Apabila mak tolak anak keluar dari kereta !

by - Jumaat, September 21, 2012

 

Mengucap panjang bila aku baca pasal seorang gadis lembam ( OKU ) dibuang oleh maknya sendiri di Harian Metro ( kena bagitau sumber woo .. kalau tak kena saman .. )  tadi .. Hurm ..

Pinjam skit noo keratan artikal tu eh.. Bukan apa , kang kalau aku tulis sendiri , takut lain lak korang faham . Menda gini kena duduk lepak minum kopi baru boleh cerita dengan baik sekali .. hehe ..

Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.

Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.. “

Tu sedikit je .. Kalau nak baca lagi , klik Gadis lembam dibuang di tepi jalan ni ..

Kesiannya .. Nak kata lelebih , kang jadi umpat lak .. hehe .. Apa yang aku boleh buat cuma , berdoa agar maknya sedar kesilapannya itu dan harap gadis tersebut bersabar je dengan perbuatan maknya tu .. Maklumlah , .. er .. tak pe la.. nanti aku lak berdosa.. hehe ..

You May Also Like

7 comments

  1. ya Allah knp boleh jd mcm tu. .truknye. .

    BalasPadam
  2. Orang macam ni memang tak takut balasan kat sana nanti...silap2 kat dunia dah dapat balasan.

    BalasPadam
  3. kenapala mak dia sanggup buat anak mcm tu sekali.

    BalasPadam
  4. kesiannya.. :(
    moga dia kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan itu..

    BalasPadam
  5. tak patut...tak tau syukur ade anak ..bukankah anak itu satu nikmat hidup walaupun dia serba kekurangan...manusia semakin tak berperikemanusiaan sekarang...

    BalasPadam