Logo Hari Kebangsaan semakin tak kreatif ?

by - Rabu, Ogos 01, 2012

 

Cuba singkap sejarah logo Hari Kebangsaan yang lepas lepas ..

197619771978197919801981

199619972000-11

 

Dan 3 tahun kebelakangan ini ..

200920102011

 

Dan tahun ini ..

 

PR gesa Pusat tukar tema Hari Kebangsaan

Haihh … dulu puas aku fikir camana nak buat logo yang kreatif yang mana mampu buat kita fikir apakah yang makna yang terkandung dlm logo tu ..

Tapi skang ? Aku terfikir apakah yang tersirat di sebalik logo ni .. Ayooyo …

Jujur la bila memberi  .. Kita sama sama bekerja di bawah satu bendera. Kalau semua dok mengungkit , letih ler ..

Nak bonus gak !!

You May Also Like

28 comments

  1. betul la , sejak 2,3 tahun kebelakangan ni , logo sama .. ayat tu je yg ditukar . ermm ..

    BalasPadam
  2. kalau semua dok mengungkit..letih ler!!

    serius setuju dgn entri terbaru bro ni..bkn mgampu ekekeke..
    hadoi apa guna bangga dgn taraf pendidikan negara yg makin maju jika masih anggap rakyat tak tahu menilai..
    p/s::harap komen ini tak di remove hehehe

    BalasPadam
  3. dah ok dh logo tu cuma dipolitikkn oleh pihak pembangkang..

    BalasPadam
  4. Ingat masa zaman sekolah dulu ada pertandingan mencipta logo hari merdeka ikut tema... sekarang ni... Hmmm... ada lagi ke kalo logo sama digunakan berulang-ulang... atau mungkin ada maksud yang tersirat macam hasrat tak tercapai lagi ke?

    BalasPadam
  5. tema hari merdeka pun semakin tak kreaftif..

    BalasPadam
  6. kenapa perlu ada perkataan janji ditepati.. lagu pun mereka ada sebut janji ditepati, kini masa balas budi..
    apsal macam tak ikhlas jer...

    BalasPadam
  7. Tahun ini... logo, tema dan lagu sambutan Hari Kemerdekaan semuanya lawak.


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Angel Birds

    [U] Tips #02: Cara menadah debu ketika menggerudi dinding

    [U] Asal-usul nama Jalan Kelapa Muda

    BalasPadam
  8. teringt dulu nk mlukis logo merdeka ni punye la perah otak.buat bulat2la,bucu2la.hihihi.nak bg ikut tema pnye pasal dan maksd2 yg nak disampaikan melalui simbol.ntahla.tak mau la politik kan hari merdeka.hari bersejarah kan merdeka ni :)

    BalasPadam
  9. bz sangat kot tats y xbole fokus pd ciptaan logo baru.

    BalasPadam
  10. @ahmad zikron'Logo' macam tuh dikatakan 'OK'? Dipolitikkan oleh pembangkang? Siapa sebenarnya yang mempolitikkan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini? Lawak.

    BalasPadam
  11. bukankah dah buat kenyataan tahun ni tak ada logo rasmi pun untuk hari kemerdekaan.. dari mana tah datang logo tu.. takkan lah buta sangat gomen la ni nak guna logo tak semenggah cam tu...

    BalasPadam
  12. Bulan Ramadhan yang mulia ni adalah lebih baik kita bercakap perkara yang baik-baik sahaja..Nikmat yang Allah telah dan masih beri kepada Malaysia tidak terhitung banyaknya untuk insan yang tahu menilai dan mensyukurinya..Wallahua'lam.

    BalasPadam
  13. Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada hari ni...bukannya terus menerus mengkritik...nilai diri sendiri dulu sebelum menilai orang lain....peace :-)

    BalasPadam
  14. Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada hari ni...bukannya terus menerus mengkritik..nilai diri sendiri dulu sebelum menilai orang lain...peace :-)

    BalasPadam
  15. @Mia kritik bukan tanda benci .. Kena tau dan faham peranan kita sebagai rakyat yang menilai mereka yang mentadbir negara.

    Buka mata .. Saya dah buka mata sbb dah ada pengalaman duk dalam kerajaan ..

    BalasPadam
  16. @arlissaa Ada yang buruk ke yang diucapkan kat sini ? Apakah kerajaan tak boleh dikritik ? Kritik bukan tanda benci.. Alahai ..

