerita yang manis manis saja. Nak mengasuh anak , apa yang saya ajar pada anak saya hari ini , saya rasa ramai lagi parents lebih bepengalaman dari saya.

Yang kelima , buat mereka yang dah kenal saya melalui blog ini , mereka tau pasang surut entri di blog ini. Blog saya ni ada 3 rasa .. Masam masin dan juga manis.Itu yang membuatkan saya gemar bercerita disini kerana saya berkongsi pengalaman hidup dengan mereka . Dan bagaimana saya menghadapinya ..

Ini bukan blog blog keibubapaan. Sebab itulah taglinenya SANTAI BEN ASHAARI dan bukannya PAPA MAMA BERSANTAI ..

You May Also Like

23 comments

  1. pendapat cuma sekadar pendapat... yang baik jadikan teladan yang kurang enak jadi kan sempadan...

    BalasPadam
  2. saya mohon maaf, tiada niat menyakitkan hati anda..saya cuma mahu anda lebih bermotivasi..mungkin cara saya salah..saya mohon maaf sekali lagi

    BalasPadam
  3. hehe...abaikan je pengomen itu bang... :)

    BalasPadam
  4. LOL... sy baru jew mengikuti blog ben ashari.... bg sy, ok jew.... xde lak entri y x sdp d baca... besa lha tuh, selera org laen-laen. Citer kartun pown ade sedih nyew. LOL

    BalasPadam
  5. Bukan senang nak jadi senang :) terus berusaha untuk mengejar kejayaan...

    Sabar......dan :)selalu

    BalasPadam
  6. heyyyy mr.mama.. santai2 ja encik ben..

    BalasPadam
  7. bro jangan sentap bro... komen membina tu... ambik dr sudut pozitiv... gua pun nak ambk komen tu sbg sesuatu yg pozitiv dlm blog gua...

    BalasPadam
  8. To be honest, betul, kdg terasa pula kami yg tgh berkerja ni...

    BalasPadam
  9. Mcam klaka pulak bila baca "PAPA MAMA BERSANTAI" . Takpe lah , memang lumrah kita tak boleh puaskan hati semua org dan tak semua org memahami kehidupan kita , lagi2 yg hanya kenal dlam "alam maya" je .

    BalasPadam
  10. sekadar bagi pendapat , yang baik kita ambik , tak biak kita tolak tepi

    BalasPadam
  11. @Aishah Jaafar Tak perlu minta maaf .. InshaAllah , saya cuba baiki ..

    BalasPadam
  12. Ben ... dari reply Ben, OKje dapat rumuskan yang Ben agak 'tertekan'.... Betul kata-kata ain tu.....

    Kalau kita nak endahkan kata orang... sampai bila pun tak habis-habis.... Samalah seperti kisah teladan antara unta, anak dan bapak.... yang lebih kurang kisahnya begini... Pandangan orang akan sentiasa salah bila tengok Unta tidak dinaiki, ada unta pun tak nak naik, tapi bila unta dinaiki bapak....orang tetap berkata...bapak tu langsung tak de sifat belas kasihan dengan anaknya, begitu juga bila unta dinaiki anak, sampai hatinya anak tu sanggup biarkan orang yang tua berjalan.. jadi begitulah seterusnya.... Apa yang penting.... fikir dengan cara yg rasional dan jika kita rasa baik... Insyaallah baiklah jadinya...

    Apa pun ini hanya pendapat OKje je... sharing is caring!

    BalasPadam
  13. @careno bukan sentap bro.. menjawab kembali..

    BalasPadam
  14. @Eny Yusnizar tak perlu nk terasa.. Itu cuma perasaan saya :) .. kita punya berbeza perasaan pada satu satu ketika dan ada kalanya sama ..

    BalasPadam
  15. itu pendapat orang lain kan abg ben.. kena hormati juga... (^_^)
    tapi selama saya mengikuti semua perkembangan blgo abg ben tak der pun terasa dengan setiap kata2 abg ben.. sedangkan saya juga bekerja, ada anak.. bagi saya itu kehidupan yang dilalui abg Ben..

    BalasPadam
  16. itulah tujuan berblogging kongsi rasa,kongsi masa dan pandangan membina.take is as positive way dan harus berterima kasih setiap kritikan yang membina untuk berjaya.

    BalasPadam
  17. salam ben..3 tahun dah ikuti blog ben, baca hampir tiap entri ben.saya fhm pasang surut entri kat sini. Kadang2 org tak fhm apa kita nak sampaikan. lain org lain pemahaman mereka. santai2 saja ben.apa yang penting, tolong taip dr hati jgn taip ikut kehendak mereka, walau cerita tentang kehidupan tapi kami setia di sini pasal ia jujur dari hati. apa guna kita taip hanya utk menyedapkan cerita?

    duduk di rumah, dan up entri sehari 2 entri dgn sehari 8-10 entri tu sama ke? pasti lain kan. teruskan menulis dgn santai.

    BalasPadam
  18. btl ckp abg.apa yg diktakan adlah apa yg dilalui.ur story,ur problem,ur way,ur feeling.mana yg sma,blh di ambil iktibar.mana yg lain,menamb dah pengalaman.

    BalasPadam
  19. So abg ben...buang yg keruh ambil yg jernih ye...bukan semua org leh jadi mr mama nih...salute hbs pada abg ben sanggup jaga anak sendiri di rumah dan jana pendapatan sendiri di rumah jua...so siapa husband hebat diluar sana yg buleh buat mcm abaang ben cer angkat tgn? ehehhehe tepuk dada tanyalah selera anda ye :)

    BalasPadam
  20. pendapat dia ja tu ben..yang mana rasa ok, boleh praktikkan, yang tak ok abaikan ja..relax.jangan emo-emo..

    BalasPadam
  21. Hahaha, keep it up!!! Take it positively. Perenggan yang terakhir tu terbaikkkkkkkkk!!!!!!

    BalasPadam
  22. sy dah lama follow blog abg ben ni, stakat ni bagi sy semua n3 ok je. abg ben citer pe yg abg ben lalui tiap masa, xkan tiap masa nak epy je kan.biasa la lumrah idup..kadang2 kite epy..time kite xde mood lain la plak n3 yg kite wat kan.teruskan menulis..:)

    BalasPadam
  23. Salam saudara Ben..
    Ramai yang suka dan ikuti blog ni..Bila ada kritikan itu tandanya kita bagus dan orang mahu lihat kita lebih maju ke depan..
    Memetik kata2 saudara Ben sendiri "Kritik tak semestinya benci..Setuju tak semestinya sokong"..Wallahua'lam..Semoga saudara Ben terus maju jaya..

    BalasPadam