Tips nak kuruskan badan ..

by - Jumaat, Oktober 12, 2012

 

Ahaaa..Hari tu aku ada bagi tips camana nak naikkan badan guna cara aku .. Hehee.. Tu untuk lelaki je.. Perempuan aku tak pasti ..

Dan sejak aku jadi Mr.Mama , rutin ke gym mmg terganggu abis. Bukan tak boleh g tapi sian kat orang rumah . Dia abis kerja , balik mesti nak rehat jap kan .. Kalau aku bagi dia jaga 100% , confirm tekanan jiwa jap.. Hahaha .. Jadi , aku postpone nak g gym dan sekadar workout setengah jam kat rumah .. 

Nampak kurus ? Mungkin sbb lama tak workout berat.. Asik ringan je .Kalau buat balik tu , jap je naik .. Tapi aku tak plan nak besar cam dulu .. Maintain gini jer ..

Perut mmg naik . Melantak tak hengat punya. Tapi dalam minggu ni , aku berjaya ilangkan keperutan itu hanya dengan minum susu HL yang aku beli kat pasaraya berdekatan dengan kereta aku parking ..

Sebelah pagi , tengahari .. tu je aku minum .. Makan takde .. Malam , baru aku amik berat skit sbb aku akan berjaga hingga 2-3 pagi .. Walaupun ada yang kata salah , tapi ianya menjadi pada aku . Untuk korang yang bekerja , aku nasihatkan amik makanan yang berat di sebelah tengahari . Cuma elakkan makanan yang mengandungi lemak , gula , minyak , masin . Kalau nasi putih dengan ikan bakar , sup serta sayur .. tu dah cun dah .. hee .. Malam , susu dan buah buahan jer ..

Try la.. tak try tak tau kan ? Ada masa , g bersenam .. Asal keluar peluh mencurah curah , dahh ! Jangan ingat dukung anak je dah satu senaman.. Tak leh .. mental dan fizikal kena mantap gak .. Nanti nak main kejar kejar ngan anak , susah wooo ..

Badan yang sihat , tak semestinya berketul … Bersenam bukan suruh ketulkan badan ye ..

You May Also Like

9 comments

  1. Thanks untuk info ni, mmg tgh tercari2 tips untuk kurangkn berat bdn :-)

    BalasPadam
  2. wow hebat cara abg ben, tp if bg ibu yang menyusu cam tak leh nak ikut.

    nway sy ade cara camne, jom g blog saye.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2012/05/kurus-dengan-omega-guard-dan-gla.html

    BalasPadam
  3. iskh yer ker itu Bro Framestone? setahun lebih yang lepas jumpa dia slim melim.. sekarang dah makin sihat...

    kalau tanya dia siapa 'aku' nie mungkin di kenal - rakan sindeket "Mak Legenda Mahsuri" -

    tak sangka dia makin "SIHAT" - hahaha

    BalasPadam
  4. walau saya perempuan tetap nk cuba gak! nak tukar susu tu la camni

    BalasPadam
  5. thanks for the tips..nak buang lemak perut nih..hihi :p

    BalasPadam
  6. Dulu zaman kejar anak dara orang, memang kurus aku jadinya...

    BalasPadam
  7. malam tak boleh makan berger bakar la ek... hehe...

    BalasPadam