Jumaat, 30 November 2012

Nyesal marah dia ..



Hurm .. sedih tgk dia kena marah ngan aku .. Nyanyuk tp liat nak tdo .. Letak atas tilam , tak nak . Dukung , dia tolak badan aku .. Penyelesaian  ada pd mak dia je tp tak anis meeting lg .. Susu yg ada , sejuk membeku ..
Haihhhhh ...sian dia kena marah .. Nangis dan aku pujuk kembali hingga ketawa .. Pastu baru nk tdo ... Hurm ..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Hotel berapa bintang ni ??

 

Sepanjang hidup aku dok menginap hotel samada free atau berbayar , tak pernah aku kena seterika baju kat ruang legar ni haaaa ...

Adeh ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Dari bawah katil bilik hotel ku..

 

Amacam ? Nampak tak ? Heheehe .. Senang je buat kerja kan ? Huhu .. Ni baru bawah katil bilik hotel yg dibayar beratus henggit tu .. Lain lain kebersihan ?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kat Johor Bahru sudah ..

 

Ini kali ke 3 aku sampai sini .. Kali pertama , ngan band SPOON .. Kedua , sewaktu bertugas dengan Kementerian Pelancongan .. Yang ni , ke 3 ler .. hehehe ..

Apa yang menariknya ? Setakat 2 kali aku datang .. takde yang mampu mengujakan aku lagi …

hotel sentral

Apakah LEGOLAND ini akan membuahkan kenangan terindah buat aku dan juga keluarga aku ? Heheh .. Tunggu hari Ahad ni eh .. Ahad baru g .. Hari ni dan esok , ada program lain ..

Photo

Harapnya tak menghampakan aku la.. Walaupun masuk percuma untuk kitorang tapi kalau nak beli , garuk kepala gak harganya .. Huhu ..

Dan hotel Sentral yang terletak di Tanjung Puteri ni , walaupun nampak ‘daif’ tapi ok gak la biliknya .. Hehe .. Untuk tidur , bersiap .. Ok dah .. Honeymoon ? Huhu .. Aku tak cadangkan la … Kecuali mmg plan tak nak keluar bilik .. Hahaha ..

Set CANTIK MENARIK ..

 

-iklan-

Hanya tinggal 2 set. Grab sebelum sold out !

Set CANTIK MENARIK... [Vita E + Vita C + B-complex]
HOT ITEM....ramai yang adore...

SET

Kebaikan set CANTIK MENARIK?

★Menyerikan kulit yang kusam.
★Mengurangkan jerawat.
★ Memperbaiki struktur kulit.
★ Kulit gebu & mulus.
★ Menghilangkan lingkaran gelap di bwh mata.
★ Antioksidan ~awet muda.
★ Menghilangkan parut.

Bonus Tambahan:

★ Memberikan tenaga.
★ Melegakan stress.
★ Memberikan kesihatan dalaman.
★Kesuburan.


Jom GRAB sebelum terlambat.
Lps ni set ni hold hingga stok vit c smpi...jom...jgn frust nt...^_^
PM / sms / whatsapps ke 0139337697 untuk HARGA TERBAIK dr sy...anda xkan rugi punya....^_^

Year end sale - API advanced fat burner

 

-iklan-

Sekarang kami nak buat year end sale untuk produk supplement bakar lemak ni ..

Bagi yang tak tahu apa itu API Advanced Fat Burner ,sila baca statement kat bawah ni...

Senang citer, macam ni:  Fat Burner Advanced sebenarnya mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri kerana ramuannya adalah dari herba-herba terbaik (formulation herbs) iaitu dari gotu kola, coffee arabica xtract,green tea powder.

Bayangkan bagaimana kawan anda atau member-member memberi respons “hairan” bila mereka melihat anda  tidak sepertimana yang sering mereka ejek.

Betapa terkejutnya rakan-rakan dan sanak saudara anda melihat perubahan yang berlaku pada tubuh badan anda. Malah mungkin ada antara mereka mungkin akan rasa iri hati dengan perubahan yang anda bakal alami.

Produk sesuai digunakan untuk lelaki & perempuan yang sihat

RM170.00

(ni harga pasaran)

RM150 .00

(ni harga diskaun)

RM80

Sentiasa ada stok

Produk ini membantu anda :-

Membakar lemak-lemak degil dengan efektif .

Memberikan tenaga kepada anda sebelum bersukan

Meningkatkan metabolisma badan

Produk dibuat dari Herba  & Selamat .

(Tidak ada DMAE & Geranium)

SMS KE 0177990127

Tawaran ini sah untuk mereka yang bertindak pantas .

Ke Johor Bahru ..

3 hari kat sana.. Ada kije skit ambil bawak Qhaliff jenjalan .. Plan nk jumpa blogger nnti ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jeriji sendiri jadi pembunuh !

 

Hurm ..

image

Memang aku takut sangat jeriji pagar yang ada kat rumah baru aku tu .. Atas , bawah semua jerigi yang ‘ditugaskan’ untuk menghalang pencuri dari luar masuk ke dalam ..

Tapi pada yang sama , aku sekeluarga menjadi ‘ tahanan’ bila berada di dalamnya .. Jika berlaku perkara perkara begini , paling utama ialah kuncinya !!

Hurm ..Jalan keluar tu mmg ada tapi .. Haih .. Aku kena fikir semula faktor faktor keselamatan rumah aku tu ..

Selamat Hari Lahir ke 36 , BEN ASHAARI

 

Eceh .. Buat sendiri nampak ??? Saja .. Hargai diri sendiri , kan ? Takkan nak orang je hargai tapi kita sendiri tak hargai diri kita sendiri .. kan kan ?

