Anggota polis nak panggang 100 wanita !

by - Sabtu, Oktober 27, 2012

 

image

Sorang lagi orang giler yang sangat giler nak buat kerja giler yang sangat giler dan layak dilayak dipanggil giler sbb lebih dari orang giler , kelakuan gilernya itu !

Menurut Hmetro yang aku godek sewaktu orang masih tidur lagi , Gilberto Valle, 28 yang bertugas sebagai seorang anggota polis di Jabatan Polis New York, dituduh berbincang untuk “menculik, memasak dan makan anggota tubuh wanita” bersama seorang saksi yang namanya tidak didedahkan.

Menurut akhbar tu lagi , kedua-dua mereka dikatakan berbincang menggunakan kloroform untuk membuatkan mangsa pengsan kemudian membawa mangsa ke dapurnya di mana Gilberto berkata dia mempunyai oven yang agak besar dan muat “sekiranya saya lipat kaki mangsa.”

Memasak dengan api yang perlahan atau panggang di atas api ketika mangsa masih hidup dan dikurung di dalam sangkar, adalah satu lagi cara yang difikirkan.

Nasib baik lom ada lagi yang jadi mangsa idea giler mamat ni . FBI mengetahui mengenai rancangan Gilberto, September lalu apabila mereka mendapat tahu dia merancang untuk melakukan perbuatan itu melalui e-mail dan mesej segera daripada komputer di rumahnya.
Hasil siasatan melalui komputer itu, dikatakan fail sekurang-kurangnya 100 wanita bersama nama, gambar dan butiran peribadi seperti alamat serta penerangan individu berkenaan, ditemui.

Semakin ramai manusia hilang kewarasan fikiran di zaman ini .. huhu ..

You May Also Like

5 comments

  1. Ya allah...mcm hal dh berlaku kt dunia ni!

    BalasPadam
  2. ayat yg plg best .. "Sorang lagi orang giler yang sangat giler nak buat kerja giler yang sangat giler dan layak dilayak dipanggil giler sbb lebih dari orang giler , kelakuan gilernya itu !".. kreatif ko ni ben..

    BalasPadam
  3. Giler betul.Baca pun dah rasa geram giler.

    BalasPadam
  4. Harapkan pagar, pagar makan padi.

    Orang ramai menaruh harapan dan percaya kepada anggota polis untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan semua, tetapi anggota polis sendiri yang hendak melakukan keganasan dan kerja giler...

    Nurazzah8
    http://www.nurazzah8.blogspot.com

    BalasPadam