Kes naya betul la Qhaliff ni !

by - Selasa, September 18, 2012

 

Haihh .. mengucap panjang aku dengan Qhaliff ni tadi ! Semakin besar dia , semakin kena perhatikan dia ni ..

Tadi , selepas mandikan dia .. seperti biasa aku nak bagi la susu kat dia .. Bukan aku nak menyusu dia tapi kasi susu botol (SI) .. Dan seperti biasa , selesai sebotol dan tak cukup ! 4 aunz dah tu .. Nak kasi lebih , jap jap lagi la..

Kemudian aku call wife tanya samada dia dah kasi ubat batuk Qhaliff ke belum ? Batuk dia dah semakin berkuangan. Alhamdulillah .. Dia kata belum ..

Aku ke dapur untuk amik ubat dia .. Qhaliff sudah pasang karaoke ! Selagi aku tak dukung , selagi tu dia teran ! Macam sana nak ‘mainkan’ aku je ..

Aku dukung dia .. Di meja terletaknya ubat Qhaliff , aku capai botol ubat dia .. Nak jadikan cerita , tiba tiba Qhaliff g jatuhkan badan dia ke belakang .. Saja dia buat lembik ..

Terus aku campak botol tu dan lepaskan dia kemudian tangkap dengan cepat .. Kalau aku menarik badan dia , aku risau pinggang dia … Bagi aku ketika tu , cara terbaik mmg kena lepaskan dia dan tangkap dia dengan pantas !

Nasib baik ! Syukur pada Allah . Serius , mmg tak leh pegang dia ni sebelah tangan ! Kena pegang guna dua dua tangan. Kalau nak guna sebelah , kena peluk dia  ketat ketat .. baru boleh guna sebelah .

Qhaliff nangis. Aku pasti dia pun terkejut dan takut dah .. Memang takut pon ! Apa yang aku buat, aku kena kasi dia ketawa semula .. kena bergurau dengan dia ..

Dan dia dah ok .. selamat tidur dah dia .. Haihhhh … Kena 150% waspada dah mulai skang. Dia bukan baby yang duk diam seperti dulu .. Dah aktif sangat ni ..

You May Also Like

13 comments

  1. bahaya..
    kalau dia dah mula suka buat lembik badan ke belakang silap2 smpi umur setahun la dia minat nak buat macam tu. baby syafiq suka buat macam tu, memang kena pegang erat2 dan ampu belakang dia. huhu...Qhaliff dah makin lasak ye..comel je.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Saudara Ben..maaf kehadiran saya menggangu.saya memang selalu mengikuti blog Ben, tapi saya lebih bertindak sebagai silent reader.

    Saya ingin meminta pertolongan dari saudara Ben untuk menghebahkan satu kisah prihatin adik hayzi yang berumur 4 bulan yang menderita sakit..keluarganya mmg amat memerlukan bantuan setelah ayahnya kehilangan kerja.Mereka amat memerlukan bantuan utk menampung kos perubatan adik hayzi.

    http://www.facebook.com/groups/BantuanSegera.AdikHayyziZykril/

    maaf kiranya comment saya menggangu saudara Ben..

    BalasPadam
  3. budak2 masa umur tu mmg akan tunjukkan protes mcm tuh..bukan setakat umur mcm tuh,anak saya yang berumur 2 tahun pun kalau kita dukung dia, masih lagi nak wat perangai mcm tuh..risau kita kalau dia jatuh..

    BalasPadam
  4. eh bahaya nya..ngeri dgr.. sbb tu kalo bb kecik2 lagi mmg xberani pegang sblh je

    BalasPadam
  5. Hai, boleh tahan lasak anak bujang Bro Ben ni.. =)

    BalasPadam
  6. dah lasak dah... dulu2 anak buah slalu gak wat lembik badan..dah la ngah dukung die...memang terkulai abes la...nasib baik xde pape

    BalasPadam
  7. biasalah, anak bujang haruslah lasak lasak sikit

    BalasPadam
  8. fuh kuss semangat... lasak nya dia ye.. sebijik macam haiqal... kalau dah nakal tu memang nakal la juga.. memang sengaja nak cari perhatian kita

    BalasPadam
  9. takpe dari pengalaman kita tau macam mana nak handle dia selepas tu.. ;)

    BalasPadam
  10. huhu sgt bahaya tu bro.. selamat tak apa2

    BalasPadam
  11. baby mkin besr mkin aktif.Huihui~ kena kuat nie.

    BalasPadam
  12. dah makin lasak dia ni..adoiyoyoi...selamat berjuang daddy qhaliff !

    BalasPadam
  13. qhaliff..qhaliff..
    pasni lagi sakan lasak la gamaknya...

    BalasPadam