Hati-hati bagi mereka yang berkeluarga memandu kereta !

by - Selasa, Ogos 21, 2012

 

Hurm .. terkedu gak bila membaca artikal berita DETIK CEMAS BAGI IBU DAN BAYI APABILA KERETA DILARIKAN di Yahoo ni .. Bukan apa , kadang kadang aku pun selalu gak lakukannya. Al-maklumlah , kita beranggapan negara kita selamat sejahtera di waktu siang di mana mana jua kita berada .. kan ?

Tapi penjenayah skang ni mana tau takut dah .. Main buat je kerja kotor mereka tu. Berjaya atau tidak , belakang kira. Yang penting , kerja tetap jalan !

Dan yang jadi mangsanya , seorang ibu dan bayi . Nak tuduh si bapa lalai , kita tak tau kan ? Sekadar kalau baca dalam akhbar ni , mmg la nampak si bapa tu yang bersalah tapi seperti yg kita sedia maklum , belum tentu cerita tu 100% tepat  dan padat. Hehe..

Jadi kita amik positif , si penjenayah tu lebih pantas dan tangkas utk melakukan kerja haram mereka . Tak kira la sapa mangsa , yang penting mereka dapat rezeki haram untuk diisi ke dalam perut dan juga memuaskan nafsu mereka .

Dengan ini , aku mengambil ikhtibar dari kejadian yang aku baru baca itu untuk lebih berhati-hati terutamanya bila mengisi minyak ! Aku harap semua yang membaca entri ni , tolong ingatkan pemandu kereta yang kita naiki  tu agar lebih berhati hati hati hati hati hati hati hatiiiiiiiiiiiiiiiii !!

 

Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak," katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.

Nurul Izzah berkata pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.

"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian" katanya di sini hari ini. “.

 

Ada seorang pembaca di artikal tu memberi idea yang bernas lagi berguna ..

“ TIPS UNTUK SUAMI yang suka henti kreta sekejap (hidup enjin) kerana ada isteri atau rakan di dalam : minta kedai assesories kereta pasang juga central lock di sebelah pintu penumpang hadapan. senang nak lock tanpa melunjurkan tangan terutama yang sedang timang anak. “.

 

Hurmmm .. Senang betul cara mereka mencari nafkah ..

You May Also Like

5 comments

  1. isk, risaunyaa. peristiwa ni dkat sangat dgn area rmah saya. huhu

    BalasPadam
  2. bahaya betul zaman sekarang ni.. dalam masa beberapa saat pun jenayah boleh berlaku..

    BalasPadam
  3. nafkah dorg y harem ~.~
    nk sennag je..ish2.

    BalasPadam
  4. zaman skrg ni macam2 boleh berlaku.
    perlu berhati-hati sangat2...

    BalasPadam