Salahguna ‘INSYAALLAH ‘ ..

by - Selasa, September 11, 2012

 

“ Jangan lupa datang kenduri kawin aku nanti .. “

“ Kat mana tu ? “

“ Aku buat kat rumah mak aku.. Kelantan .. “

“ Alamak .. Jauh tu .. InsyaAllah , aku g nanti .. “

 

Dalam perbualan diatas , dia tau yang dia tak mungkin boleh pergi kerana jarak perjalanan yang memakan masa memandangkan dia tinggal di KL . Atas sebab apakah dia mengucapkan INSYALLAH ? Mengapa dia tak berterus terang je mengatakan yang dia tak dapat pergi ?

“ Alamak .. Jauh tuu .. Maaf laa .. Aku tak rasa aku dapat pergi sbb jauh sangat .. Apa pun , selamat pengantin baru yer .. “

Bukankah dengan cara berterus terang itu lebih ‘ menyelamatkan ‘ keadaan dari memberi satu harapan pada rakan kita seolah olah kita akan hadir pada hakikatnya dia tau dia takkan pergi tapi berpegang pada INSYALLAH tu , dia tak boleh dipersalahkan !

 

Insyaallah yang membawa maksud "dengan izin Allah Swt" adalah satu istilah yang slalu digunakan berkaitan dengan janji.  - AnaluvIslam

Insyaallah bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah swt. semata-mata apabila kita berasa malas dan berputus asa dengan kegagalan menunaikan janji kita yang telah kita lafazkan tetapi BELUM diusahakan. Sebagai orang Islam, kita mestilah berusaha menyempurnakan tuntutan lafaz Insyaallah yang kita telah kita ucapkan.

Kalau kita gagal sekali pun setelah berusaha sedaya upaya, ianya tidak jatuh sebagai dosa orang MUNAFIQ dan masih boleh dimaafkan kerana lafaz kalimah Insyaallah itu ibarat pendinding dan peringatan bahawa Kuasa Allah swt. Mengatasi Segalanya yang bererti juga segala urusan di muka bumi ditentukan oleh Allah swt. – TranungKite

 

Sama sama kita perbaiki ..

You May Also Like

13 comments

  1. isyaallah sekarang dah jadi perkataan kebiasaan untuk mengelak

    BalasPadam
  2. Setuju sesangat..... terus terang je lagi baik ek....

    BalasPadam
  3. Org cina pon dh pandai guna perkataan InsyaAllah ni klau bercakap dgn org melayu di Terengganu...huhuu...cuma bunyinya la lain macam skit...

    BalasPadam
  4. hmm..ikut fahaman saya.. insyallah itu maksudnya kita akan hadir jika tiada masalah yang menghalang..

    maksudnya.. kita dah setuju untuk hadir..tetapi sekarang digunakan sebagai penyedap untuk tidak hadir dari jemputan.. :(

    BalasPadam
  5. ntah le... tapi rasanya x salah kot kalau sebut Insyaallah... memang jauh tapi kalau dengan izin Allah mungkin die smpai jugak ke tempat tu...mungkin bergantung pade niat kot.. itu pandangan saya la... saya ni cetek ilmu...huhu...

    BalasPadam
  6. saye pernah dgr ceramah.penceramah tu cakap,bile da lafazkn 'insyaallah',kite kena usahakan (tahap daki gunung,redah lautan api) untuk laksanakan ape yg kite janjikan tu..then kalau tak tercapai juga,barulah betul konsep 'insyaallah-dgn izin allah' tu..tp kalau kite sekadar sebut,tp dalam hati dah tau kite tak mampu nak laksanakan,,ia boleh jatuh hukum haram..itu la yang sye faham.kalau salah minta betulkan ye.:)

    BalasPadam
  7. oOo..walaupun kita niat nk sdapkan hati si penjemput pun xleh jugak eh..? mcm kita ckp insya allah sebb nk buat orng tu fikir kalau kita ada, ada la..kalau tak ada, tak ape la...pun xleh yer ckp cmtu..huhu...
    >.<

    BalasPadam
  8. betul tu. tak yah la gunakan kata-kata IsyaAllah jika dah tau tak dapat nak pegi.

    BalasPadam
  9. Kekadang ada orang bukan Islam pun mengucapkan kalimah InsyaAllah bila berjanji, macam mana tu ye...?

    BalasPadam
  10. betul. InsyaAllah sebenar berat kepada jawapan YA atau akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Tapi lepas itu, kalau tak jadi itu baru ketentuanNya.

    BalasPadam
  11. ada etuza pernah diceramahkan tentang insyaallah..katanya ada dua pergi dan tak pergi, so kena hati2 lah ya..

    BalasPadam