Itulah beza ayah dan ibu ..

by - Selasa, Ogos 14, 2012

 

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

 

Lirk lagu SATU nyanyian Aris Ariwatan yang senantiasa berkumandang di benak aku setiap kali aku mandikan Qhaliff atau menyusukan dia.. Bagi susu ok !

Kelebihan seorang ibu adalah SABAR . Sabar ni nampak kecik tapi sebenarnya ianya sangatlah besar dan mencabar. Berapa lama kita mampu bersabar ? Hanya ibu saja ada jawapannya..

Aku tak kata la ayah ni tak sabar.. Aku sabar gak .. Tapi tak boleh kata lagi sabar sangat sebab anak aku baru 4 bulan lebih. Tak tau lagi camana perangai dia bila dh besar lagi . Itulah terpulang camana aku suami isteri didik dia nanti ..

Cuma biasanya kita tau , seorang ibu tu mmg penyabar.. Tapi jarang kita dengar cerita si ayah pulak kan ? Hehe .. Kesabaran ayah ni jarang nak diperkatakan tetapi yang banyak dikecohkan ialah anak didera dek ayah .. Sian ayah kan ?

Tanggungjawab ayah sebagai khalifah pada rumahtangganya amatlah besar untuk dipikul .. Tu je aku mampu katakan.. Aku yang duduk dirumah ni , setiap hari dok pikir camana nak tambahkan lagi pendapatan keluarga. Aku bukan goyang kaki kat rumah jer ..

Bukan mengeluh tapi nak kasi tau pada mereka yang tak tau .. Kena pikir anak dan juga kerjaya. Aku ada job ari ni tapi terpaksa tolak sebab jauh nak pergi dan kena tinggal lagi anak.

Sana sini hati nak jaga .. Entahlah ..

You May Also Like

5 comments

  1. antara sy dan suami, suami sy lebih bersabar menangani kerenah ank yg baru setahun setengah tu...

    BalasPadam
  2. antara saya dan suami saya lebih boleh bersabar dengan kerenah anak kami..

    BalasPadam
  3. pernah satu hari anak saya yang kecil sekali mengamuk.. biasalah.. bila budak tak cukup tido, banyak main sampai kepenatan, akan mengamuk.. serba serbi tak kena... macam macam cara dah pancing/buat .. tapi masih jugak takmo diam... tiba tiba cik abe ambil kunci keta dan keluar... tinggal saya kendalikan anak itu... lebih kurang 10 minit anak dah ok.. saya mandikan, pakaikan baju kegemaran dia, buatkan susu, dan saya tidurkan dia... tapi dalam hati saya seakan terasa bila cik abe tinggalkan saya macam tu je... tak lama lepas tu cik abe balik.. saya tanya.. kenapa tiba tiba jer keluar.. jawapan dier.. dier dah tak tahan tengok anak mengamuk.. dan yang paling dier tak tahan ialah kerana dia tak boleh nak buat apa-apa... saya cuma cakap... cuba lah sabar... dia kata.. dah takleh sabar... saya bidas semula... kenapa saya boleh.... jawapan yang tak boleh blah.... "sebab itu awak ditakdirkan Allah menjadi seorang ibu ... Dia tahu awak boleh handle situasi macam tadi berbanding saya" ... itu pujian ker apa ekk..?

    BalasPadam