Tips dari MML : Siapa sangka ianya menarik ?

by - Khamis, Ogos 30, 2012

 

IMAG2959 IMAG2961

Baru-baru ni , ada aku pergi tengok rumah aku yang sedang diubahsuai tu .Bahagian dapur dah 50% siap. Bahagian-bahagian lain pun dah lebih kurang 50% . Tunggu nak pasang tiles dan juga kitchen cabinet utk bahagian dapur. Seronok rasa ..

Part tiles ni yang aku pening. Warna apa yang sesuai . Tiles yang camana yang sesuai ? Dan menariknya , aku suka amik tau camana mereka mengukur dan memasangnya .. Maklumlah , masa sekolah dulu , aku kerap ponteng masa kelas matematik.. hehe ..

Nasib baik ada MML .. Dengan sedikit tips dari mereka , aku tau jugak la pasal tiles ni .. Nak aku kongsi bersama korang ke ? Haaa .. Tapi tips ni dalam Bahasa Inggeris. Kalau aku alihbahasakan , takut lari maksud sebenarnya. Maklumlah , sekolah tak tinggi mana pon .Sempat belajar menaip komputer jer.. Tak sempat cikgu ajar nak hack komputer , cikgu dah lari ke oversea. Dengar jadi hackers besar kat sana .. Hahaha .. Ok , mengarut dah tu..

Sambung eh.. Sebelum tu , ada aku buat tips ringkas. Bolehlah g tengok kat sana dulu sebelum sambung baca kat SINI ..

Sedikit tips dari MML berkenaan tiles ni yang ada kaitan dengan ubahsuai di rumah baru aku tu .. Kalau ditengokkan dlm gambar kat atas tu , tu dah kira masuk fasa kedua tips dari MML iaitu PERSEDIAAN DI LOKASI UBAHSUAI.

Ada dua point yang utama untuk fasa ini ..

  1. Persediaan di bahagian permukaan
  2. Screeding / Rendering ( jika perlu )

clip_image002 clip_image004

Gambar 1 : Screeding pada bahagian lantai sebelum memasang tiles

Gambar 2 : Rendering pada bahagian dinding

Tips tips yang dikongsikan oleh MML mmg sangat berguna pada aku. Aku nak terangkan kat sini , susah .. Takut salah penyampaian. Jadi ajaran sesat lak nanti . Sebaiknya biarlah pakar saja yang melakukan mengenainya. Kang kalau aku copy paste direct tips dari mereka , ada yang tak suka lak kan ? Jadi kalau nak tau mengenai tips tips atau dapatkan khidmat pakar kaunseling mengenai tiles ni , boleh hubungi MML sendiri..

Apa pun , MML banyak membantu aku untuk memilih tiles yang sesuai untuk rumah aku . Terima kasih MML !

You May Also Like

3 comments

  1. BALIK NI NAK SEKODENG UMAH ABG BEN HI HI HI :)

    BILA NAK PINDAH TU???
    BOLEH JUMPA QHALIF.

    BalasPadam
  2. pergh...musti cantik rumah ni lepas siap

    BalasPadam
  3. dah siap nanti kena tangkap gambar.. nak tgok gambar rumah yg dah cantik

    BalasPadam