Johari Pain dah popular !

by - Jumaat, Ogos 10, 2012

 

Mula mula aku ternampak image status dia kat laman sosial FACEBOOK yang entah makhluk mana printscreen dengan niat tertentu ( pasni jawab sendiri la kat akhirat ) tapi aku tak endahkan sangat sbb bagi aku , ni cabaran yang mengarut .. Tak perlu nak dibuat pon dan tak perlu nak digembar gemburkan .. Biasa sangat kita dengar cabaran sebegini rupa.. Itu pendapat aku laa ..

Tapi bila dah sampai masuk akhbar online , tu lagi mengarut ! Malah siap ada fan page lagi .. Apa ni ? Takkan la benda sekecik ni nak diperbesarkan ? Dia bukannya caci maki sapa sapa pon. Sekadar buat status gurauan tak berakal jer .. Atau lebih tepat lagi , jari dia lebih pantas dari akal dia .. Dan dia dh pun minta maaf ..

Namun seperti yang kita tau , masyarakat kita ni mmg gemar besarkan perkara yang kecil .. Kan lebih baik cerita mengenai kejayaan Pandelela Rinong tu dari cerita si Johari Pain tu ..

Aku pasti laaa , sapa tak pernah buat ‘cabaran tak berakal ‘ tu pada rakan kita kan ?

“ Aku bogel laa kalau ko score goal ! “

Atau ..

“ Aku bagi 10 juta kalau ko dapat 10A dalam SPM nanti .. “

Secara tak langsung , ada semangat membuak untuk membuktikan kita mampu . Bukan sebab duit atau cabaran tetapi membuktikan kita mampu buat ..

Perkara begini , tak perlulah nak dikecohkan .. Banyak benda lagi boleh kita cerita kat FB atau media  ..

Pandelela Rinong pon confirm gelak jer tengok semua ni .. Yang penting , dia dah buktikan pada rakyat Malaysia yang dia mampu bawa balik satu pingat .. THE END ! Tak yah nak kerat apa apa pon ..

Kita ni sama je.. Tak perlu nak aibkan orang lain . Masing masing punya akal. Kalau kita dok kecoh sana sini , kita sama dengan Johari Pain tu. Sekurangnya dia sedar kesilapan dia.. Yang dok kecoh tu ?

Perlu sampai nak mintak maaf kat tv ? Adoi ..

You May Also Like

19 comments

  1. mesti dia gabra giler secara tetiba dia popular mcm tu...

    lepas ni mesti dia taubat tak nak buata status mcm tu...

    huhu..

    BalasPadam
  2. Macam macam hal lah skrang ni.. setuju dengan pendapat Abg ben.. Benda yg kecil nak perbesarkan..

    BalasPadam
  3. taw xpe..penat la sana sini pasal johari pain....memang pain kepala nih..huhuhu

    BalasPadam
  4. setuju2.. benda tu pun nak perbesarkan.. spatutnya cerita psl pandelela tp org lain yg famous lak..

    BalasPadam
  5. bagi momoy cara gurauan dia tu seperti menghina kebolehan atlet negara
    Allah tu nak tunjuk cash
    sekali padalela tu menang pingat
    satu dunia kagum dengan Mlaysia
    johari pain tu patut rasa malu

    BalasPadam
  6. aku setuju juga cuma tindakan dia seolah2 tidak hormat pada pasukan Malaysia..harap lain kali jgn buat statement mcm tu lgi

    BalasPadam
  7. takpa bro, yang duk cabar dia tu pun sebenarnya main gurau2 ja pun... sekadar utk hiburan bersama... hehehe

    BalasPadam
  8. kalau nk fofular buatla bnde2 mgrut. Erkkk. Tp berbaloi ke fofular sbb buat bnda mgrut.? Bukan fofular ni...bala nmenye....huhuu

    BalasPadam
  9. Abg Ben, bergurau dengan rakan dan orang lain tidak sama. kalau dengan rakan kita boleh bertepuk tampar. tapi dengan org lain kita harus berhati2. tengok saja status johari itu kita sudah tahu dia seperti memperlekehkan pandelela walaupun niatnya mungkin skadar bergurau seperti ank2 remaja yg lain....:)

    BalasPadam
  10. setuju ngan abg ben.tak perlu nak perbesarkan benda2 mcm ni.lagipun dia dah minta maaf.

    BalasPadam
  11. dalam bahasa pasar nya,kecoh lebih la mereka ni.sorry to say

    BalasPadam
  12. kan dah padan muka... nak buat status pun agak2 la kan.. kan dah satu malaysia tuntut janji dia..
    lepas tu nak minta maaf kat Media atau TV? Adui..

    BalasPadam
  13. biasalah tu keyboard warrior. mudah2an amanlah hidup dia lepas ni.

    BalasPadam
  14. Agreed..kdg2 dorang ni suka salah gunakan laman sosial..padahal byk benda berfaedah yg dapat kita manfaatkan dr laman sosial ni..contohnya wat bisnes ke..mengeratkan silaturrahim dgn kawan2 yg lama terpisah..pentingnya hati kita..if kita nak yg baik, baiklah jadinya..:-)

    BalasPadam
  15. Padan le muka.Time bercakap / menulis, tak nak ingat!Potong betul baru tau! Hehehehehe........

    BalasPadam
  16. small matter je derrr... typical malay mmg suka besar isu yg kecik... anggap je yg johari pain tu belom cukup matang... lagipun dia dah minta maaf...huhuhu

    BalasPadam
  17. ahh takdenye the small the matter..bkn masalah typical melayu perbesar mende kecik, dia yg mulut celupar cakap besar..klu dia saudara gua sekali pon gua takde nak bekap dia nye der~~

    BalasPadam