PTD maut sewaktu DPA !

by - Isnin, September 17, 2012

 

Aldy Hasmi

Pegawai Tadbir Diplomtik , Aidy Hasmi Abu Hassan ( gambar ) dari  Kementerian Pertahanan mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force 136, dekat Pekan , Pahang semalam ..

Dikatakan mangsa dan 243 pegawai yang lain sedang menjalani latihan menyeberangi sungai di sebatang tali air berdekatan Sungai Miang dan tiba-tiba mangsa terjatuh ke dalam air dan jurulatih kemudian menarik mangsa dari dalam air ke darat lalu terus memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum menghantar mangsa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut . Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Allahyarham Aldy Hasmi dan peserta kursus yang lain sedang mengikuti latihan di kem tersebut dari 3 hingga 28 Sept ini bagi kursus Diploma Pentadbiran Awam di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan). Sumber dari Sinar Harian.

Aku malas nak cerita banyak sebenarnya . Banyak lagi isu melibatkan DPA ni tapi al maklumlaahhh .. sila tutup mulut anda !

Ikut hati aku , lama dh aku suruh KSN hok dulu tuuuuu kaji semula kursus kursus DPA ni tapi dep kata , PTD tak leh lembik sbb depa pegawai kerajaan yang uruskan hal hal penting negara ..

Hehehe .. Bila dah berlaku kes gini , baru nak bukak mata eh ? Tu pun nasib baik masuk akhbar .. Cer tak masuk .. Atau try test masuk blog .. hehee ..

Tahniah KSN , Datuk Seri Dr Ali Hamsa kerana hentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform.

Takziah buat keluarga mangsa dan al fatihah buat arwah ..

You May Also Like

5 comments

  1. Innalillah... Semoga roh arwah tenang di sna..

    BalasPadam
  2. takziah tp one of my friend training kat kem tu jugak :/

    BalasPadam
  3. Al- Fatihah..dgr cite dh arwah dah kawen ade anak lg...huhu...

    takutnya tunang pun akan pergi pd 1 okt ni...tp kene berserah krn ajal maut di tangan ALLAH...

    BalasPadam
  4. owh, tahziah utk keluarga.. semoga ditempatkan dlm kalangan mereka yg beriman,
    PTD kena lasak xleh lembik.. cenggitu rupanya

    BalasPadam