Dimanakah nilai keperimanusiaan anda ?

by - Khamis, Oktober 11, 2012

 

Aku dan keluarga aku g satu restoran mamak ni tadi .. Alhamdulillah , meriah restoran tu .. Bila aku pandang kat tv yang ada di dalam restoran tu ,ada perlawanan bola sepak . Ok , patut la ramai .. Lagi pun hujan .. Memang sedap makan makanan mamak yang panas ni ..

Hasrat aku , nak makan maggie sup kat situ . Entah teringin masakan mamak punya sedangkan aku tau aku buat lagi sedap .. hehe .. Hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi ..

Berdiri . Sana sini dipenuhi dengan kumpulan lelaki dan ada juga pasangan . Tak kisah la.. tapi yang buat tak seronoknya, bila ada meja kosong , di kiri kanan mahupun belakang  meja tu dipenuhi dengan mereka yang merokok .. Camana aku tau ? Tentu la tengah dok merokok kat situ .

Jadi , golongan cam aku ni , nak makan kat mana ? Yang dok dukung anak ? Yang tak merokok ? Kat mana nak duduk ? Camana nak makan dengan asap rokok yang dok lalu lalang depan hidung aku ni ? Dimana keprihatinan anda , wahai manusia ?

Jangan sombong dan bongkak kawan . Satu hari nanti anda punya anak cucu jugak .. Lainlah nak mereka ikut jejak anda juga wahai kawan ..

Apakah perlu kerajaan keluarkan kempen lagi ? Atau wartakan saja sepenuhnya semua restoran adalah kawasan larangan merokok seterusnya ke di tempat tempat awam ..

Kekadang terasa macam negara kena serang dengan pengganas sebab asap rokok tu haaa ..

You May Also Like

8 comments

  1. Biasanya perokok tak fikir tu semua..hanya yg tak merokok je akan rasa terganggu hehe...

    BalasPadam
  2. Spesis mcm tuh dh ada anak pon bukan nk hirau sgt. Tuh x bpe nk hirau org lain..

    BalasPadam
  3. Buat lah kempem macamana pun. Kalau dah perokok tegar, tetap akan merokok. Kita yang x merokok menjadi mangsa kepuasan nafsu mereka.

    BalasPadam
  4. Species mcm tu, time dukung anak sendiri pun boleh hembus keluar asap rokok pada anak. Jadi, mereka x peduli keselesaan dan kesihatan kita yang x merokok ni.

    BalasPadam
  5. Biasa alami keadaan ini hingga rasa tak boleh bernafas tapi nak kata apa? Hanya mati saja yg boleh memisahkan rokok dengan perokok ni. Pernah makcik akak sound hubby dia, bila nak berhenti merokok bang? Kata dia, mati nanti...berhenti la...aduhai!! tepok dahi.

    BalasPadam
  6. sgt setuju dgn abg ben. mmg payah nak gi makan kat kedai mamak atau mana2 kedai yg open mcm tu. ada pulak tu, bukan bapa yg merokok, emaknya yg merokok. dan kalau abg ben perasan, skrg nie, ramai perempuan2 yg hisap rokok. ada tu, yg pakai tudung berbaju kurung pun. masa kecik2 dulu kalau balik kampung tgk nenek2 tua hisap rokok, kita tgk cam pelik, zaman skrg bila wanita2 bermuka cantik lg bertambah pelik...

    BalasPadam
  7. aku setuju ... mmg bangan tak perihatin trhadap anak kecik ....
    i hate smoker yg tak de akai cam tu ..aku dahs lalu kena ... aku pun slalu up kat blog .....

    BalasPadam
  8. Pernah dibalas, kalau tak suka dengan asap rokok, pergi duduk tempat lain. Haa.. tak ke sakit hati jwpn mcm tu :( dlm hati mmg menyumpah btl la kan.

    BalasPadam