Qhaliff tidak mahu tidur malam . Apa yang harus daddy lakukan ?

by - Rabu, September 12, 2012

 

Kalau siang , dia tidur macam tak cukup hari .. Tapi bila menjelang malam ? Ini berlaku selepas dia mencecah 5 bulan ..

Menurut babycenter.com.my  , kebanyakkan  bayi, terutama yang baru lahir, suka berjaga di tengah malam. Bayi-bayi ini nampaknya tak faham yang mereka sepatutnya aktif di siang hari dan tidur di waktu malam.

Di siang hari, semua perkara lebih senang diurus. Bayi anda banyak menghabiskan masa untuk tidur, bangun untuk menyusu, main sekejap, kemudian tidur kembali. Di malam hari walau bagaimanapun, semuanya berubah. Dia berjaga dan tidak mahu tidur. Yang membuatkannya lebih sukar ialah kebanyakan bayi ini juga suka menangis di waktu malam.

Jadi apa yang boleh aku buat ?? Gulp .. menurut babycenter lagi , ada beberapa tips yang boleh aku ikuti ..

  • Bangunkan dia di waktu pagi pada waktu yang normal dan jangan biarkan dia tidur untuk mengganti tidur yang tak diperolehi di waktu malam. Memang anda akan tergerak untuk membiarkan dia tidur supaya anda sendiri boleh tidur atau berehat dengan aman tenteram untuk beberapa minit, tetapi jika anda lakukan begitu anda akan membayar kembali di malam berikutnya.
  • Sepanjang hari, mainlah dengan dia seberapa banyak yang boleh. Walaupun dia sedang tidur nyenyak, bangunkan juga dia untuk penyusuan.
  • Biarkan langsir di biliknya sentiasa terbuka dan pastikan anda berbuat bising seperti yang lazim. Jangan padamkan bunyi telefon atau mengelak daripada menggunakan mesin basuh pinggan mangkuk. Ini juga akan membantu menjadikan bayi anda tidak senang terjaga, kalau tidak, 10 tahun ke hadapan kelak anda akan mendapati diri anda berjengket perlahan-lahan apabila anak anda sedang tidur.
  • Jangan main dengannya di waktu malam. Biarkan bilik dia gelap, dengan cahaya minima untuk membolehkan anda menyusu dan menukar lampin. Berdiamlah supaya menenangkan dia. Bergerak dan bercakap secara perlahan. Pendek kata, berlagaklah dengan cara yang membosankan.
    Bayi anda akan sedar dalam sedikit masa nanti yang siang hari itu digunakan untuk berseronok dan malam hari untuk tidur.

Proses ini akan memakan masa beberapa hari atau beberapa minggu, tetapi jika anda kekal dengannya, anda akan mendapat seorang bayi yang tidak berjaga malam dalam sedikit masa lagi.

Tu dari babycenter la .. Ooo .. patut laaa .. Malam malam dia suka main .. Siang dia tidur .. Oo .. patutlah bila aku biarkan dia boring , dia tertidur dengan sendirinya .. Hehehe …. Tak pe , tak pee .. Pasni aku kasi dia boring .. Part ni , mmg aku teror .. hahahaha …

You May Also Like

8 comments

  1. bestnya sharing ini.. :)

    kepada bakal ibu atau bapa kena tau ni :)

    BalasPadam
  2. qhaliff bakal berjaga siang la pasni :-)

    BalasPadam
  3. betul2.. kalau dibiarkan.. mata kita boleh jadi mata panda dibuatnya..

    BalasPadam
  4. macam mana la klau saya ada anak nanti kannn T_T

    BalasPadam
  5. "Emmmm daddy ni.... Qhaliff nak teman daddy buat macam-macam solat le... solat hajat ke.... malam malam macam ni le senang nak khusyuk daddy!!"

    He..he... Qhaliff... Qhaliff.. kecik2 lagi dah pandai!!!

    BalasPadam
  6. hahhaa..daddy so boring ~

    BalasPadam
  7. sharing is caring.. bagus info ni.. anak saya paling senang tidur malam...

    BalasPadam
  8. baguss..
    Incik Ben pun pandai dah refer babycenter ye :)
    bergomol lah sepuas nyer ngan Qhaliff di waktu siang..

    BalasPadam