Meninggal dunia selepas bersalin ..

by - Rabu, Oktober 24, 2012

 

Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un ..

Mayat Syaniza Idris, 27, ditemui jam 2.40 petang dalam keadaan berlumuran darah atas tilam dalam bilik tidur utama manakala bayi lelakinya yang dipercayai tidak cukup bulan ditemui berbalut dengan kain dalam bilik air.

Jiran mangsa, Rohaizat Abdul Rahim, 49, berkata, dia meminta isterinya, Normah Ali, 48, pergi ke rumah Syaniza selepas mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat anak lelaki jirannya itu, Mohd Danial Asmadi, 7, yang bersekolah dalam tahun satu pulang dari sekolah dengan berjalan sendirian.

Menurutnya, sebelum ini, setiap pagi arwah keluar rumah menghantar anak lelakinya ke sekolah menaiki kereta sebelum mengambilnya semula jam 12 tengah hari.

Rohaizat berkata, dia difahamkan, suami Syaniza, Asmadi Ahmad, 28, seorang konstabel polis tiada di rumah ketika itu kerana berkursus di Pulau Pinang. “ – Hmetro online

Kesian .. Tak perlu nak tuding jari kerana kita tak tau hal sebenarnya tapi yang perlu kita ambil berat ialah , bila isteri mengandung , suami kenalah bijak mengambil berat terutama bila dia takde kat rumah untuk jangka waktu yang panjang. Kalau singkat , maklumkanlah pada jiran .

Kalau tak perlu keluar macam nak g lepak ngan kawan kawan atau buang masa kat luar ,janganlah buat .. Sian kat orang rumah tu ..

Tak dinafikan ada suami pandang remeh bab ni .. Dia hanya tau bagi nafkah zahir dan batin. Dah cukup ! Part lain , pandai pandai la amik berat sendiri .. Ada spesis laki cam ni .. Kalau dapat , maka si isteri kena pandai pandailah berdikari ..

Takziah buat suami mangsa dan juga keluarganya. AL-FATIHAH.

You May Also Like

20 comments

  1. dah baca paper pasal kejadian ni pagi tadi. Memang kesian sangat kat keluarga mangsa. aku pun biasa outstation gak tapi mujurlah ada keluarga yang tolong tengokkan anak isteri.

    BalasPadam
  2. yaallahhh kesiannya:(
    moga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman

    BalasPadam
  3. kesiannya.,al fatihah..

    BalasPadam
  4. baca kat bernama takda rekod kehamilan arwah kat mana2 KK n sbgnya..agaknya dia tak perasan dia peknen kot sbb anak yg bongsu baru 1 thn kan..jd suami dia maybe xtahu dia peknen..tp berat juga arwah baby tu 3.8kg..ade byk kes org xsedar diri dia peknen nak2 kalau jenis period xtetap n sbgnya.

    BalasPadam
  5. simpati kat suami... jugak pada keluarga mangsa..mesti susah nak hadapi..brape hari je lagi nak raya..semoga tabah

    BalasPadam
  6. ya Allah. Syurga itu milik arwah... meninggal ketika bersalin. Semoa rohnya dicucuri rahmatNya.

    BalasPadam
  7. dalam kosmo part tak cukup bulan tu takde pulak. rasanya si suami pun tak sangka kot sebab mungkin baru beberapa bulan kandungan tu. sebab tu pergi kursus. kalau dah 8-9 bulan agaknya dia tak join la kursus yg lama2 ni.

    pengorbanan pasangan anggota keselamatan negara. tentera/polis nak taknak isteri kena berdikari.yela kdg2 kena belayar sampai berapa bulan. ramai jugak kenalan yg suami polis/tentera ni kena tinggal masa mengandung. tapi kalau dalam kem rakan2 & jiran2 mmg sgt prihatin. tak suruh pun diorg akan tengokkan. dlm kes ni syukurlah jiran dia prihatin.

    BalasPadam
  8. tak perlu tunding jari sebaliknya ambil iktibar dan muhasabah diri... itu lebih baik..

    BalasPadam
  9. bagusnya jiran dia.. prihatin dengan kawasan persekitaran.. bagus2!

    BalasPadam
  10. agak muskil bayi dlm bilik air..apa yg terjadi sebenarnya kan.. kak salah sorg isteri tentera jika ditinggalkan 2 bulan tak pernah balik. time sarat mmg balik kampung sbb takut duduk sor. tapi bila anak2 dah sekolah kena berdikari.. kami dlm kuarters amat titik beratkan kejiranan na keperihatinan, diri kita sendri kena pandai bercmpur dgn dgn jiran2 amek tahu dan beritahu apa yg tak kena.. sentiasa beragntung harap dgn jran2 krn mereka saudara kita yg terdekat dikala susah senang.. tp kalanya jiran ada yg tak suka jika kita susahkan mereka ..kita pula kena juga sentias a memberi dan merasa.. biar seimbang... apa yg terjadi pada mangsa kita tak tahu apa sbenarnya.. sisuami pula menjalankan tjwb pada diri dan kerja.. kena tinggal pekara biasa.. cuma kena pandai bawa diri dlm segala hal.. semua akan selamat dan mungkin itu takdir namanya..alfatihah...

    BalasPadam
  11. sedihnya. takziah untuk keluarga mangsa.

    BalasPadam
  12. takziah buat suami dan seluruh keluarganya. sedihnya....

    BalasPadam
  13. Ya allah..:'(
    alfatihah.......

    BalasPadam
  14. Ya allah..:'(
    alfatihah.......

    BalasPadam