    BalasPadam
  17. @Warna Warni Kehidupan Untuk pengetahuan Cik WWK, logo rasmi itu diumumkan di website Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Public outcry bermula dari situ. Tapi I rasa diorang dah delete entry tersebut pada 29/07/2012 selepas DS Dr. Rais Yatim mengumumkan bahawa 'tiada logo rasmi' untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2012.

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=251790071604581&set=o.450089135012104&type=1&theater

    BalasPadam
  18. Hari kebangsaan sepatutnya lebih patriotik bukan dipolitikan. tema dan logo perlulah lebih kreatif.

    BalasPadam
  19. Kritik boleh saja asal kena pada asas dan fakta yang sahih..bukan berdasarkan pemerhatian dan apa yang kita fikirkan saja..saya tak kata saudara tulis yang buruk tapi sebagai penulis yang prolifik, setiap apa yang ditulis akan memberi pengaruh yang besar sama ada ia positif atau negatif..kadangkala penulisan yang berbaur satira politik boleh menyemai bibit kebencian kepada negara dan kepimpinan yang sedia ada.Pengalaman duduk dalam kerajaan bukan bermakna kita tahu segala-galanya tentang kerajaan sedia ada..Melainkan kita adalah tampuk yang tertinggi dalam negara, sedangkan kita adalah golongan marhaen seadanya..Idea saudara memang bagus tapi bagaimana untuk melaksanakan idea itu adalah yang sebenar2nya patut diambil kira...maaf jika mengganggu ruangan ini secara keterlaluan..Wallahua'lam

    BalasPadam
  20. @arlissaa kita punya pendapat masing masing .. Hak bersuara sebagai rakyat telah saya gunakan dengan niat untuk menegur selagi mana dirasakan perlu.

    Apakah hanya mereka yang duduk di tampuk tertinggi saja yang tahu ? Hehe.. Nampaknya anda memandang rendah mereka yang dibawah ini ..

    Tak mengapa.. hak kita bersuara. Jika rasa entri begini boleh menyemat kebencian , cuba fikirkan apa yang telah ' mereka ' buat untuk menyemarakkan lagi pada kerajaan pimpinan sekarang . Bukan pada negara. Maaf , saya cintakan negara saya. Takde kaitan dengan negara..

    BalasPadam
  21. pendapat saya,
    cantik + kreatif lagi logo-logo yang sebelum ni...
    tanpa 1malaysia tu laa...
    logo terbaru ni,
    tak macam logo..
    tahun demi tahun,
    semangat patriotisme pun semakin menurun..
    err...
    Merdeka! Merdeka! Merdeka!~~~

    BalasPadam
  22. This is my last comment..Saya sangat, sangat, sangat minat pada penulisan saudara Ben..yup i'm your silent reader..just imagine there are thousands maybe millions people out there who read your mind through your writings..saya cuma harap saudara Ben fahamkan semula apa yang saya cuba sampaikan pada saudara. saya bukan your haters..nope, jauh sekali saya nak benci saudara, cuma saya dapati penulisan saudara adakala cenderung ke arah sana (you know what i mean)..bagi saya itu amatlah tidak adil kerana pembaca saudara adalah dari pelbagai sosio budaya..pembaca blog BA yang meminati penulisan anda terdiri daripada pengundi hijau, biru, merah dll..terdiri daripada pekerja swasta, kerajaan, peniaga, pelajar,surirumah dll..Saya tak pandang rendah pada golongan bawahan, in fact i'm one of them..Maaf jika komen saya ni buat sesiapa tersinggung..just like you, i speak my mind loudly, clearly and carefully..Wallahua'lam.

    BalasPadam
  23. @arlissaa Terima kasih kerana sudi baca tulisan saya.

    Memang seperti saya cenderung ke arah sana tapi hanya Allah tahu isi hati dan tujuan saya..

    Pembaca di blog ini saya percaya mereka cerdik belaka untuk menilai mana yang baik dan buruk seperti mana anda . Sebab itu saya hanya mampu menulis dan berkongsi pendapat dan rasa .. Hanya di sini saya mampu lakukan ..

    Bayangkan jik orang seperti saya ni tak wujud , apa jadi pada mereka yang punya kuasa ? Takde sapa nak tolong tegur kan ?

    Sekali lagi , terima kasih kerana sudi memberi komen dan pandangan .InsyaAllah akan saya baiki penulisan saya akan datang ..

    Kritik tak semestinya benci . Setuju tak semestinya sokong ..

    BalasPadam