Bila berbasikal di jalan raya ..

by - Ahad, Oktober 14, 2012

 

Pergh.. hari ni saja ada la dua kali nyaris nak bertembung ngan budak budak berbasikal kat Putrajaya . Geram ? Berhati-hati ? Kena perhatikan mereka yang berbasikah ? Perhatikan kenderanan lain ? 

Mak aih .. beriadah berbasikal antara salah satu minat aku tapi kalau beriadah hingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain , aku rasa tu dah tak betul ..

Kalau tak silap aku , area Putrajaya ni mmg dah disediakan trek berbasikal disebelah jalanraya yang besar tapi sayangnya yang nak guna tu kurang .. Mereka lebih rela guna jalan raya yang agak sibuk.

Ok fine.. Memang mereka ada hak untuk guna. Kalau mereka guna dengan mengutamakan keselamatan semasa berbasikal , tak kisah la kan ? Bagaimana dengan yang main redah bila nak masuk lorong ? Yang langgar lampu isyarat ? Apakah mereka tak boleh disaman kerana langgar lampu merah ?

Kita jangan kata pemandu kereta sendiri pon tak berhemah. Segalanya terpulang pada diri sendiri tetapi buat penunggang basikal , kena ingat.. Bila berlaku kecuaian atau kelalaian , peratusan kecederaan pada penunggang basikal amat tinggi. Jangan tunggu kena baru nak bertekak. Ambil langkah berjaga jaga semasa menunggang basikal.

KAEDAH-KAEDAH YANG HARUS DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL

  1. Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.
  2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
  3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.
  4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.
  5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas.
  6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.
  7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.
  8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.
  9. Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain
  10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan mengejut.
  11. Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi dari membawa penumpang.
  12. Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.
  13. Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan lampu mereah dibelakang.
  14. Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu

Malangnya ada yang ego nak ikut undang-undang.  Hurmm ..  Jangan tunggu ada yang ‘kena’ baru nak garu kepala ..  Tak kira sapa sekali pun , atas jalan raya .. sila ikut peraturan ..

You May Also Like

6 comments

  1. betul tu...kalau nak berbasikal pun kena ada etikanya yang tersendiri... ^_^

    BalasPadam
  2. hari cuti ok lagi bro... kadang2 hari bekerja ada group buat latihan berbasikal dari area kajang silk nak masuk ke putrajaya... menyebabkan jalan sesak.. igt eksiden ke ape. buat la time lps org dah masuk opis ke atau kat area yg bukan jln sibuk...kang kalau jadi ape2 salahkan org yg bawa kete lak...

    BalasPadam
  3. tapi ada jugak budak2 yang berbasikal ke jalan raya besar..tu lagi menyeramkan.. eloknya, yang berbasikal ni jangan berbasikal kat jalan besar.. sangat berbahaya.

    BalasPadam
  4. huhu tu la..kadang2 kita dah berhati2 tapi orang lain tak berhati-hati dah kita pulak nak disalahkan nanti..

    BalasPadam
  5. haha. taw xpe. penah dlu nak dua kali drive kat putrajaya, nyaris langgar diorang. wat naya je kot

    BalasPadam
  6. kat labuan setakat ni bila ada yang berbasikal dijalan raya, memang lebih berhati2 dan mematuhi undang2 jalan raya..

    BalasPadam