Lagi kemalangan di Putrajaya.

by - Rabu, Ogos 29, 2012

 

image

Tu sumber dari Utusan Malaysia. Tak bagitau , marah lak nanti .. heehe .. Al-Fatihah buat mangsa , Rosimah Mohammad.

Aku pelik la sebenarnya.. Kerap benar berlaku kemalangan jalanraya di Putrajaya ni .. Ada satu jalan dari rumah aku ni ke PICC .. Kat satu selekoh tu , walaupun takde kereta , kemalangan tetap berlaku kat situ .. Keras benarkah tar yang digunakan ? Atau ada puaka kat situ ? Haaa… Tahyul dah tuuu ..

Kalau lalu situ memalam , orang kata evil dead .. Tapi peliknya , kemalangan berlaku bukan belah malam ! Haaa .. Camana tu ? Dan menariknya , banyak yang terbabas langgar tiang lampu !

Atau sebenarnya , kecuaian manusia yang mengakibatkan berlakunya kecelakaan tersebut ? Tak dinafikan juga sebab jalanraya kat situ mmg clear giler ! Nak memecut sampai enjin tertanggal pun takde sapa nak marah !

Hurmm .. serius , aku sendiri pelik .. Sebab sejak aku duduk sini , banyak dah kereta hancur kat area tu .. Maut tu , aku tak berani la kata tapi ada gak la yang dah arwah ..

Hati-hatilah yer memandu .. Aku tak nak kekurangan pembaca kat blog aku ni .. hehe ..

You May Also Like

22 comments

  1. smlm efa g kerja lalu jalan tu, nampak accident nie.. teruk sgt.. menggigil je bwk keta...

    sempat share kt blog..hehe
    http://efagurlz.blogspot.com/2012/08/accident-berdekatan-alamanda.html


    mmg btl laa jalan tu "jalan maut" agaknye...huhu byk sgt accident berlaku kt situ..sume langgar tiang lampu...seramm lakk..

    BalasPadam
  2. Erm masa kte g opis smalam mmg terserempak dengan eksiden tu. smlm ujan lebat. Jalan licin. Tp org still bek laju. Dlm hati smlm mmg dah terdetik dh, ada yg eksiden kang ni, skali tak sampe 5 minit dh jumpa eksiden. Lg satu, kat situ orang selalu melintas, tak kira la yg naik motor, kereta atau jalan kaki suka nak melintas tengah2 tu sbb xde divider. Kte byk kali, tgh laju kat lane kanan, tbe2 tekejut sbb dh ada motor/kereta kat tgh2 tu nak melintas. Wallahualam. Tp itulah senario kat jalan tu.

    Yang benar,
    Pengguna jalan tersebut tiap2 hari.

    Heeee

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...
    sekadar berkongsi cerita. Saya juga pernah lalu jalan yg berlaku kemalangan ni tapi dr PICC ke Alamanda dan saya juga lg sikit nak kena langgar dengan lori besar coz sebenarnya saya tak nampak ade traffic light kat situ. Sedar tak sedar lori tu betul2 ade kat sebelah kiri saya dan Alhamdulillah nasib baik sempat elak.
    Cuak jugak lah sebab jalan die besar sangat dan masa tu mcm mata kena tutup sebab tak nampak traffic light tukar ke merah..
    Hati2 lah jalan ke putrajaya tu. Kalau org tak biasa lalu situ memang tak nampak ade traffic light kat simpang empat jalan besar tuh.

    BalasPadam
  4. ni mesti kes dh lambat masuk kerja ni, so pe lagi pecutlaaa...

    BalasPadam
  5. jalan kt putrajaya tu luas, tu yg semua bantai pecut lelaju..

    BalasPadam
  6. malang xberbau.. kita kena sentiasa berhati-hati.. ingatlah org yg tersayang..

    BalasPadam
  7. Jalan dekat situ orang leka..dan tak bnyk kereta kan so semua pakat2 laju..time selekoh tu yg terbabas smpi langgaq tiang lampu

    BalasPadam
  8. kat depan rumah akak pun ada jugak masa bulan puasa lepas sampai terbalik . nasib baik driver tu tak cedera teruk

    BalasPadam
  9. jalan kat situ mmg CLEAR sgt...pecut laju2 pon best...tp yang x bestnye...jalan kat situ beralun2...tar x rata..agknye sebb tu banyak xcident kot kat situ...

    BalasPadam
  10. takder nya la puaka kan. dorang bawa laju sebab takder banyak kereta lalu kat situ kan.. jalan selekoh jadi suka2 jer nak drift kat situ.. tu pasal la jadi kemalangan macam ni.. tapi apa2pun Innalillahiwainaillaihirajiun..
    pandu kereta dengan cermat..

    BalasPadam
  11. kami pun terserempak dengan accident pagi tadi..alhamdulilah takde yang cedera..

    BalasPadam
  12. salam..al-fatihah buat nya, moga rohnya aman di sana.

    berhati2 di jalan raya. kena hati2 lebih sekarang ni.kalau diri sendiri tak cuai org lain cuai. doa sebelum memandu dan keluar rumah jgn kita lupa. moga kita, keluarga dan sahabat handai terhindar dari mala petaka.semalam ptg ada kemalangan di area sek anak. kecut perut dibuatnya.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum . saya org sini . 19tahun dah menetap kat sini . berdasarkan info atok saya , kat situ ade angin lintang . so jangan bawak laju laju . hati hati :)

    BalasPadam
  14. Al-Fatihah buat arwah..

    psstt: ni tak pandu kereta ingat insaf kejap.. kang balik keje pegang stereng habis lupa..

    BalasPadam
  15. Ajal maut Allah tentukan, apapun tuan badan yg kena jugak tahu akan kejadian sebelum kemalangan
    http://asmarpunyablog.blogspot.com

    BalasPadam
  16. Nampak macam selepas hujan. Jalan basah. Mungkin disebabkan oleh 'aqua-planing'.


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Skodeng aktiviti menarik kat tangga

    [U] Tips berguna ketika mengecat

    [U] Gimme 500!

    BalasPadam
  17. dlu sy dok kat tmn desa pinggiran putra tu..mmg jalan dr alamanda ke PICC tu sll ada eksiden. seminggu dlm 3,4 kali eksiden baik yg truk or sket2.ari2 blk lalu jalan tu jd seram sejuk.apa yg sy n hubby peratikan, jalan tu kosong so org ske bwk laju.mslhnye struktur jalan tu beralun, tak bape rata n ada selekoh yg tajam.so ble dah laju,mmg takleh control la.

    BalasPadam
  18. br baca .. n br nak komen .. sbb mlm td 7.10 pm ada satu eksiden yg blaku di depan mata saya di simpang empat alamanda nak ke TM.. lembik kaki tangan sy tatkala berlaku kmlgn tu..lihat mgsa yg mngelupur dan habis di situ je...skrg sy traumatic...
    sisrich5225.blogspot.com

    BalasPadam