MBE4U Campaign oleh MBE

by - Selasa, Oktober 23, 2012

 

Baru-baru ni aku ada hadiri satu majlis pelancaran yang dianjurkan oleh MBE atau Mail Boxes Etc Malaysia yang bertempat di Alamanda Putrajaya.

IMAG3693_BURST006

Tujuan mereka adalah untuk melancarkan kempen mereka iaitu MBE4U. Kempen ini bermula pada  bulan Oktober 2012 dan tamat pada September 2013. MBE4U ini bertujuan untuk memperkenalkan servis mereka pada pelbagai peringkat pengguna ..

4 peringkat kempen MBE4U iaitu :

  1. Oct - Dec 2012: E-commerce
  2. Jan-March 2013 : Pelajar
  3. Apr-Jun 2013: SME (small medium enterprise)
  4. Jul-Sep 2013: YOU (individu)

Setiap kempen akan menyasarkan pada peringkat yang tertera seperti yang telah aku pergi tu iaitu E-COMMERCE yang menyasarkan pada blogger yang punya perniagaan online di internet atau blogshop..

Apa yang mereka tawarkan adalah penghantaran produk melalui MBE yang dijamin pantas dan selamat .Mereka juga telah bekerjasama dengan syarikat syarikat penghantaran yang sememangnya terkenal seperti POSLAJU , DHL dan banyak lagi .

Kenapa pilih MBE ? Berdasarkan pengalaman aku yang pernah guna MBE ni , layanan yang cukup mesra dan terasa dihargai. Murah ? Bagi aku harga tak jauh beza tapi itu bukanlah keutamaan aku sbb aku inginkan keselesaan sewaktu berurusan dengan mereka. Dan pastinya , barang sampai pada waktu yang dijanjikan ..

Dan seterusnya mereka akan menyasarkan pelajar yang mungkin ingin membuat penghantaran ke rumah atau mungkin ada buat bisnis online . Dan begitulah seterusnya untuk kempen kempen yang akan datang ..

Kenapa perlu guna servis MBE ? Selain dari yang aku nyatakan , mereka juga menyediakan satu servis penghantaran barang semula percuma buat peniaga online. Andai contoh aku jual barang , dan aku pos barang tu pada korang .. Barang tu tak menepati apa yang korang nak , korang boleh pos kembali kepada aku tanpa perlu buat sebarang bayaran penghantaran ! Haaa .. Menarik kan ? Pelanggan pun tak marah .. hehe ..

IMAG3717

Bagi memeriahkan kempen MBE4U tu , mereka akan mengadakan contest di FACEBOOK MBE MALAYSIA . Pelbagai hadiah menarik akan ditawarkan . Jadi korang yang berminat , kena jadi ahli di fan page mereka untuk tidak terlepas sebarang infomasi contest.

Pertengah bulan Oktober ini MBE akan melancarkan Shipping Guide iaitu panduan atau selok belok  untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penghantaran barangan mereka. Dan pastinya mereka yang pertama yang melakukannya. Sila dapatkan booklet tersebut di cawangan MBE berdekatan dengan anda ..

Selepas penerangan yang menarik itu , aku serta tetamu yang hadir pagi itu sertai satu pertandingan yang sangat menarik ! Iaitu pertandingan menghias rakan sendiri ! Hehehhe ..

IMAG3712_BURST010

Kumpulan aku dapat no 2 .. hehe .. Jadilaaah ..

Terus terang , sejak aku tahu kewujudan MBE di Alamanda , aku tak perlu risau dah nak buat penghantaran barang yg mana aku cukup malas nak lakukannya di pejabat pos kerana aku tak suka beratur lama ! Di MBE , segalanya pantas termasuk boleh topup TOUCH N GO !

You May Also Like

1 comments