Ekspo Konvokesyen Universiti Sains Malaysia 2012

by - Isnin, September 17, 2012

 

clip_image001

Ekspo Konvokesyen

Universiti Sains Malaysia 2012

18 - 23 September 2012

"Mahasiswa Intelek Sumber Inspirasi"

Universiti Sains Malaysia akan mengadakan Ekspo Konvokesyen Universiti Sains Malaysia kali ke-46 pada 18 hingga 23 September 2012. Ekspo ini dibawakan secara rasmi oleh Sekretariat Ekspo Konvokesyen USM 2012. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang hari ekspo dijalankan seperti gerai  jualan, pameran, pertandingan dan juga persembahan. Ekspo ini tidak sahaja bertujuan untuk berhibur, tetapi juga untuk menambahkan ilmu dan pengalaman melalui program-program yang dijalankan.

clip_image001[5]

Ekspo Konvokesyen USM ini akan dirasmikan oleh canselor USM iaitu Sultan Perlis; Tuanku Syed Sirajuddin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail.Fly FM dan LOL adalah media rasmi bagi ekspo kali ni dan ACN Booking pula merupakan penaja rasmi. Antara aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

  1. International Chess Knock Out
  2. Pertandingan Melukis Komik
  3. Miss ConvEx'12 Competition
  4. Klik Klik Alam Tercinta Polaroid Photography
  5. Pertandingan Mencipta Video
  6. Cutest Pet Photo Competition

Persembahan malam pembukaan adalah pada 19 September 2012, pada jam 9 malam, yang bakal menampilkan artis-artis terkemuka seperti Farhan AF4 dan Arja Lee.

Pada 20 September 2012, jam 9 malam akan diadakan Sembang Santai bersama Sham Kamikaze.

Persembahan pada malam penutup pula adalah pada 23 September 2012, juga pada jam 9 malam yang menampilkan artis-artis Youtube seperti Tasya Marshahar & Syed Shamim, Ainan Tasneem, Deanna Reasha, dan Amanwan.

Antara aktiviti yang menarik adalah seperti Super Spontan, International Fiesta (Malaysia, Indonesia & Thailand), Akido Japan Martial Art, Rumah Hantu, Mini Soopa Doopa dan banyak lagi!

Anda mahukan ilmu? Hiburan? Pengalaman dan manfaat bersama? Jom sertai kami pada minggu Ekspo Konvokesyen Universiti Sains Malaysia 2012! Yup! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Datanglah beramai-ramai! :D

clip_image002

 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:

 

Jom follow kami di laman sosial juga!

You May Also Like

1 comments