Seharian yang memenatkan ..

by - Isnin, Ogos 13, 2012

 

Alhamdulillah .. sampai jugak aku kat rumah .Post entri hari ni bnyak guna blogger droid .. Kira guna smartphone. Kalau tak susah sikit la .. Malas nak on laptop pastu nak tranfer gambar ..

Penat ari ni. Hari ni hari pertama aku sejak bergelar Mr. Mama , aku keluar buat job dalam bulan puasa. Sebelum ni , biasa je la sbb aku kerja kat pejabat. Tapi bila dah nama Mr.Mama ni , aku buat kerja kat rumah kebanyakkannya ..

Bila dah begini , mmg terasa penatnya. Tersangat penat otak apatah lagi layan karenah anak anak buah yang suka sangat nak hurung Qhaliff tu .. Bukan apa , risau diorang tak sedar akan bahaya yang boleh mengundang di saat mereka gomel baby. Contoh cam terpijak tangan , tertutup muka dan sebagainya la ..

Entahlah .. bila dah penat begini , mental pon apatah lagi kan ? Pantang ada masalah kecik timbul , segalanya boleh jadi besar.. Haihhh ..

Jawapan terbaik , sila berehat la Ben ..

You May Also Like

6 comments

  1. ye, kerja kerja jgk abg ben.. rehat tu pun penting. kang dah sakit sape yg susah? badan kita jgk kan.. badan tu nak pakai lama (bak kata org dulu-dulu la)

    BalasPadam
  2. wah,,, risaunya dia kat anak dia ye, ni anak sepupu sepupu nak main pun tak leh lah ni.

    adik saya dulu sepupu suka jugak main, sampai kekadang jatuh dari buaian, berdentum bunyik. sakit woh...

    BalasPadam
  3. Entry anda semakin lama semakin banyak unsur merungut walaupun dalam bentuk yang positif...tak salah, kerana anda cuba mencari motivasi diri untuk meneruskan hidup di rumah dan bukan di pejabat..walaupun anda kelihatan sebagai seorang hero yang mampu buat semua kerja (yer saya faham, sukahati la, ni kan blog anda ;) ) tetapi nasihat saya jangan dianggap orang lain yang bekerja di pejabat itu dalam keadaan senang lenang dan berseronok dengan rakan sahaja..saya pernah berada di tempat anda dan saya yakin anda dapat seimbangkan semula entry anda dengan menampakkan peranan ayah bersama-sama ibu dalam mendidik dan mengasuh anak..jika tidak, anda akan kelihatan seperti orang yang pasrah..jika anda redha, akan nampak keceriaan dalam setiap entry anda kerana anda tahu setiap penat lelah anda itu menjana saham untuk akhirat kelak..Inilah motivasi ketuhanan..

    BalasPadam
  4. Ben macam tulah penatnya mak ko dulu nak membesarkan ko...hikhikkk...

    Itulah jugak yang dirasai oleh para isteri yang jadi surirumah. Suami balik kerja tau merungut je...

    BalasPadam
  5. silalah berehat sekejap yer Abg Ben.. (^_^)

    BalasPadam
  6. Bila bergelar ibubapa ni waktu rehat tu memang takde..Alhamdulillah, buat masa ni aku masih lagi mampu tolong isteri bila balik rumah.lagipun wife pun kerja jugak. So tak adil rasaynya kalau aku tak tolong. Bagi mandi anak, buat susu, dan memasak tu memang kebanyakannya aku yang buat. Alhamdulillah, semoga Allah bantu supaya aku terus istiqamah begini..

    BalasPadam