Terasa beza sudah raya ..

by - Ahad, Ogos 19, 2012

 

Yang seronok raya , pastinya kanak-kanak. Yang dewasa cam aku ni , seronoknya bila dapat berhimpun dengan sanak saudara dan berbual pelbagai topik .. Dan pasti ada yang bengang sbb ada yang saja mencucuk atau tunjuk bagus. Tapi itulah yang bestnya berhimpun reramai ni .. Macam macam warna perangai ada .. Terasa beza dah dulu dan sekarang . Yup , pengalaman mematangkan kita.

TV lak , serius .. aku tak terliur nak duduk depan tv langsung . Mungkin kerana terlalu banyak rancangan yang dirakam terlebih dahulu hingga hilang seri Aidilfitri atau dah banyak sangat rancangan raya di pelbagai rangkaian television.

Tapi yang pasti , bunyi mercun mmg mengembalikan nostalgia raya aku .. Hehe … Atau sebenarnya , aku dah semakin tua nak layan raya raya ni .. Sekadar seronok bila ramai ahli keluarga berhimpun ..

Mesti seronok balik raya di kampung yang benar benar bersuasana kampung kan ?

You May Also Like

1 comments

  1. mmg beza pun , skrg rasa hambar je lebih ... kdg2 rasa lbih baik duk on9 kat lappy dari dpn tv ..

    BalasPadam