Bila TARIAN SUMAZAU jadi isu ..

by - Rabu, September 12, 2012

 

Terdengar tadi di Buletin TV3 dan aku terus cari isu berkaitan di blog yang terlibat .. Hehehe .. Dasat .. Artikalnya dah ditarik semula kerana mendapat banyak ugutan bunuh dan kecaman ..

Isunya sebenarnya berkaitan PM kita tapi cara penyampaiannya tu yang betul . Dan buat memanaskan lagi ialah tajuknya ..

“ Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak “

Tajuk artikal mmg memainkan peranan penting seperti entri yang aku buat petang tadi ( Mana satu yang betul ? ) ni .. Tajuk lain , isi kandungan lain .. Sapa tak hangin kan ?

Aku bukan pro mana mana parti tapi bila melibatkan perkauman , aku cukup anti la .. Konsep aku mudah saja bila bab bangsa ni .. Aku hormat cara dia , dan dia hormat cara aku ..

Kalau nak buat artikal melibatkan kaum , aku rasa kajian menyeluruh perlu dibuat . Kalau nak libatkan politik , kena bijak skit bila menulis dan tulis tajuk tu haaa  , kena la betul dan tepat ..

Sewaktu aku masuk blog up tulis artikal tu pun aku geleng kepala bila tengok ada sekeping banner kat situ haa .. Adoiiyaii .. Tak tau nak kata apa la ..

Buat sahabat sahabat pembaca dari Sabah , anggap je penulis tu tak matang lagi .. Tak guna nak marah orang macam ni .. Tak berbaloi ..

You May Also Like

13 comments

  1. Mana tak jadi isu.. terang-terang tajuk hina bangsa dan adat orang lain..

    selalu tekanlah dalam diri, walau pun x ramai tengok entri kita, yang penting kita x sakitkan hati orang.. :)

    BalasPadam
  2. ni sahabat pembaca dari sabah :) okie dokei dia nak cakap apa . lama2 dia akan sedar punya jugaa knn??

    BalasPadam
  3. masalah lagi satu zaman skrg ni, semua orang nk tunjuk pandai n bagus.. semua org berminat nk kadi komentar tanpa tgk kiri kanan.. peranan kita pulak, baca dan kaji.. percaya itu perkara lain.. kalo dh mengarut, hum... taruk tepi jela... nnt sebab sorang blogger, semua blogger terkena tempiasnya..

    BalasPadam
  4. Emmmm.... No komen.... OKje mcm blur je...heee

    BalasPadam
  5. Opsss... Tiba- tiba ternmpk...'time' kat bawah tu tulis ,10.30 ptg....ada eh? He...he..

    BalasPadam
  6. kami d sabah ok jer..tp jangan berpolitk dgn budaya & bangsa kami

    BalasPadam
  7. itu memang satu penghinaan buat kami la kan.. agak2la kalau nak tulis tajuk macam tu kan... tapi memang tak guna nak marah benda dah jadi.. mungkin betul juga kata Abg Ben orang tu tak matang..

    BalasPadam
  8. Blog tu setahu aku nak menjatuhkan Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  9. hmm.. mcm2 isu ndak baik sdh psl sabah ni.. lepas 1, 1 lg.. hina sgt ka bangsa yg ada d sabah ni? ni blm lg pasal isu student ckp psl ekonomi, pendidikan d sabar n sarawak.. huhh.. apa la salah kmi ni sbnarnya ya.. :(

    BalasPadam
  10. @PAKLAH MAN Eh eleh! tak payah lah nak cover2 PR tu. Memang website tu konco2 PR punya ler. Tak percaya pergi lawat la laman tu n baca dia punya artikel dari dulu sampai sekarang.

    BalasPadam
  11. Hai abg ben :) haha sy ni pun blogger n pembaca dari Sabah, kes-kes macam ni memang orang-orang tak tahu menghargai erti sebuah perpaduan. Orang yang mengungkit dan menimbulkan pergaduhan ni semua memang tak pernah pi sekolah sebab tu tulis macam tu. Bukan marah, tapi kesian juga dengan orang yang menulis artikel macm tu, cuba menjatuhkan orang lain tapi tak sedar orang lain itu sebenarnya adalah orang nya sendiri di Malaysia, maybe asal dia dari Indon, kita pun tak tahu..

    BalasPadam
  12. kesian kami orang sabah..asyik kena kutuk jer..walaupun tak amik peduli dgn org2 yang rendah IQ dan EQ ni tapi panas juga hati bila dikata macam2..

    BalasPadam
  13. Kami bangga jadi anak Sabah/Sarawak..budaya tu la membentuk peribadi dan asal usul kami. X pernah mengharapkan orang lain berbangga dgn kami, kerana Malaysia juga perlukan Sabah/Sarawak.

    BalasPadam