‘ Bumbo seat ‘ untuk Qhaliff ..

by - Selasa, Oktober 16, 2012

 

IMAG4133-1-1

Tadaaa .. Lama dah nak cari untuk Qhaliff .. Yelah , leh tengok Upin Ipin dengan lepak dalam bumbo seat ni .. Hehehe .. kan kan ?

Ada kawan kata , bumbo seat ni tak elok untuk baby. Ada kes kecederaan berlaku pada baby di luar negara . Ahaa .. Nasib baik aku dah buat research ari tu selepas ada rakan syorkan kegunaan dia apatah lagi aku kali pertama gak dengar nama menatang ni haa .. Hehe.. Kira pelik gak laaa amenda bumbo seat ni haa ..

Dan , aku jumpa kes seperti mana yang diperkatakan tu .. Aku baca laporan mengenainya dan baca di ruangan komen. Kebanyakkan kes berlaku akibat kecuaian penjaga sendiri . Dia letak baby dalam tu pastu dia g buat kerja … Apa dia inga baby ni anak patung ke ??? Buat la camana pun , baby tetap akan bergerak apatah lagi bila dia keseorangan . Cuba duduk lepak ngan dia .. Rasanya boleh berlaku tak ?

Antara kes yang aku baca tu , dia g letak baby dia bersama bumbo seat tu di atas meja.. Mak aihhhh .. Akai letak mana ? Mana bolehhh .. Kena fikir gak sebelum letak tu haaa .. Alahai ..

Dan aku buat keputusan belikan satu utk Qhaliff ..  Cari di MotherCare. Jumpaaa .. Lama dah cari kat Mothercare Alamanda tu.. Takde stok selama ni sbb diorang tahan penjualannya hingga kes yang diperkatakan tu selesai siasatan .

Menurut staff di situ , bumbo seat tu telah dipertingkatkan lagi mutu keselamatannya .. Haa .. kira selamat la eh ?

Tapi sayangnyaaa .. sayangnyaa .. Seperti yang korang tengok dalam gambar tu , Qhaliff tak muat dah duduk dalam tu !! Hahaha.. Macam awek pakai legging kuar g KLCC .. Ketat dan sendat ! Muhahaha ..

Kensel beli !!

Staff tu kata , kitorang lambat belikan untuk Qhaliff.. Pantas aku jawab .. Bukan kitorang lambat beli tapi Qhaliff cepat benar membesar bagai johan ! Huuhu..

You May Also Like

14 comments

  1. bro, sy cadangkan bro boleh try ushar kat http://juaimurah.blogspot.com/ sbb situ slalu ada mainan yg best2... tp kebanyakan 2nd hand laa.. situ jual brg branded from oversea jer... sy xde kaitan dgn diorang, juz share sbb slalu bli kat situ...

    BalasPadam
  2. comel jew qhaliff duduk dlm tuh... gram tgk!!!

    BalasPadam
  3. anak membesar cepat sangat.. pejam celik pejam celik da dekat setahun.. mase ni la kite kene hargai mase bersame die.. nanti die da besar mesti rinduuuu...

    BalasPadam
  4. memula tengok macam terseksa je dak Qhaliff tu tapi bila baca sampai habis.. eeemm.. patutler tak muat..

    BalasPadam
  5. hehehe... first time tengok benda alah tu...

    BalasPadam
  6. macam anak angkasawan lah,,bella dye pun pakai bumbo set nie hehehehe

    comel qhaliff

    BalasPadam
  7. Rasanya benda ni sesuai kalau budak dah pandai duduk ...kalau belum tak bagus kot untuk tulang belakang dia... rasanyalah...

    BalasPadam
  8. Terkepit boboi..kena mintak custom made pyne bro..hehehe

    Entri terbaru Tips Kuruskan Badan Dengan Pantas

    BalasPadam
  9. nampak sangat ketat nya.. memang tak muat la utk Qhaliff.. tak per la.. (^_^)

    BalasPadam
  10. Ben beli je kusi stroller...2in1...hehe stroller tp jns kusi dduk...my hero xsuka baring lg2 dlm stroler...nk dduk je...tgk tv pon nk dduk xnk baring...

    BalasPadam
  11. Aloo,dedi..Qhaliff dh ter'sepit' ni....hahaha...

    BalasPadam
  12. Membesar bagai johan yer qhaliff ☺☺

    BalasPadam