Sebelum dan selepas ubahsuai dapur ..

 

Bila nak baca entri ni , sila berfikiran positif. Aku sekadar nak berkongsi pengalaman aku yang mana aku tak pernah amik berat langsung mengenainya .. Ok ?

Memang rasa frust sebenarnya bila beli rumah dan tengok ruangan dapur ala ala mcm .. hurmm .. kecik jer.. Kat mana nak letak almari la.. nak letak dapur masak.. peti ais .. dan macam macam lagi la nak letak ..

IMAG1026

Ni dapur asal … Kecik kan ? Haaa … Nasib baik ada la duit skit untuk diubahsuai atas nasihat wife aku . Kalau ikut aku , duduk je laa.. Malas nak renovate renovate ni haa .. Leceh !!

IMAG0430

Baki ruang tanah yang ada dan ini mencukupi untuk bahagian dapur ditambah lagi .. hehe ..

IMAG0209

Bahagian asal dapur ..

Sediakan duit. Cari kontraktor yang dirasakan berbaloi untuk kerja kerja ‘menghias’ ni …

IMAG3039

Bayar dan kerja pun dimulakan .. huhu .. Duit wehh ..duitt.. Kalau nak  berkira duit , jawabnya duk dalam reban je laa .. Kalau takde duit , tk leh kata apa la kan.. Tak pe , nanti ada rezeki lebih .. boleh buat .. Untuk keselesaan keluarga gak ..

IMAG2781

Bila tengok rumah semak gini … mmg aku garu kepala laaa .. hhaha …. Baik aku balik dari pantau pembikinan ubahsuai ni .. huhu ..

IMAG2880

Tak lama kemudian .. siaaapppp .. Masa untuk pasang tiles lakk .. hehee ..

IMAG2882

Bahagian belakang … Ok la kan ? Nak buat mewah mewah , tak mampu .. huhu..

IMAG2884

Macam jiran aku ni .. Perghhh.. Anggaran dia buat renovation tu mmg membuatkan aku tertelan air liur je.. hahahaha .. Leh nikah 3 ok !!

IMAG2959

Pemasangan tiles bermula.. Perghhh .. aku kalau pasang tiles , serupa macam .. ermm… hancusss…

IMAG3041

Kalau ada duit , amik la tiles yang berkualiti seperti dari MML . Settle bab tiles , skang masa untuk kitchen kabinet ..

IMAG3571

Bahagian bahagian lain pun dah mula siap termasuk bahagian bilik ..

 

IMAG3576

IMAG3514

Tu diaaa aihhh .. masa ni mmg  duit banyak keluar laaa … Serius , nak ubahsuai mmg memerlukan duit yang banyak kecuali mereka ni pekerja kita .. huhu ..

Dan akhirnya , siap dah bahagian dalam rumah .. Tempoh masa ? Terlebih dari yang sepatutnya tapi ok laa.. janji siap dan puashati .. Puashatikah ? Alhamdulillah .. ok laa ..

IMAG3759

G tengok gambar sebelum dan selepas .. Baru ada feel nak pindah masuk .. hehehe .. Patut la ramai beria nak ubahsuai rumah terutama rumah sendiri ..

Alhamdulillah .. Tak besar mana pun rumah  tapi yang penting , keselesaan dan kebahagiaan yang diisi dalam rumah tu ..

Ada yang bertanya harga kitchen cabinet tu.. Kalau nak tau untuk lebih lanjut, sila email saya yer ..

25 ulasan:

  1. owh mula2 kecil jer ruang dapur ni.. nak kena tambah ruang juga la kan supaya lebih besar ruang dapur.. terbaik la Abg ben.. janji selesa dan keluarga Abg Ben puas hati.. tapi siyes memang cantik dan luas

    BalasPadam
  2. info berguna ni ...mmg minat bab reno..pas ni deco2 lah ye

    BalasPadam
  3. betul abang ben saya sendiri pon nak masuk rumah baru.. rumah flat plak tu.. nk renovate pon pening kepala.. abis dah berapa bnyak dah.. tak buat pon untuk keselesaan sendiri juga..

