Si comel yang ku renung setiap malam ..

by - Isnin, Oktober 01, 2012

 

IMG_20120930_215058

IMG_20120930_215315IMG_20120930_215412

Aku , sebenarnya antara mereka yang bertuah dapat membesarkan anak di depan mata aku sendiri. Dalam diam tak diam , Qhaliff dah capai usia 6 bulan dan aku telah menjaganya sendiri selama 3 bulan yang mana aku pada mulanya tidak yakin sama sekali dapat menjaganya seorang diri !

Berkat kepercayaan isteri , orang tua , dan juga sokongan dari rakan rakan dunia maya , membuatkan aku tolak tepi semua perasaan tu .. Aku yakin mampu lakukan walaupun tidak sebaik seorang ibu lakukan .

Dan aku nak Qhaliff Iman , menjadi seorang anak yang jauh lebih baik akhlaknya dari aku ..

Aku bukan bercerita mengenai anak aku yang mana aku tau korang pun punya anak .. Aku sebenarnya sedang bercerita pada Qhaliff walaupun dia tak tau membaca .. Tapi ni adalah log dari ayahnya andai kata ayahnya tidak sempat bercerita tentang kehidupan pada Qhaliff ..

Yup , setiap malam .. aku akan renung muka dia sewaktu dia lena disebelah ibunya. Dan aku terpaksa tidur luar kerana dia conquer abis tilam ! Jangan risau , benteng dah dibuat agar dia tak terlajak berenang !

Qhaliff .. jadilah anak yang beriman kepada ALLAH . Hidup ini cuma satu dugaan dan kamu adalah dugaan daddy yang sangat mencabar ..

You May Also Like

11 comments

  1. Amin Ya Rabbal Alamin.. semoga anak2 kita semua menjadi insan yang baik, beriman kepada Allah serta hormat pada orang tua terutama ibu bapa..

    BalasPadam
  2. ya.. bila ada anak, rasa seronok tu xtau nak bgtau kan? tgk dia membesar, tgk keletah dia hari2.. mmg sgt seronok. hilang smua rasa yg xbest dlm diri ni.. moga2 anak2 kita trus membesar dgn sempurna

    BalasPadam
  3. assalamualaikum Ben, makin comel Qhaliff ni :-) Pasal bab benteng ni, bila dia dah rancak bergolek-golek nanti, make sure benteng tu padat dan tinggi sbb tendency nak terlepas benteng tinggi jugak ...(dr pengalaman sendiri :-))

    BalasPadam
  4. tu la kasih seorag ayah...hukhukhuk...sebak lak rsenya....smuge qhaliff jd anak yg soleh :)

    BalasPadam
  5. alahai sweetnyer kata2 itu.. akak yang ibupun tak lerh nak tatap wajahnyer kalau dah gi keje.. nak duk rumah gak...

    BalasPadam
  6. Insyaallah.Qhaliff akan menjadi anak yg soleh berkat didikan daddy dan ibu.amin.... hukhukhuk

    BalasPadam
  7. isyaAllah berkat doa mak & ayah Qhaliff akan jadi anak yg soleh...
    amin..

    hehehe..sama lak mcm situasi saya abg Ben..huband terpaksa tidur luar sebab Ammar sangat lasak time tido..katil sebesar tu semua dia yg punya...hehehehe ;)

    BalasPadam
  8. saya teringat kata-kata cikgu saya dulu, dia menyatakan "Setiap kata-kata itu doa."
    doakanlah yang terbaik untuk anak-anak, semoga termakbul doa abg ben dan isteri..=)

    BalasPadam
  9. dah ada gambar merenung qhaliff tengah tidur tu..?

    bukan apa..

    utk kenangan..

    nati dia dah besar sikit..
    boleh tunjuk kat dia..

    (dayah selalu je tunjuk gambar...ha mcm nih la ayah tukar pampers akim masa baby , ha mcm nih la ayah mandikan akim.. ha macam nih la ayah buat susu ha macam nih la ayah tepuk dodoi akim..hingga dia pandai bertanya skrg , saper yg tangkap gmbr nih semua ibu ke?) hehe...

    BalasPadam
  10. Rindunya nak ada baby..teringat masa anak umur cam gini..seronok layan dia main...

    BalasPadam