Lagi artis berhijrah ..

by - Jumaat, Ogos 10, 2012

 

Alhamdulillah .. Kalau berita yang bagus mengenai artis , apa salahnya kita war warkan tanda kita menyokong dan gembira atas ‘kejayaan’ mereka menyedarkan diri mereka .. Kita bila lagi kan ? Yang dah tu , alhamdulillah .. Harap terus di landasan yang benar dan diredhai Allah ..

 

Sharifah Sofia Syed Hussein

 

Shila Amzah kini sudah bertudung

Nur Shila Amir Amzah

Tak perlu la kita mempersoalkan kenapa , mengapa atau berapa lama mereka semua ni memilih untuk berhijrah tetapi apa yang patut kita lakukan ialah amik iktibar dan juga muhasabah diri lalu berdoa pada Allah agar mereka terus beriman pada Allah dan begitu juga kita .

Sewaktu aku membaca artikal mengenai mereka tadi di Yahoo , ada satu komen menarik minat aku … Aku copy paste sat eh ..

 

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

 

Syukur aku pada Allah sbb beri peluang pada aku untuk menginsafi diri dan mengubah diri menjadi baik , setiap kali aku dibangkitkan dari tidur..

You May Also Like

18 comments

  1. Alhamdulilah..makin ramai artis dah bhijrah..smuge lpas ni ader ramai lg :)

    BalasPadam
  2. kan bagus kalau semua artis macam ni. :))
    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    BalasPadam
  3. tahniah kpd yg b'hijrah.. artis/bkn artis, bknlah soal utama. yg penting kita doakn mereka istiqamah. klu kita dh b'hijrah, istiqamahlah jugak. jgn m'kritik tp, menegur dgn cara b'hemah lebih afdal. paling tidak pun, tegur dgn hati.. insyaallah..

    BalasPadam
  4. :) Nurul syuhada Nurul ain pun dah pakai . COmel ! Alhamdulillah :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, semakin amai artis yang telah berhijrah dan menjadi contoh yang baik buat peminat2 mereka.. Syukur Ke hadrat Ilahi..

    wanita sombong yang masih tidak menutup aurat dengan alasan2 yang diberi diatas, semoga mereka mendapat hidayah juga. jangan terlalu bangga dengan kecantikan rambut dan keseksian korang.. (^_^)

    BalasPadam
  6. memang tu std jwpn dorang. boleh lah guna untuk tegur kawan2 lepas ni..arap mereka insaf untuk bertudung..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..
    tambah lagi sorang.. nurul shuhada nurul ain pun dah start pakai tudung.. manis jee..

    BalasPadam
  8. yang no 13 tu mmg femes kalau di tanya .. xnk jd hipokrit. erm .

    BalasPadam
  9. pernah terdengar ceramah ustaz..walau kita buat ibadat sekuat mana pun kalau nak masuk neraka tetap masuk neraka dan walau orang yang kurang/lemah ibadatnya belum tentu masuk syurga.semua itu Allah yang akan adili

    BalasPadam
  10. assalam, harap lebih ramai lagi yg sedar terutama dlm bulan yg penuh berkat ni...

    BalasPadam
  11. eh xtau pulak shila hamzah pong da pkai tudung..Alhamdulillah..manis je tgk

    BalasPadam
  12. niat mestilah tutp aurat kerana allah jangan nak berfesyen je . tutup tutp jugak kena tengok tutup atas bawah tak tutp misalnya pakai lengan pendek tapi pakai tudung motif ?

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah. InsyaAllah moga kite sama-sama lah renungkan bersama~

    BalasPadam
  14. @Rosniena
    pembetulan ayat
    walau orang yang kurang/lemah ibadatnya belum tentu masuk NERAKA

    BalasPadam
  15. Syukur alhamdulillah...mereka berubah. Ada sesetengah tu statik je tak der perubahan. Pakai tudung amalan2 lain tak gerak2...

    BalasPadam
  16. ahlan wa sahlan. alangkah indahnya hidup ini andai terus menerus terima hidayah dari Nya....

    BalasPadam
  17. betul!!!!tpi rsenye abg ben kene wt entry psl lngn bju pendek , xpkai stoking and mnyanyi jgkk sbb semua tu pon aurat.

    oh ye , knape ade mazhab yg kte x slh x pkai tudng ye.x phm lah.sesetengh ngara smbhyg nmpk rmbt.klau ade jwpn sharelh plissss

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah. makin ramai yang pakai tudung.

    BalasPadam