Rezeki ada di mana mana !

by - Rabu, Ogos 22, 2012

 

“ Boleh ke kau sara keluarga kau dengan blog ni ? “

Bila aku menyatakan hasrat aku menjadi blogger sepenuh masa , ada yang tergaru garu kepala. Betul ke tindakan mamat ni ? Giler ke apa ? Berapa sangat la pendapatan dari blog ni ?

Bukan nak bercakap riak atau angkuh tapi bak kata orang bijak pandai , rezeki ni ada di mana mana . Kalau takde tangan , kaki ada .. Kalau takde kaki dan tangan , selagi ada akal selagi itu kita boleh usaha. Janganlah ingat kena ada kepakaran serta kudrat saja baru boleh mendatangkan rezeki . Kena usaha , doa dan tawakal. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.Kita tak tau camana bentuk rezeki kita tapi apa yang kita tau , kita perlu mintak dari-NYA !

Banyak contoh yang aku nampak depan mata aku . Jiran aku yang membesarkan anak anaknya hanya dengan menyara nasi lemak ! Siap dapat renovate rumah lagi wooo .. Tu pon dia tak cadang nak perbesarkan lagi bisnisnya. Cukuplah makan anak beranak ..

Sebenarnya rezeki yang Allah dah sediakan untuk kita ni mencukupi tapi ada yang tamak haloba. Dari halal dan berkat , dia nk jugak amik yang haram tanpa fikir baik dan buruk pada keturunan dia ..

Sapa tak nak kaya kan ? Tapi yg penting kita bahagia dengan apa yg kita ada .. Kalau nak kaut segalanya , satu dunia ni pon takkan cukup ..

Dengan akal kurniaan Allah , kita mampu hidup selagi kita nak hidup !

You May Also Like

3 comments

  1. Itu fikiran generasi lama.Generasi baru lebih open-minded dan sokong penuh bila ada sesiapa nak jadi blogger sepenuh masa.

    BalasPadam
  2. Perlu berani + cekal + rajin + bertawakal...insyallah :-)

    BalasPadam