Kena pecat kerana menari tarian kuda !

by - Ahad, September 16, 2012

 

Yearghh .. bagus ! Memalukan jabatan je pun .. Banyak lagi tarian ada , tarian sumbang ni gak nak ikut !  Haihh ..

13 anggota penyelamat di sebuah kolam renang di bandar El Monte , Los Angeles telah dipecat kerana mereka menari tarian kuda berdasarkan muzik video Gangnam Style yang dipopularkan Psy.

Salah seorang anggota penyelamat itu yang dipecat, Michael Roa menyunting dan menghantar klip video yang menunjukkan mereka menari tarian kuda tersebut ke laman YouTube. Pihak pentadbir kolam itu menyatakan 13 anggota penyelamat tersebut dipecat kerana mereka menggunakan pakaian dan kolam renang awam milik pihak pentadbiran bandar El Monte ketika menghasilkan video tersebut.

Menurut akhbar yang aku baca ni yakni KOSMO , Psy berkata , anggota-anggota penyelamat itu berkongsi kebudayaan dengan mempersembahkan tarian tersebut.

Menariknya , Psy membuat rayuan kepada Datuk Bandar El Monte, Andre Quintero dengan berkata: “Saya merayu anda tidak pecat (mereka), tolonglah.”

Ada sapa sapa lagi nak kena pecat ? Hahaha … Baik buat senamrobik dari tarian kuda tempang tu haaa..

You May Also Like

5 comments