Kerajaan patut haramkan je lampu isyarat kereta di Malaysia ..

by - Isnin, September 10, 2012

 

Banyak kali dah .. Setiap hari ada saja makhluk yang tak reti bahasa yang gemar masuk lorong atau simpang tanpa memberi lampu isyarat yang terletak di kiri kanan kereta mereka terlebih dahulu .. Kesannya ? Hehe .. kesannya kecik jer .. Ada yang mati atau cedera .. Ok la kan ?

Tadi , di Bangi .. Hampir gak seorang penunggang motosikal menjadi mangsa yang mana sebuah kereta dari lorong kanan tetiba masuk ke lorong kiri tanpa ‘bagitau ‘ pengguna kenderaan lain .. Dan hampir jadi mangsa , penunggang motosikal yang aku kata tadi laa.. Nak terbabas dia .. Iskh iskh iskh ..

Di Mstar Online .. Sebuah lori yang sarat dengan muatan batu, terbabas dan terbalik lalu menghempap seorang penunggang motosikal yang melalui arah bertentangan di persimpangan tiga Kampung Bujang, Merbok di Sungai Petani, Isnin. Lori terbabit dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda yang masuk ke laluannya secara tiba-tiba, dan melanggar sebatang pokok besar di persimpangan jalan itu sebelum terbalik. Saksi kejadian, Salmah Mansor, 57, berkata, dia yang ketika itu sedang menyediakan goreng pisang di gerai makan di situ, hanya mampu melihat lori terbabit terbalik dan menghempap motosikal yang dinaiki mangsa. Foto BERNAMA

 

Memandangkan ramai yang berminat untuk tidak menggunakan lampu isyarat di kereta masing masing , apa kata kerajaan suruh buang je lampu lampu tu atau pasangkan lagi lampu lip lap di badan kereta yang punya roda ..

You May Also Like

15 comments

  1. ni pun satu masalah jg. ada juga masalah bila pengguna jalan raya mengenakan lampu yang nampak seperti tinggi dan menyebabkan pengguna bertentangan arah silau dan juga mengenakan lampu break berkelip warna biru. kekadang balik kampung hampir2 je nk terbabas sb lampu menyakitkan mata.

    BalasPadam
  2. ada ssetengah tu slamber je jln walau lampu tgh merah... Adeii..kdg2 myumpah jgk dlm ati..

    BalasPadam
  3. dah banyak kali gak terkena ni.. tu tak masuk yang lampu signal dia bukan color yang sepatutnya..

    BalasPadam
  4. di sini pun selalu macam tu.
    kalau ada kereta buat macam tu, saya selalu kata,
    "kenapalah mereka ni beli kereta yang takda signal. mungkin lebih murah kot..."
    kesal sangat dengan mereka yang langsung tiada kesedaran sivik!

    BalasPadam
  5. ye saya setuju! geram ngan makhluk2 sebegini. sesuka hati dia je masuk lorong x bagi signal. tgh2 laju pun dia boleh masuk terus pastu bile dah masuk bukan reti nak pecut atau at least samakan la kelajuan dengan orang yg dipotong tu. memang bengang!!! menyusahkan. dah banyak kali kena.

    BalasPadam
  6. haa..bgs gak cdngn tu

    BalasPadam
  7. Ntah... Yg sy selalu jumpe lak... Kebanyakkn yg buat gini berkereta mewah la.. Laju je.. Lau husbnd sy mmg hon je.. Ingtlah. .. Lau nk mati la sorg2 jgn ajak org lain mati sama.. Lagi satu.. Ingylah.. Org lain pun bayar cukai jalan gak kn...

    BalasPadam
  8. Ramai lagi yg memang degil tak nak guna..isk2 mmg tak sayang nyawa la depa ni...

    BalasPadam
  9. haha kesan nyer kecik jer. Akan berusaha elak kan kesan kecik itu

    BalasPadam
  10. haha kesan nyer kecik jer. Akan berusaha elak kan kesan kecik itu

    BalasPadam
  11. memang menyakitkan hati bab bagi lampu signal ni..main redah masuk je...aku yg bawak motor ni memang hon je kereta cmni..tapi malang tak berbau...kadang2 kita sempat mengelak, tapi motor mengelak pun, kecederaan tetap akan ada. Tergolek sure la...Minta jauh dari kemalangan ni...

    BalasPadam
  12. tak bagi signal sebab kena bayar setiap kali. tu yang bagi signal pun terhad je utk sehari.. -.-"

    BalasPadam
  13. Segelintir Orang Malaysia dah hilang sifat sabar..Pentingkan diri mereka sahaja..

    Bukan traffic light sahaja kena buang, double line dan semua papan tanda keselamatan jalan patut dibuang.. :)

    p/s: mari kita berhati-hati di jalan raya..

    BalasPadam
  14. betul tu... tak dinafikan lagi.. dah berulang kali dah berlaku.. nyawa tu tak leh dibeli kat mana2.. fahamilah perasaan pengguna2 jalan raya yang lain.. kalau dah taksayangkan nyawa sendiri tu janganlah nak babitkan nyawa orang lain.. memang cukup buatkan kita naik darah.. hormatla pengguna yang lain..

    BalasPadam