Daun turi , Antara petua banyakkan susu ibu.

by - Jumaat, Oktober 12, 2012

 

 

daun turi atau orang utara panggil daun keti

Inilah dia rupa turi  atau orang utara panggil daun keti yang mana wife kata Dr. Hamid Arshat ada memberi petua membanyakkan susu ibu dengan mkn daun ni.. Bukan makan ala ala kambing tu haa .. tapi dijadikan ulam ..

Dari blog Dr. Hamid Arshat :

Mengikut amalan tradisional pula, jika seseorang ibu mengalami masalah kekeringan susu, mereka dinasihatkan supaya memakan daun turi sama ada dimakan secara ulam, direbus atau dibuat sayur. Petua tradisi ini agak berkesan, tetapi bagaimana ia bertindak tidaklah diketahui. Mungkin satu kajian perlu dilakukan untuk menentukan benarkah daun ini boleh menyebabkan pengeluaran air susu lebih banyak dan apakah bahan-bahan yang mungkin terkandung dalamnya sehingga ia boleh menyebabkan keadaan demikian?

Ada aku tanya kat mak aku kelmarin , dia tolong carikan kat kawasan pasar malam umah .. Takde la pulak tapi bila tanya jiran , diorang ada bagi lokasi kat mana nak dapat .. Kat pasar biasanya ada jual terutama penjualnya berbangsa India..

Cuba je la kan .. Makan macam macam dah .. Ada lagi petua yang mak aku nak kongsikan malam ni .. Nanti aku kongsi eh ..

You May Also Like

9 comments

  1. kalau buat masak lemak cili padi mesti sedap

    BalasPadam
  2. mak mertua saya ade tanam, masak lemak putih sedapp cuba nak bersihkan daun ni kena hati² sikit sbb kadang² ade ulat tersimpul bawah celah² daun turi tu ....

    BalasPadam
  3. mana boleh dpt daun turi ni abg ben?nk gak sy cari..blh bg pd kakak sy..hu3 kesian sy tgok dia ..

    BalasPadam
  4. wah..petua baru ni sy tau..nasib depan umah nenek ada tanam..bole la stanby utk pantang nt sambil kompol stok susu byk2..hihihih

    BalasPadam
  5. betul abg ben kat pasar2 india bnyak jual..pernah nampak tak tau pulak leh n=banyakkan susu badan..leh cuba ni..Ammar pun dah kekurangan stok skrg... ;(

    BalasPadam
  6. suka dengar husband yang sangat supportive.. insyallah kalau kita usaha lebih dan disertai dengan doa.. Allah akan tolong...

    BalasPadam
  7. Mnum horlicks n mkn lobak putih leh byk kn susu...Insyaallah...

    BalasPadam
  8. Pucuk geti: sayur yg paling aku suka.

    BalasPadam
  9. Mak saya slalu masak daun turi ni.. Wat msk lemak or stirfry dgn udang kcik ltak kelapa parut mmg sdap. Slalu india yg jual.

    BalasPadam