Lagenda ibu tiri berterusan ..

by - Khamis, Ogos 16, 2012

 

Bila dengar ibu tiri , pasti terbayangkan drama drama atau filem yang memaparkan kekejaman ibu tiri .. Apakah semua ibu tiri begitu ? Mestilah tidak kan ? Mana mungkin semua perkara tu putih saja .. Mesti ada yang hitam gak kan ?

Begitulah al kisah ibu tiri .. Hari ni dalam akhbar Harian Metro , kisah mengenai kekejaman ibu tiri berterusan ..

 

image

Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi. “.

Selanjutnya , g beli Harian Metro .. hehee ..

Camana tu ? Masih ada manusia yang tak berhati perut yang dera kanak kanak yang tak tau apa apa erti kehidupan di dunia ni .. Haaihhh …

You May Also Like

16 comments

  1. teruknya siap kepala masuk dlm jamban lagi...hahahaha

    BalasPadam
  2. tengok kat peha dia. nampak bekas hanger tuu. kesiannya dia :')

    BalasPadam
  3. YA ALLAH sedihnya tengok peha budak2 tue..berbekas hanger.....apelah salah budak2 nih sampai sanggup mak tiri tue keje kan sebegini...kot ye pon bukan anak ko..tapi ingat2lah dier pon manusia jugak

    BalasPadam
  4. laknatullah sungguh mak tiri cam ni, may Allah bless bdk bdk tu, kesian sangat :((

    BalasPadam
  5. Kesian :'( Kenapalah sampai macam tu sekali.. hurm

    BalasPadam
  6. xth la nak ckp ape dah abg ben.. zaman skrg ne mcm2 kes dah.. main bako2.. dera2.. isteri lari tinggalkan suami.. dadah.. suami dipenjara blablabla.. ikshh.. majoriti ye.. melayu.. susah nak ckp lah.. kite ne cuma boleh berdoa supaya.. jangan ade dikalangan ahli keluarga kite mcm nih.. tu jer.. minx simpang

    BalasPadam
  7. tak sanggup nak baca cerita mcm nih , tapi inilah realiti kan..?


    :(

    BalasPadam
  8. kesiannya..sampai berbekas mcm tu sekali..

    BalasPadam
  9. sian kt kanak2 tu..sampai berbekas teruk gitu..moga Allah beri petunjuk pada ibu tiri tersebut

    BalasPadam
  10. Mesti mak tiri dia tu sakit mental...gila ko sampai melekat bekas hanger sejibik cam tu. Jom kita try kat dia pulak apa dia rasa... Tiba2 teringat anak kat rumah...:(

    BalasPadam
  11. Kejam... Diorang dahla anak yatim...Rasulullah kasihkan anak yatim...

    BalasPadam
  12. ya Allah . sampai melekat bekas hanger tu . teruk betul perangai si ibu tiri dia tu !

    BalasPadam
  13. Astaghfirullahal'azim... sampainya hati ibu tiri dia ni. takder perasaan dan perikemanusiaan betul la.. sampai hati dia buat kanak2 macam tu. semoga mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan dia pada kanak2 tu..

    BalasPadam
  14. sungguh kejam dan tidak ada rasa perikemanusiaan terutamanya pada kanak2..apalah yg mereka tahu...

    BalasPadam
  15. pompuan mcm tu elok duduk dkt rumah org2 tua!!

    BalasPadam