Bas sekolah mak aku akhirnya tersadai !

by - Isnin, Oktober 29, 2012

 

Begitulah nasib bas sekolah yang telah menyara keluarga aku selama ini .. Bersaiz bas mini dengan usia dah pun menjangkau 25 tahun tetapi senantiasa g inspection PUPASKOM dan lulus tetapi mak aku bagitau permitnya tak dapat disambung kerana usia bas tersebut !

Aik ? Ari tu dalam bajet 2013 ada bagitau yang bas sekolah takde yang dilupuskan tetapi ni apa ceritanya ?

 

Kerajaan mengambil berat akan keselamatan anak-anak yang menaiki bas ke sekolah dan pemandu-pemandu bas berikutan kualiti segelintir bas sekolah yang kurang memuaskan. Keadaan ini disebabkan pengusaha bas sekolah tidak dapat menampung beban kos penyelenggaraan yang semakin meningkat sedangkan sebahagian besar bas yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi.

Untuk itu, Kerajaan mencadangkan pengusaha bas sekolah diberi pertamanya, pemberian rebat tunai 10 ribu ringgit dan subsidi kadar faedah 2 peratus ke atas pinjaman penuh untuk menggantikan bas sekolah lama berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru yang berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk. Skim pinjaman ini diuruskan oleh BSN ditawarkan untuk tempoh permohonan 2 tahun bermula 1 Januari 2013.

 

Kena beli bas baru ? Atau terpaksa bersara selamanya ? Nak beli bas baru , perlu buat pinjaman.Bas sekolah lak bukan harga kacil second hand ! Bukan tak boleh buat pinjaman tapi bila buat gitu bermakna yuran bulanan terpaksa dinaikkan dan ini akan membebankan pengguna . Kalau tak buat gitu , camana nak  hidup kan ?

Kalau fikirkan soal keselamatan pelajar , ada banyak bas sekolah terutama di KL ni .. Yang ada permit dan tak de permit.. Yang selesa dan kurang selesa. Segalanya kena bayar ! Yang kebanyakkan orang kita nak, selesa tapi murah ! Perghhh …

Seperkara lagi , semakin banyak bas sekolah tanpa permit muncul. Bila laporan dibuat  kepada JPJ, yang jadi sasaran adalah bas sekolah yang ada permit ni ! Yang takde permit ni asyik dok terlepas.

Disebabkan arahan lupusnya bas sekolah pertama milik orang tua aku ni , mereka akan hentikan bisnis mereka ini dan ini bermakna 3 sudah pengusaha bas sekolah berbangsa melayu tutup kedai ! Tahniah !

Bukalah mata .. Yang jadi pengusaha bas sekolah ni bukan dari golongan profesional atau yang punya pendidikan tinggi.

Akhir kata la kan … PI MAI PI MAI TANG TU GAK ! Yang makin kaya , semakin kaya ..

You May Also Like

12 comments

  1. sbb apa melayu tak maju?sbb terlalu harapkan bantuan..skrg terlalu byk bantuan dan subsidi yang diberikan pada rakyat.tapi kalau disekat bantuan tersebut,lagi la susah nak hidup kn..

    BalasPadam
  2. @ahmad zikron ckp guna akal .. apa guna ada kerajaan kalau rakyat sendiri tak terbela ? Dok bela rakyat luar ? atau dok bela perut sendiri ? Tujuan wujudnya kerajaan adalah utk majukan negara dan juga rakyat-rakyatnya .. RAKYAT RAKYATNYA .. Ini baru satu dua kes .. Yang tak bersuara lagi ? Tak nampak ke kenapa semakin ramai rakyat memberontak ?

    Bukan soal subsidi ..dan aku tak sebut pun subsidi tapi soal keadilan ..

    BalasPadam
  3. Biar rakyat nilai bila tiba masanya

    BalasPadam
  4. bro ben perkara ni kena komplen melalui saluran yang betul biar buka minda org2 atasan.maybe ur mak kurang bernasib baik.So sekarang ni puspakom/JPJ tak selaras dgn declaration budget.kadang2 diorang ni buat dasar tak fikir implikasi sebenar kpd pengusaha bas.

    BalasPadam
  5. betul tu abg ben... kebanyakkan kenalan dan makcik saya pemandu bas sekolah.. memang diabaikan.. tak adil la kan

    BalasPadam
  6. betul le tu, kite rase keselamatan pelajar sekolah perlu diambilkira. Tp rasenya mesti boleh dapat bantuan untuk pengusaha bas yg ada permit nie kerana itu tanggungjawab kjaan pd rakyat. HaNya sy saran cube ambil pada perkara nie dari pihak yg berwajib.. Iysaallah...mesti ada caranya dan bantuan dari pihak kjaan kot

    BalasPadam
  7. ok ben, aku harap penjelasan aku ni dapat membantu ko. untuk pengetahuan ko had usia bagi bas sekolah pada masa ini sudah dilanjutkan kepada 30 tahun. 25 tahun tu had usia yang lama. So, kalau permit bas sekolah tu masih hidup atau dah mati tak kurang dari Julai 2010 masih boleh diperbaharui permit tu. (kalau permit dah mati kena denda RM50)

    Dan untuk menggantikan bas sekolah pula, boleh carik bas 2nd yang had usianya tak lebih 20 tahun. kalau xde bajet nak beli bas boleh downgrade gantikan kepada van sekolah (x lebih 20 tahun had usia gak).

    BalasPadam
  8. @Tuan Tanah itu aku tau bro .. Masalahnya skang , bas sedia ada tu nak buat apa ? Hutang dah abis .. Untung tak seberapa .. Nak beli bas/ van lg ? Usia pemandu bas sekolah ni bukan 20-30 an .. nak buat loan bukan senang nak lepas termasuk dr agensi kerajaan yg kononnya boleh bg bantuan ! dan try pon ..

    BalasPadam
  9. permit bas sekolah tu leh buat tukar milik atas nama ko ben.. tu je caranya.. soklan bas sedia ada nk wat ape tu aku tak tau nak jawab. cadangan aku mungkin boleh jual kat pengusaha bas kilang atau pengusaha bas mini pasal bas kilang dan bas mini ni xde had usia.. cuba la try carik buyer tuk kategori 2 bas tu mungkin leh dapat kot.. tu je nasihat aku klu membantu la..

    BalasPadam
  10. @Tuan Tanah tukar hak milik tu ada dah buat tp atas nama adik beradik lain .. Apa pun thanks bro sbb sudi bg pendapat .. Jwpnya kena jual je la bas tu dan seperkara lagi , harapnya tindakan terhadap bas sekolah haram ni perlu lebih tegas .. kuat benar terlepas .. tp tak pelik .. tu yg buat ramai pengusaha kecil pening kepala .. report salah , tak report pon salah. tq sekali lagi ..

    BalasPadam
  11. ape nak heran pasal pengusaha bas haram ni.. tindakan penguatkuasaan bermusim.. tggu ade kes kemalangan serius baru terhegeh-hegeh nak banteras "konon".. bila isu senyap penguatkuasaan pon ikut senyap.

    tapi x semua penguasaha bas/van sekolah haram ni saja2 nak bawak budak2 tanpa permit. ada jugak kes yang mana diorang ni menghadapi birokrasi yang melampau masa nak dapatkan permit sampai nekad redah bawak secara haram..

    BalasPadam