Qhaliff didenda !

by - Khamis, Oktober 04, 2012

 

Inilah denda kasih sayang namanya ! Sementara aku nak solat sat dan setelah ‘perangai’ original dia telah dikesan , adalah lebih baik dia diletakkan dalam kurungan sehingga aku selesai solat ..

IMAG3912

Terseksakah ? Takde maknanya pun .. Ni bukannya kurungan apa pun .. Ni namanya playgym .. Haaa.. Skit skit nanti aku belikan mainan dia .. Lama lama , penuh laa.. seronok main sikit dalam tu .. kan kan ?

IMAG3889

Ada yang kata kesian budak budak sekarang ni terkurung .. Aku rasa dari dulu budak budak terkurung .. Dari masalah menimpa adalah lebih baik elakkan masalah kan ?

Nanti dah besar skit , ada la ruangan khas untuk mainan dia kitorang buat kat rumah baru tu .. Aku kecik kecik pun ligat gak .. Tu sebab mak aku kurung .. Pernah memberontak , dan hanger gantung baju hinggap kat betis .. hehe.. Dan , aku lenaaaa sampai ke petang … Hahahha .. Kenangan .. Sekarang baru tau camana perasaannya ..

You May Also Like

12 comments

  1. wahh.. ape perangai original qhaliff tu?

    BalasPadam
  2. asalamualaikum bro mintak exchange link blog
    ini link blog saya
    http://www.mencariygbenar.blogspot.com/
    tq harap dapat kerjasama

    BalasPadam
  3. hahaha..kalau tak dikurung, memang bahaya.. dalam SEMINIT je macam2 boleh terjadi kan?

    BalasPadam
  4. bila dah penuh dengan mainan, jangan kata anak, mak budak pun sama nak main.. ;)

    BalasPadam
  5. haha comel je qhaliff baring diam2 dlm tu. takpe,budak2 mmg wajib kena kurung.klu tak,kita yg kesian tgk dorg luka2 klu berlari2 n cedera.

    BalasPadam
  6. saya pn ada belikan anak saya playland mcm tu. time masak, solat mandi, saya kurung dia dlm tu. tp kejap bila dia dh pandai, dia bleh kuar sendiri. skrg playland tu jd tempat letak mainan dia jek.

    entry kt sini http://amerislovely.blogspot.com/2011/10/playland-for-faqeef-arrayyan.html

    BalasPadam
  7. hehehee..comel je dia ddk dlm 2 :)

    BalasPadam
  8. tak perlu nak kesian sebab apa guna dorang cipta benda2 macam tu kalau tak digunakan.. betul tak? daripada nak tanggung bahaya bagus lagi buat kemudahan macam ni... anak2 rasanya memang suka dengan mainan macam ni..

    BalasPadam
  9. He...he... bapak borek anak rintiklah ni!!

    BalasPadam
  10. Betul tu abang ben. Mencegah lebih baik daripda mengubati..=D

    BalasPadam
  11. Salam

    saya pernah terbaca dalam buku parenting, untuk mengajar anak tentang solat, biasakan anak untuk selalu tengok parents solat. so since baby dah boleh train anak dengan meletakkan anak di sebelah ketika solat.

    alhamdulillah anak saya umur 6 bulan lebih dah faham kalau ibu pakai telekung dia duk baring kat sebelah. tengok je sambil main2 dengan hujung telekung.

    tapi semalam kami solat berjemaah, boleh pulak anak merayap kat kaki ayah dia, then selak kain pelikat ayah smabil gelak! bantai gelak la kami, batal solat hadui!

    BalasPadam