    BalasPadam
  4. ok lah tu, yang penting anak2 membesar dengan sihat dan sempurna.. semakin besar rumah, semakin besar ruang, semakin 'jauh' daripada anak nanti.. kerana rumah terlalu besar..=p

    BalasPadam
  5. Syukur la Ben, kecik ke beso...ikut kemampuan. Drp takde, baik ada.

    BalasPadam
  6. alhamdullillah... puas hati dpt duduk rumah sendiri kan...

    BalasPadam
  7. teringin nak rumah sendiri dan renovate macam ben tapi masih berusaha ke arah tue..harap dapat miliki rumah sendiri sebelum usia cecah 35 tahun...huhuhu

    BalasPadam
  8. cantik dh tu ben..ok la untuk keluarga kecik lagi..rumah tu dh cukup selesa i think..cuma jgn semakkan dengan deco yg banyak, kalu tak nampak serabut dalam umah tu..

    BalasPadam
  9. kecik juga ruang asal tu rupanya. betul kata ben nak renovate bukan sikit2 pki duit. tp demi keselesaan memang perlu dikorbankan ringgit tu.

    BalasPadam
  10. laa, takkan nak tau harga kena email??

    BalasPadam
  11. betul..ubah suai mmg byk guna duit..tapi semuanya utk keselesaan kita juga kan..

    BalasPadam
  12. bilalah dpt merasa mcm nie .. ^^

    BalasPadam
  13. sy suka bc entry2 gini..rajin2 la cite psl rmh lg ye..huhu xsbr nk renovate rmh sendiri lak..kumpul duit dulu =)

    BalasPadam
  14. betul2.. baru terasa puasnya hati kan.. ;)

    BalasPadam
  15. Salam. Relax bro, cool. Memang la dapur rumah2 skrg kecik, kalau buat rumah sendiri besar la, atau rumah2 kampung. Kalau utk keselesaan mmg kita akan renovate, cuma bila fikir berkali2, kenduri kendara sok nanti catering gak kot! Selamat Masuk Rumah Baru..tahniah bro!

    BalasPadam
  16. bila dah ada rumah sendiri of coz la kita nak yg terbaikkan abg ben... apa org nk kata lantak p la.. duit kita bkn duit depa pun... diorg suka diorg baca kalo x suka tu maksudnya ada masalah hati.. hati semakin gelap.. :) cantik dapur abg ben..

    BalasPadam
  17. cantik umah bro.. kalau rumah semi D senang nak renovate.. ada duit semua boleh.. tapi kalau apartment macam aku.. macam mana rupa masa beli tu.. macam tulah sampai kita mati.. hehehe.. insyallah ada rezeki nak cari juga satu rumah teres.. kesian family datang umah kena naik tangga

    BalasPadam
  18. sayangnyeeee laman kat belakang rumah tuuuu... huhuhu.. bagus entry mcm ni abg ben.. slalu igtkan kite kepentingan menabung/menyimpan.. :)

    BalasPadam
  19. kalau anak dah ramai ok jugak rumah besar2 cmni...hehe

    BalasPadam
  20. Besar dan cantik! Rumah superlink ker nih?


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Kesian teddy bear ini...

    [U] Whooops!

    [U] Inikah rupa iPhone 5?

    BalasPadam
  21. Sebenarnya dapur tak perlu lah besar sangat. Yang penting, kena efisien. Tapi itu terpulang jugak kepada citarasa individu.

    Kos pengubahsuaian ini I rasa tak boleh kurang daripada RM50k nih...


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Kesian teddy bear ini...

    [U] Whooops!

    [U] Inikah rupa iPhone 5?

    BalasPadam
  22. Bila saya lihat gambar dapur tuan, saya tertanya tanya, dimanakah bilik air asal tuan?

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009