Kempen Petronas Raya , Merdeka dan Hari Malaysia

by - Jumaat, September 07, 2012

 

IMAG2970

Baru-baru ni aku ada hadiri satu majlis perasmian kempen yang dianjurkan oleh PETRONAS iaitu PETRONAS RAYA ,MERDEKA DAN MALAYSIA DAY .. Satu majlis yang simple tapi sangat mendalam maksudnya ..

Majlis yang simple tu dibuat di Galeri Petronas , KLCC dan dihadiri oleh media dan juga beberapa blogger.

Majlis diserikan  lagi dengan Dato Mohammad Medan Abdullah , PETRONAS’ Senior General Manager of Group Corporate Affairs Division . Beliau menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kempen  yang dianjurkan oleh Petronas ini .

 

IMAG2974

Kemudian , seperti yg kita tau .. Pertronas dan video perayaannya mmg senantiasa kreatif ! Kali ni aku sendiri nak tengok apakah kelainan yang nak ditonjolkan oleh Petronas ..

Kemudian , perasmian kempen I ART YOU MALAYSIA sempena sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 56 .

IMAG2987

IMAG2978IMAG2977

Pameran I ART YOU MALAYSIA yang dianjurkan oleh Petronas ini mengumpulkan sekitar 200 orang murid sekolah untuk mengambarkan dalam bentuk lukisan apa saja yang menimbulkan perasaan cinta mereka terhadap tanah air kita .

Antara lukisan yang dipamerkan ..

IMAG2979

IMAG2983

IMAG2984

Majlis selesai sekitar 11 pagi dan seperti biasa ada buah tangan untuk tetamu yang hadir . Satu majlis yang menarik dengah hasil yang menakjubkan .

Tunggu apa lagi ? Jom kita kunjungi pameran ini di Galeri Petronas , KLCC ..

Disebalik tabir pembikinan .. Klik SINI

You May Also Like

1 comments