Berkongsi masalah gangguan jin

by - Jumaat, Oktober 19, 2012

 

Aku ada terima satu email dari salah seorang pembaca blog aku .. Jadi , aku nak kongsikan dengan korang semua dan sapa yang boleh bantu, harap bantulah yer ..

 

Salam Ben

Mohon maaf sebab tajuk ni mungkin tak berapa sesuai dengan Ben kot, tetapi saya berharap Ben boleh kongsikan masalah yang dihadapi oleh kakak ipar saya di laman blog Ben. Mungkin ada diantara pembaca blog Ben yang boleh memberikan cadangan ataupun bantuan. Sekurang-kurangnya saya cuba berusaha untuk membantu kakak ipar saya sedaya yang mampu. Ben boleh terus ke link blog saya sekiranya Ben sudi membaca dan membantu serba sedikit untuk dikongsi di laman blog Ben. “

Dalam email tu dia ada kasi satu url blog .. Dalam dalam kandungan entri tu ada cerita mengenai masalah itu ..

Kakak ipar saya telah mengalami gangguan ganjil ini sejak dia mendapat anak yang pertama 5 tahun lepas. Pada permulaan gangguan tidak sangat melibatkan dirinya, cuma masa anak beliau yang pertama dalam lingkungan 4 tahun, dia selalu boleh melihat makhluk-makhluk halus yang merupa dalam pelbagai bentuk terutama harimau.

 

Keluarga kami telah berikhtiar dengan pelbagai cara, bertemu pengamal purubatan islam di kawasan negeri Kedah, tetapi makhluk tersebut ataupun jin tidak dapat keluar dengan mudah dari tubuhnya. Ada diantara pengamal perubatan yang mengatakan ianya buatan sihir dari seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya sehinggakan hendak bersama dengan suami pun makhluk tersebut mengganggu dengan darah haid yang berpanjangan.

 

Kakak ipar saya cuma melawan dengan sembahyang sunat dan mengamal membaca al-quran setiap hari namum tetapi diganggu dengan pelbagai cara. Ada diantaranya semasa sembahyang, kakak saya melihat rupa yang hodoh di atas kain sejadah sehinggakan bapa mertua saya terpaksa membakar sejadah tersebut. Ada kalanya jin tersebut merasuk anak perempuan beliau dengan mengugut untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba mengganggu dia.

 

Baru-baru ini kakak ipar saya melawat biras saya yang baru bersalin di hospital, semasa di sana tidak ada apa-apa reaksi dari jin tersebut, tetapi bila sampai sahaja di rumah jin tersebut telah mengawal tubuh kakak ipar saya dan memberitahu dia sangat dahaga dengan darah yang dia nampak di hospital, bila ibu mertua saya menyuruh kakak saya mengucap, dia menjawap yang dia tak boleh mengucap sebab dia kafir.”

Bacaan lanjut , klik SINI . Harap pada sapa boleh bantu , bantulah yer .. Dan pada sesiapa nak berkongsi masalah atau minta pandangan , mahupun nak cerita apa saja  , boleh saja emailkan pada aku di benashaari@yahoo.com.

 

Terima kasih yer ..

You May Also Like

16 comments

  1. astagfirullah.. teruk sgt gangguan tu.. xleh nak byg camne kalo ada wajah hodoh kat sejadah masa nk sujud.. tergamak betul org tu kalo ianya betul2 gangguan sihir..

    BalasPadam
  2. bagus la cerita ni encik ben, macam cerita seram dah ni. takut jugak nak baca, tapi benda macam ni kena tahu kan?

    BalasPadam
  3. Ben, link kat SINI tu takda apa2

    BalasPadam
  4. mak oi.ngerinye ayat last tu.. ish jahatnye siapa yg hantar jin kafir tu..YaAllah..

    *nk bantu tapi xde ilmu tinggi

    BalasPadam
  5. link tu xleh bukak. xnak suruh kakak ipar dia jumpa dr sharhan?

    xpon belilah cd2 surah2 pilihan menghalau syaitan & jin ke, penyembuh sihir ke? seeloknya dipasang sepanjang masa.

    BalasPadam
  6. huhuhu kena cepat2 berubat dan kuarkan jin tu. takut melarat dan jadi susah nanti...

    BalasPadam
  7. seram pun ada..takut lagi la ada..berserah pada Tuhan.. banyakkan ingat Allah.

    BalasPadam
  8. pergi jumpa Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus
    Klinik Rawatan Komplimentari Yashfien beralamat di No 8-1, Jalan 20C/146, Desa Tasik, Sungai Besi, 57000, Kuala Lumpur. No. Tel: 03-90586957 (Pej), 017 6568574

    or alternative makan madu ruqyah oleh Ustaz Rahim 019-2437476 utk buang sihir dan saka.can call/sms him to check whether u got sihir or saka thru name and ic no.

    BalasPadam
  9. menakutkan betull..kenapalah ada org dengki and hantar sihir zaman moden mcm ni huhuhu

    BalasPadam
  10. Alahuakbar..simpati saya pada beliau..saya pernah alami gangguan jin tapi bukanlah disihir dan jin tu pun bukan jenis degil bila nak dikeluarkan.saya berubat di darus syifa dan alhamdulillah tiada lagi kesan digigit dan lebam juga sakit.cuma setiap kali sy berubat jin tu masih ada.jin tu keluar bila berubat dgn ustaz tp dia akan dtg blk.sy amalkan zikir dan lain2 amalan to mmg susah jin terkutuk ni nak keluar tanpa dtg balik apatah lagi dlm kes kakak ni.sy tak bole dgr org baca yasin, bila sy dengar dan hayati dada dan nafas say jadi kencang seolah2 ada sesuatu nak keluar dlm bdn saya,air mata mengalir dan muka merah.kalau sy baca sendiri takde apa2..moga kakak ni tak putus asa merawat diri.semoga Allah memabtu beliau.ameen

    BalasPadam
  11. @Faiz

    Salam. email tu dari saya. Ini linknya http://www.norhafizan.com/2012/10/gangguan-jin-yang-berpanjangan.html

    BalasPadam
  12. Salam. Terima kasih kerana keperihatinan rakan-rakan semua. Ini link yang dimaksudkan http://www.norhafizan.com/2012/10/gangguan-jin-yang-berpanjangan.html

    BalasPadam
  13. kesiannya... sama2 lah kita yang lain mendoakan agar Allah beri perlindungan kepada mangsa.. amin...

    BalasPadam
  14. ken berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang betul2 mahir tu...dekat tempat saya ada seorang ustas yang boleh berubat. Cikgu tu orang semenanjung tapi mengajar kat Tawau, Sabah setakat ni...tapi macam dah nak pindah balik semenanjung tahun ni kot...kalau boleh bantu...

    BalasPadam