Namawee buat hal lagi !

by - Ahad, Ogos 12, 2012

 

Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.

Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.

- Bernama / SinarHarian

 

BEN : Haih .. Yang nak marah si Lin Dan tu apa hal ? Alahai .. Bikin malu tul la mamat ni .. Tak sudah sudah kasi hal . Tak payah la beria sangat.. Nak luahkan, tunjukkanla cara awak tu orang Malaysia yang kaya dengan budi bahasa yang mana cikgu sekolah dah ajar kat awak tu haa .. Ke tak g sekolah kat Malaysia ni ??

Buat Lin Dan .. kalau paham bahasa Malaysia .. Jangan layan mamat gila glamer ni haaa .. Serius , tak berbaloi .. Camana ko punya perangai tu , lantak laa .. Takde sapa nak sakit hati .. Benda dah settle .. Emas dah kat tangan .. Apa nak kecoh lagi kan ? Psst.. Dia jeles je tu .. Biar je laa kat mamat syok sendiri tu haa ..

You May Also Like

16 comments

  1. ada yang kata namewee ni bagus sebab apa yg dia sampaikan melalui movie2 yg dia dah buat, but bila dia buat statement macam tu, tak tau nak percaya mana satu either dia ni baik or jahat. ntahlah.

    BalasPadam
  2. akal tak panjang, berfikir la dulu sebelum berkata-kata kan.. buruk padahnya kalau bercakap ikut sedap mulut ni. kan?

    BalasPadam
  3. malukan malaysia btul la apek sekor nih. nk kejar glamer murahan. sampai gitu skali.

    BalasPadam
  4. malukan malaysia btul la apek sekor nih. nk kejar glamer murahan. sampai gitu skali.

    BalasPadam
  5. Dia ni ada masalah akhlak dan personaliti. Akal dia bagus tapi guna cara salah. Or..maybe he's on drug.

    BalasPadam
  6. teruknya. dia ni kan... tak berubah rubah...

    BalasPadam
  7. tak yah dilayan sangat orang2 camni.... ni kategori2 orang kurang kasih sayang la ni...haha

    saje buat bende ngarot nak tarik perhatian orang...duhhh

    BalasPadam
  8. Walaupun sedih dengan kekalahan Lee Chong Wei tetapi kenapa perlu hina Lin Dan? Harus diakui bahawa Lin Dan sukar untuk ditewaskan walaupun Chong Wei dah beri tentang sengit. Tak pasal2 nama Malaysia terpalit sama.

    'Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.'
    Baik punya alasan. Kenapa orang merasa dirinya betul? Jawapan dari sudut psikologi.

    Bagaimana cinta menjadi buta? Misteri di sebalik pemikiran manusia terungkap.

    BalasPadam
  9. dah tak hairan kalau dia buat hal.. cuma cara dia tu memalukan Malaysia..

    BalasPadam
  10. assalam, mmg jenis tak fikir perasaan orang lain la dia ni, pada dia janji perasaannya sahaja yg difikirkannya...lps tu sebar plk kat dunia siber...tak ke haru...memalukan negara saje.

    BalasPadam
  11. Namawee ni orang dia sangat creatif dan memang daring giler... tak tahu ape masalah da sampai dia buat gitu.... maybe he knows well then us ... kita pun xperlu hina si namawee kan? kalau kita hina dia... kita pun 2 x 5 la... hahahahhah larikkkk

    BalasPadam
  12. otak dia ni ada short sikit la agaknya.haha

    BalasPadam
  13. x abis2 nk buat malu. dulu ingat dh insaf..

    BalasPadam
  14. dia ada masalah otak kot.. dia pulak yang nak marah2.. terpaksa pula DLCW memohon maaf bg pihak dia.. aduyai.

    BalasPadam
  15. setuju dengan Abg BEN. Namewee ni tak payah dilayan. Menyusahkan Dato' Lee Chong Wei lak..

    BalasPadam
  16. Namawee ni rasenye insan yang kurang kasih sayang kut. asik sukakan perhatian dengan cara yang salah

    BalasPadam