Netbook 1Malaysia tiada kualiti ?

by - Isnin, September 17, 2012

 

Terbaca di SinarHarian Online mengenai NETBOOK 1Malaysia .. Abisss kena kritik ! Kesian PM kita .. bersungguh nak naikkan nama parti , tapi dimusnahkan kejap jer dek  ada pihal yang tamak haloba !

Takkan satu kebetulan lak kan ? Kalau satu dua buah tu , ok lagi .. Menurut akhbar online tersebut berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah Temerloh terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.

Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.

Tak perlu tuding jari pada pihak kerajaan . Biarkan mereka menjalankan siasatan . Harapnya mereka akan lebih berhati hati selepas ini kerana apa yang berlaku nanti , maruah mereka yang tercalar ..

Netbook 1Malaysia: Rosak sebelum sempat digunakan

Mohd Pauzi menunjukkan Netbook 1Malaysia milik anaknya yang terpaksa dibaiki. Sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.

“Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini ( 17hb Sept ) baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.

Serius tensen bila menda menda teknologi ni wat hal !

You May Also Like

21 comments

  1. banyak faktor netbook tu mudah rosak.. mungkin sebab dari asal memang dah rosak..boleh jadi silap budak tu sendiri..laptop biasa pun kalau tak jaga molek2 boleh rosak..ini kan pula netbook yang harganya lebih murah..

    sekadar pandangan dari bekas pelajar it..

    BalasPadam
  2. semoga kerajaan membuat siasatan.. mungkin ada kesilapan.. tunggu jawapan dari kerajaan pula..

    BalasPadam
  3. slow la guna netbook 1 malaysia tu.. penah try guna. tp, tak apa la. kena bersyukur kena bagi free.. :)

    BalasPadam
  4. assalam, harap pihak pembekal prihatin akan hal sebegini demi kemajuan anak2 kita

    BalasPadam
  5. betul apa en. cool ckp, brg free.. fhm2 ajelah.. kita pun tak boleh nak salahkan PM.. sbb bukan dia yang buat netbook tu. dia bagi aje. byr dan edarkan. nk buat mcm mana. setiap usaha itu mesti ada kegagalan.

    BalasPadam
  6. Hana guna netbook 1 Malaysia ni.. ok je.. kecuali hari tu lah rosak.. hard disk burn.. lama sgt guna.. huhu.. *salah sendiri* Hoho..

    BalasPadam
  7. sy antara pengguna netbook tu...tp, alhamdulillah...setelah hampir setengah tahun menggunakannya, sampai kini tiada apa masalah...malah telah banyak membantu saya dalam kuliah terutamanya subjek simulation and modelling biotech yg menggunakan perisian yg sgt "berat" tp perform tetap terbaik...segalanya bergantung kepada cara kita menggunakan dan menjaganya...

    just a piece from me...hehehe...

    BalasPadam
  8. ikut review kawan saya yang dapat netbook ni , mmg benda ni cepat buat hal . saya tak pernah pakai lagi , taknak komen macam2 . hheh

    BalasPadam
  9. menurut kawan saya yang pakai netbook tu dia pun cakap benda ni tak berkualiti sangat . nak komen lebih2 tak boleh sebab saya tak pernah pakai , hehh

    BalasPadam
  10. adik saya ada dapat note book 1 malaysia...dah rosak pun..first day dapat skrin dia dah rosak...kurang bernasib baik...

    BalasPadam
  11. kat rumah ada gak satu netbook 1 mesia ni.
    Dpt 2010, dekat dua tahun jugaklaa guna, baru2 ni baru rosak(hard disk). tuu pun sbb tak jaga leklok.

    maybe ikut org laa. apa2 pun bnda free, fhm2 jelaa.

    BalasPadam
  12. Pada pendapat nieza la.. patutnye diaorg tak payahla nak komplen lebey lebey..dah la dapat laptop free..rosak sket dah byk komplen..patutnye bersyukur la sbb ramai lagi yang sepatutnye layak tak dapat..

    Itula manusia tak pernah bersyukur dgn ape yg ade..

    Kat trg lagila..beribu-ribu ebook..memang ade la yg rosak..tipula kalau kate takde kan..kadang-kadang cara penggunaan tu yang buat barang tu cepat rosak.. kalau main 24 jam sambil cas..mane tak rosaknye..hmmm

    BalasPadam
  13. kat rumah kampung ada gak 1. dpt free juga. tak pernah pulak rosak. guna internet semua ok je. anak2 buah blk kampung pun kdg2 guna buat main game. takde la buat hal lagi. dah lama dpt masa baru2 keluar dulu.

    kerajaan bagi untuk MUDAH BELAJAR & buat keje sekolah kan. takat ms office dgn internet takde masalah la. laju je. tapi kalau 24 jam cas dengan buat main game manjang cpt la rosak. jgn kufur nikmat.

    BalasPadam
  14. saya pun salah seorang pengguna netbook 1 malaysia ni.. tapi alhamdulillah dah berusia setahun 4 bulan seumur anak saya dah netbook tu dan masih dalam keadaan yang baik..

    BalasPadam
  15. saya pun ada dpt netbook 1 Malaysia .. Tapi alhamdulillah , netbook saya masih elok .. Jenama netbook yg kerajaan bagi ialah Acer ..

    BalasPadam
  16. pada saya this is not simply the matter of "dah dapat barang free tu syukur je lah" atau pun "tak reti jaga betul2 sebab tu cepat rosak"

    perkara macam ni perlu disiasat sebab pemberian netbook satu malaysia ni bukan jatuh dari langit. ianya duit kerajaan malaysia dan hasil dari kutipan duit rakyat.

    so kalau product yang diedarkan tak berkualiti maksudnya ada kemungkinan berlaku penyalahgunaan dana yang diberi. kalau sampai hari pertama dapat skrin dah rosak tu agak melampau lah. lagi pulak ni bukan cabutan bertuah boleh dapat elok dan ada yang dapat tak elok kan..

    BalasPadam
  17. memang baik jugalah kerajaan bg netbook free. tapi, banyak netbook tu tak boleh pakai langsung. ramai kawan2 saya complaint pasal netbook ni. webcam tak boleh guna, lagging, dan ada yg langsung tak boleh on. so, memang netbook tu tak ada kualiti lah. made in china kot.

    BalasPadam
  18. @Christeynorey Claudius Nain pasal webcam xleh guna sebab xde software webcam carilah kat google software manycam..bab lagging lak guna lah software ccleaner mesti ada banyak sampah lam netbook ko tu and klau kawan ko pakai software@game yg berat memelah lag..ITS JUST NETBOOK DONT EXPECT IT LIKE DEKSTOP PC

    BalasPadam
  19. so far sy guna netbook 1malaysia xde apa2 masalah.malah netbook ni la yg banyak tolong sy siapkan assigment..

    kita kena ingat netbook ni memorynya kecik je.tah2 yg jadi rosak tu dok upload macam2 benda.bila dah hang dok tekan2 gak keyboard.bila terus mampus mula la komplen barang free tak bagus.ada akal fikir.takkan la sampai webcam pun kerajaan nak sediakan software.kalau pandai komplen,mesti la pandai cari software kan??

    BalasPadam