Siapa pengaruhi siapa ?

by - Rabu, Oktober 03, 2012

 

Dari Hmetro Online ..

image

“Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.

Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.

Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.” .

 

Pernah aku dengar sendiri pembikin filem kata , mereka mengambil kejadian  dari masyarakat sebagai idea untu membikin filem filem terutama yang bercorak gengster .. Hehehe .. Agaknya pasni ada kot pembikin filem buat filem gini ?

Baru baru ni , ada la aku duduk minum dengan seorang rakan .. Katanya dia kecewa dengan satu drama bersiri yang ditunjukkan dalam tv yang mana ajinomtonya terlebih hingga membuatkan mereka sendiri tertanya mengapa drama tu dibikin sedemikian rupa sedangkan hakikatnya tidak sama sekali ..

Bila aku kata pembikin filem atau drama ( bukan semua ) pentingkan diri sendiri dan hanya pentingkan soal keuntungan dari soal moral masyarakat , mereka menemplak mengataka kita tak sokong mereka dan sokong filem luar ! Akai ada ka bro ??  Pikiaq sebelum bagi kenyataan. Apa guna lu untung berjuta tapi yang lu hasilkan impaknya negatif ! Positif ? G tanya penonton sendiri apa yang diorang dapat lepas tonton filem  tu ! Ingat penonton ni ahli pemikir ke ?

You May Also Like

9 comments

  1. yap.. betul tu.. memang macam tu la.. itu baru dari segi keganasan,, camner lak kalau adegan dan aksi lucah dan tak senonoh tu??

    BalasPadam
  2. setuju sgt dengan abg ben....filem skrg nih byk yg elok dr tak elok...dorg nih lebih fikirkan kuantiti yg ingin dihasilkan dpd kualiti filem.

    BalasPadam
  3. wah.. hebat dah budak2 zaman sekarang.. betul tu Abg Ben.. filem2 / Drama2 kat tv sekarang ni kalau tak cerita gangster, mat rempit, bunuh2.. lepas tu ada aksi2 wanita dan lelaki yang tak senonoh. tu pengaruh juga tu...

    BalasPadam
  4. mohon dijauhkan perkara-perkara begini dari anak-anak kita masa akan datang..

    BalasPadam
  5. filem yang banyak meracuni fikiran budak budak..
    filem sekarang pengajaran kurang ajinomoto terlebih..

    BalasPadam
  6. parents pun kene main peranan jugak. tapisla ape yg ptt ditapis.

    BalasPadam
  7. betulll...setuju sgt2..

    sebab cite2 yg kuar kat tv tu la...
    budak2 zaman skang ni mengikut...

    kan pemimpin kite nak amik hati para belia dengan HIBURAN...camni la jadinye...

    Hidup hiburan...

    eeehhh....

    budak2 zmn skang terlalu advanced...cpt mengikut..jd..kne selalu perhatikan...

    BalasPadam
  8. Banyak pihak yang perlu memainkan peranan supaya perkara macam ni tak berlaku.Anak2 mmg mudah sangat mengikut apa tah lagi perkara yang tak elok.Sebab tulah kalau boleh jgn bagi anak2 yang belum tau apa2 tu tengok filem yang tidak2 di samping tanamkan nilai kasih sayang dlm diri mereka serta jangan dilupa doa dari ibu bapa.Mudah-mudahan takkan ada lagi samseng kecik tak cukup umur ni.

    BalasPadam
  9. yang hebatnya.. ada pengarah menggunakan alasan "cerita ini ada nilai pengajaran" walaupun citer tu pasal BOHSIA, PELACUR, MAT REMPIT. buat sequel plak tu. adoyai.
    Zaman citer2 P.RAMLEE dulu, x yah pun citer pasal BOHSIA, PELACUR, MAT REMPIT, tapi penuh dengan pengisian dan nilai pengajaran.

    BalasPadam