Mengalir airmata aku di pagi hari ..

by - Jumaat, Ogos 10, 2012

 

Baru nak tidur .. Tengok jam dah hampir 3 pagi. Sebelum tu ada urusan dunia yang aku kena selesaikan . Selesai , baru nak lelapkan mata. Tapi mata tak boleh lelap lagi .. Aku belek FB sat membawa status kengkawan .

Terpandang satu status kawan aku yang jarang benar dia nak memuji sesuatu perkara yang takde kaitan dengan dia di wall dia . Aku klik dan bukak .. Hurm.. Video Youtube … Aku layan jap sbb 7 minit lebih jer ..

Entah tiba-tiba hati aku terasa sebak. Bukan sedih tapi tersentuh melihat mereka mandi di pagi raya Aidilfitri di sebuah kolah masjid dan mereka saling membantu menyiapkan pakaian raya mereka untuk menyempurnakan misi utama mereka .. Tang ni buat aku sebak dan mengalirkan air mata tanpa aku sedari ..

Mereka yang aku maksudkan ialah dua orang budak anak yatim piatu yang kurang upaya tetapi mereka punya hati yang sangat menakjubkan !

Aku pandang Qhaliff yang dah jaga dan turut sama tonton video tu lalu cium pipi dia .. Huhu ..

“ Daddy nangis la Qhaliff .. “

 

Tengok la sendiri eh .. Klik BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial atau .. hurmm .. layan je la kat bawah ni ..

Jangan lupa baca komen kat video tu nanti .. huhu ..

You May Also Like

23 comments

  1. Saya pun sama nangis tengok video tu .. memang syukur sangat2 dengan apa yang ada skang ..

    BalasPadam
  2. Sedih tul video tu .. saya ni yang jenis jarang nangis pun bleh leleh gak .. commercial terbaik dari Bernas .

    BalasPadam
  3. ya Allah .. menyentuh perasaan sgt

    BalasPadam
  4. Untuk kesedaran diri masing-masing....ada org yg susah dr kita...

    BalasPadam
  5. iklan tu buat semua menangis..iklan terbaik tahun ni..

    BalasPadam
  6. saya pon nanges part tu abg ben..sedih sangat. :'(

    BalasPadam
  7. samalah ngn saya , part yang pagi raya dia siap2 tue, buat saya melelh air mata , sbb teringat kat arwah mak & arwah abah :(

    BalasPadam
  8. sedihnya... sangat2 sedih.. mengalir air mata saya tgk video ni.. mak ahmad mak fizi juga.. terbaikkk la video ni..

    BalasPadam
  9. Kadang-kadang kita baru tersedar....betapa bersyukurnya kita dikurniakan anak, isteri atau suami yang begitu sempurna bukan seperti mereka.... dan bagaimanakah tanda kesyukuran kita kepadaNya....

    BalasPadam
  10. Samalah . Tak boleh tahan air mata part dkat masjid tu . Tgk blog ujang , dia ckp yg buat iklan nie perempuan cina :)

    BalasPadam
  11. Sangat tersentuh tonton video tu. Gigih dua orang sahabat tu. huhu.

    BalasPadam
  12. sy pun ternangis jugak.. sedihnye..

    BalasPadam
  13. sedey gile! nanges sensorg sy tgk vc ni.... comeii je ank2 yatim tu....
    (syg ank2 sy...kiss ank2 sy byk kali!) :(

    BalasPadam
  14. Sayu bila melihatnya.....betapa beruntungnya kita yang masih ada ibu dan ayah.Hargailah dan sayangilah mereka.

    BalasPadam
  15. Sayu melihat anak istimewa tersebut...beruntungnya kita yang masih ada ibu dan ayah.so hargailah mereka

    BalasPadam