Bila adik adik UPM singgah rumah ..

by - Ahad, Oktober 14, 2012

 

Baru sampai rumah dari pasar .. Qhaliff , seperti biasa .. ikut dan tidur je sepanjang perjalanan , berenti beli barang hingga sampai rumah , tidur tanpa ‘ada aku kesah ? ‘ ..

Depan rumah .. Ada seorang perempuan kulit hitam berhijab , memandang dengan punya maksud tertentu ..

“ Takkan salesgirl ? Kutip derma , mungkin .. “ .

Aku bagitau wife. Terkejut dia . Dia kata nasib baik siang. Kalau malam , demam urat dah dia .. Hahaaha .. Aku gak cool .. Hehe ..

Dan aku perasan ada seorang budak lelaki mundar mandir dengan ada kertas dan pensil di tangannya serta beg disangkut di bahu .. Hurmm..

“ Mesti student .. “. Hati aku berbisik.

“ Assalamualaikum . Saya pelajar dari UPM sedang buat bancian mengenai … bla bla bla .. “ .

Aku tak ingat dia dok kata bancian pasal apa .. Panjang benar ayatnya serta berbelit kepala otak aku nak tangkap .. Aku nak jemput masuk , rumah serupa baru dilanda tsunami.. Segan lak .. Maaf la yer dik . Nanti abang buat open house , abang jemput eh ..

Dia bagi aku kertas bancian warna pink . Aku dah la pakai baju pink . Sama la pulak .. huhu .. Aku tengok soalan soalan dia .. Perghh .. Serupa nak jawab kertas BIOLOGI SPM .. Hahaha ..

Tergaru-garu jap kepala .. Tapi dia kata , tandakan je kertas tu .. Aku pun tanda je la.. Ingatkan nak guna dadu .. Takde pilihan A,B,C,D,E lak .. hehe ..

Selesai..  Yess .. Dah boleh enjoyyyy …  Kasi kat adik tu . Ucapan terima kasih diterima. Cuma aku ingat nak tegur sesuatu kat dia .. Iaitu , gantung kad pelajar kat leher tu agar penduduk tak terpinga-pinga bila tengok mereka dihampiri .. hehe ..

You May Also Like

9 comments

  1. huuu. aku tak rajin lagi buat bancian cebggitu.. ekeke. =P

    BalasPadam
  2. Betul, sepatutnya bila student jalankan aktiviti luar campus patut ade id student.

    Abg ben, semalam sy tengok citer 'scott turow's innoncent'. Best gak citer tu. Watak utama seorang ayah... Ade rupe abg ben sikit. Cuma abg ben of course lagi muda. Sy terus google citer tu. dpt la satu pic ni...

    http://2.bp.blogspot.com/-Kv9l45PnoI4/TtTF8jW1ZbI/AAAAAAAAAzo/GzyL061YsOA/s1600/bill+pullman.jpg

    Ade mcm same sikit2 tak? :D

    BalasPadam
  3. Kalau saya memang dh tak layan, risau jugak zaman sekarang kan. Macam2 modus operandi orang jahat ni.. tu la, patutnya diorang ni pakai student id

    BalasPadam
  4. lain kali kalau gadis2 amek nombor dulu bagi kat saya..sy pulak nak banci depa..ehh?hahaha

    BalasPadam
  5. biasanya org buat kat shoping complex je.berani depa p rumah, mcm weird je kan..btw be careful

    BalasPadam
  6. Kalau saya lak dah nampak camtu..say jalan terus je,buat2 tak nampak rumah sendiri je.haha.

    Takut la sekarang ni,macam2 teknik orang nak buat jenayah..huhuhu.itulah gunanya student id..

    Tapi itupun senang gak org nak copy kan? Huhuhu.

    BalasPadam
  7. ala....tu bancian pasal pengudaraan dlm rumah kan...die tanye ade pki aircond ke x..bukak tgkap pg smpi mlm ke...kan? kan? kan? haha...kt presint14e dorang pki je kad student...

    BalasPadam
  8. uits demam urat ye.. memang la akan mengundang tanda tanya pada jiran kan klau tiba2 ada orang macam ni. lain kali gantung la kad pelajar kat leher tu

    BalasPadam