Jejak cikgu Ben Ashaari !

 

Sewaktu aku mengajar dulu , mmg dah guna nama BEN ASHAARI ni .. Tapi anak murid tak la panggil gitu.. Di kalangan guru guru terdekat je la.. Selepas tu , segalanya dah jadi sejarah .. Tu cerita 7 tahun dulu laaa ..

Tiba-tiba … Jeng jeng jeng .. Sedang aku menikmati kesedapan air 100 plus , tersedak lalu tersembur mengenai lelabah yang kebetulan lalu kat tepi dinding rumah jiran mak mertua aku tu haa.. Jarak dia , lebih kurang 100 meter persegi gak laa.. Tu tak ditolak lagi dengan jarak sebenar yang mana .. ahh .. merapu dahhh ..

Ok ,sambung .. Kenapa begitu? Ada satu tweet singgah yang mention aku ni haa ..

2012-08-24_17-48-30-1

Er .. sapa la pulak ? Takkan dia leh ingat aku kot ? Aku waktu mengajar dulu , dah abis brutal .. Jauh sekali la nak mengacakkan diri .. hahaha ..

2012-08-24_18-00-10-1

Ok , fine .. Apakah kenangan itu ? Kenangan silam ? Aku dan dirimu ? Eh .. lagu Bidadari lak . hehe .. Apakah eh ? Setau aku kalau aku masuk darjah 4 ni , aku mmg membebel jer banyak . Maklumlah , lagi 2 tahun nak amik UPSR .. Jadi kena isi sedikit dengan kesedaran diri tu.

2012-08-24_18-00-19-1

Ahhh .. Aku hampir pengsan .. Tapi aku baca semula .. Oh , aku tersilap rupanya.. Dia kata COMELNYAAA ANAK CIKGU ! Huh .. aku ingat dia kata aku makin comel .. Iskhhh …

Aku tanya dia camana dia leh jejak aku yang telah berusaha keras  menyamar ni haa ..

2012-08-24_18-11-20-1

Aduhh .. Terharu okeh !! Aku terharu.. aku terharu .. terhaaruu .. Hehe .. Sapa sangka kan ?

Pastu aku pon printscreen saat saat keterujaan aku ini untuk dikongsikan dalam FB dan juga blog .. Aku pon upload ke FB ( SANTAI BEN ASHAARI ) . Dan … Alahai.. dia pun ada kat situ haaaa …

image

Yang buat aku bertambah terharu ialah …

image

Ada yang tanya .. “ wahhh cikgu gitu.. cikgu ganti keee...

Tetapi dia backup aku tu..Waahh … Terpengsan sekejap okeh ! Tepi , tepi .. aku nak pengsan sat ..

Dia jawab .. “ Bukan cikgu ganti but a real good teacher.Haha dulu cikgu ramai peminat :3 Hehehehe “.

Huhu.. terkedu aku .. Dan selepas itu aku pun check profile dia dan ke blognya iaitu ,  http://www.izhardaughter.blogspot.com/

Boleh tahan .. katanya nak aktif dlm dunia blog ni haa .. Heheh .. Boleh jer .. Asalkan punya minat dan semangat … Jangan fikirkan sangat soal $ ni kerana isi kandungan blog akan rosak abis nanti .. hehe ..

Hurm… Kenangan .. hehe ..

Aku dah ceritakan pon kenangan ni pada awal tahun 2011 .. Hurm…Nak baca ke ? Klik SINI

Rindu gak nak mengajar tapi bila memikirkan .. hurm..Tak pe la.. Jadi blogger pon cikgu gak , kan ? heheh ..

Dan ada cikgu tak nak anak muridnya , jejaki dia .. Hehe .. Lawak kan ? Bukan apa , dia takut terkeluar airmata je tuuuu .. hehe ..

13 ulasan:

  1. muka izwanie tu cam muka member saya :3

    BalasPadam
  2. cikgu rupanya...
    mengajar mata pelajaran apa dulu Cikgu?

    BalasPadam
  3. pergh ! x sangka pernah jadi cikgu erk ? lepas ni , saya panggil cikgu ben ajelah ~ hoho

    BalasPadam
  4. pergh ! x sangka pernah jadi cikgu erk ? lepas ni , saya panggil cikgu ben ajelah ~ hoho

    BalasPadam
  5. wah ! cikguuuuuuu . sekarang dah jadi cikgu blogger and cikgu untuk qhaliff . huhu .

    www.munviolettaxious.com

    BalasPadam
  6. alololo sweetnye.. ayah cik anis pun ex cikgu-cikgu ganti.. sampai tue dah beruban pun org panggil cikgu.. Padahal ayah cik anis bkn ingat pun student die.. tu lah aura seorang cikgu walaupun hanya mengajar seketika cuma.

    BalasPadam
  7. wah... tak sangka..
    cikgu rupanya.. hehehe..

    BalasPadam
  8. Che'gu ben ngajor subjek ape yer?

    BalasPadam
  9. bangganya saya bila tahu Ben pernah jadi seorang guru suatu masa dulu. itu yg untungnya jadi cikgu, anak2 murid akan sentiasa ingat kenangan semasa guru mengajar ;)

    - cikgu Laili -

    BalasPadam
  10. jasa cikgu akan diingati sampai mati

    BalasPadam
  11. wahh bestnye dapat cikgu kacak!
    mesti semangat je ank murid datang sekolah kan. haha!

    BalasPadam
  12. Kalo jadi cikgu, sampai pencen pun org panggil cikgu. Hihihi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009