Punca kemalangan ..

by - Isnin, Ogos 20, 2012

 

Baru sampai Kelantan .. Selamat dan seperti biasa, kalau ada jalanraya pasti ada yang teringin nak kembali bertemu dengan-NYA secepat mungkin dengan cara yang amat ‘pantas dan menarik’.

Cuaca pada awal pagi sangat best hinggalah aku rasa macam nak berenti dan bergambar di tepi tepi jalanraya yang mana kabus masih lagi tebal.  Sejuk ? Jangan ceritalah ..

Tu semua masa di lebuhraya Genting Sempah dan bila masuk ke Bentong. Pastu mula dah bahang. Bila gitu , mata mula mengantuk . Yang mula tidur hingga kat Gua Musang , aku rasa korang pon tau sapa kan ?

Ada satu insiden yang mmg nak buat kemalangan maut berlaku ! Sebelum hentian Benta ... Kira kira 2km gitu seingat aku laa .. Ada sebuat Myvi ni nak buat ala ala Kamikaze la kot .. Dia potong hampir 3-4 buah kereta tak silap aku la .. Dan dia berada di lorong aku. Semakin lama , semakin dengan dengan aku. Aku terpaksa perlahankan kereta sangat sangat .. Ikut hati aku , nak je aku bagi hon panjang non stop ala ala kapal berlabuh .. Tapi risau dia terkejut lak ..

Sehinggalah dia dapat potong semua tu , baru dia masuk ke lorong dia .. Bayangkan jika aku sendiri dalam keadaan laju tadi ? Tak payah bayang .. aku gambar contoh je kat korang .. Amacam ?

Perjalanan diteruskan tapi driver tukar dah masa kat Hentian Benta tu. Aku ngantuk . Mungkin sbb mata dah tuaa .. hehe ..Sampai Gua Musang , tukar semula driver ,

Dari situ ke Kok Lanas, kesesakkan bermula di Kuala Krai. Punca tak tau laa .. Tapi bila sesak begini , aku mula pedih bijik mata . Ini adalah punca kemalangan gak ! Kalau aku tak berhati hati atau terlelap , mmg bala kepada aku dan keluarga aku.

Tak dinafikan ada berkali gak mata aku hampir terlelap dan terkhayal. Syukur pada Allah , takde apa yang berlaku. Aku paksa diri makan gula gula getah , roti , minum air , head bagging dan cuba buat tips baru untuk hilangkan mengantuk iaitu , cabut bulu hidung . Berhasil tapi sayang tahan 10 saat jer.. Kalau nak sambung lagi , mmg abis la bulu hidung aku .. huhu ..

Kul 3 lebih baru sampai rumah mak mertua. Keluar rumah kul 6 pagi . Sampai Gua Musang kul 1030 dan patutnya sampai sini kul 12 lebih tapi jammed tu punya pasal , tambah lagi 3 jam !

Huh !

You May Also Like

2 comments

  1. alhamdulillah, sapa jugak akhirnya

    BalasPadam
  2. Tadi ada nmpk ben..kite hon la 2,3kali tp ben xpasan kot..hehe..selamat hari raya...

    BalasPadam