Hurm … nak hadiah apa eh ?? Haaa .. tau tau … Aku nakkkk  korang doakan aku , keluarga aku keberkatan , kesejahteraan , dimurahkan rezeki serta diampunkan dosa dosa samada yang lepas dan juga akan datang ..

Doa tu yang sangat mahal .. kan ? Terima kasih pada rakan rakan yang ucap selamat pada aku .. Hanya ALLAH saja mampu membalas budi baik korang semua ..

Khamis, 29 November 2012

Mari belajar di TADIKA ARINA , PUTRAJAYA

 

-IKLAN 24 JAM . ENTRI TERBARU , DIBAWAH ENTRI INI-

 

Terletak di No 16 , Jalan P9G1/1 PRESINT 9 , Putrajaya , TADIKA ARINA ini sebuah tadika Chinese Muslim yg diasaskan oleh Pn Nurul Arina Tan dan suaminya.Ini sememangnya dinantikan oleh penduduk Putrajaya yang mana ramai ibu bapa agak kesukaran untuk mencari kelas bahasa mandarin untuk anak kecil mereka dalam mendapatkan pendidikan awal.

 

Di Tadika Arina ini , para guru yang berpengalaman akan mengajar mata pelajaran seperti Eng , BM , Bahasa Cina , Art , Agama , Science , math  manakala Piano dan Organ adalah optional.

Bagi fullday students pulak diwajibkan untuk menghadiri kelas mengaji al-quran pada setiap isnin hingga jumaat di sebelah petang.

Yuran bulanan adalah termasuk kelas mengaji Al-quran dan mata pelajaran yang lain (kecuali piano dan organ) .

Dan di setiap Jumaat pula akan dikenali sebagai Hari Agama / Agama Day yang mana para pelajar akan memakia baju melayu/kurung....(aiiyyaa macam raya oohh).... belajar secara praktikal mengenai solat , wudhu, asas fardhu ain, aqidah, feqah dan sirah Nabi.

 

Apa yang special tentang Tadika Arina ini adalah kelas bahasa mandarin dan kelas piano akan diajarkan oleh Pn. Arina sendiri.Beliau akan memastikan semua student pandai bertutur membaca dan menulis dalam bahasa mandarin.( rugi tak belajar woo ) , mereka boleh mengasah bakat dalam nyanyian , bermain alat muzik , bercerita dan banyak lagi.

Tadika Arina ini juga mempunyai konsep tersendiri iaitu budak-budak tidak digalakkan tidur di sebelah petang...(berbeza dengan tadika lain)....Ini adalah untuk melatih budak-budak untuk membiasakan diri mereka sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.

Selain itu, Tadika Arina juga mengamalkan “A new word a day” satu hari satu nama Allah (Asma Ul Husna)......bestt wooo anak2 kita dapat hafal.....Disamping itu pihak pengurusan Tadika Arina juga menyediakan bilik kelas yang berhawa dingin dan selesa,Trip cuti sekolah , Hari Sukan , Peperiksaan awal dan akhir tahun , perpustakaan , tandas yang berlainan jantina , katil untuk pelajar yang tak sihat (sickbay), makanan yang sedap ! Heheh .. Kenapa sedap sbb gabungan citarasa barat dan asia …..siap ada menu lagi....minuman yang disediakan pulak adalah milo, soya bean, susu dan jus oren....ish..ish..ish..mana mau cari tadika macam nieee....

Bahasa utama yang akan digunakan di sini adalah bahasa English kecuali bila kelas BM , Bahasa Cina dan Agama saja dalam bahasa Melayu. Dan mereka gunakan multimedia bila mengajar ..

Tidak lupa juga ada Graduation Day bagi pelajar yang berjaya tamatkan kelas tadika mereka .. hehehe .. Cam dapat degree woo .. hehe.. Pengalaman yang tak boleh dilupakan...Jom..apa tunggu lagi...daftarlah anak-anak sekarang sebab ia “first come first serve” and “only limited seats available......

*Tadika Arina akan buat trip ke Kidszania tahun depan,insha ALLAH

Untuk lihat dan mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik SINI.

Bila berdua dengan si dia ..

 

Gambar ini aku cilok dari blog Lyssa .. Apa ceritanya , g baca sendiri kat blognya ..

Hurm.. Sepanjang hari ni , mmg aku membuatkan aku lebih rasa rapat sangat dengan si dak kecik ni .. Senantiasa dia dalam dakapan aku .. Aku akan dakap selagi mana dia nak aku dakap .. Nanti dah boleh berlari , pasti tak nak aku dukung dah .. huhu ..

Penat ? Memang penat ..tapi bila dia memandang tepat mata aku , aku terasa dia ingin mengucapkan sesuatu pada aku ..  Sebagaimana aku bila memandang ayah aku … Aku nak ucapkan betapa aku menyayanginya dan terhutang budi padanya ..

Anak kecil walaupun tak reti lagi berkata kata tapi mata mereka cukup untuk menyampaikan segala perasaan mereka .. Sayangnya ada jugak yang tak reti nak membacanya ..

Lagi kena rompak !

 

Baru balik dari rumah orang tua aku yang mana mereka baru saja sampai dari Pulau Pinang .. Saja g sana sbb diorang bawak balik durian Balik Pulau. Buah sana , mmg sedap sedap giler .. huhu..

Dalam dok borak borak tu , mak aku bukak cerita pasal adik ayah aku yang baru baru ni dirompak oleh mereka yang berparang panjang. Hurmm..

Menurut mak aku , mereka (suami isteri ) datang ke rumah anak mereka dan nak dijadikan cerita , rumah tu dimasuki perompak bersenjatakan parang panjang .. Maka abislah harta dalam rumah tu ..

Hurmm .. Aku malas la nak persoalkan mengenai mereka yang dok kata kadar jenayah dah semakin menurut atau negara semakin selamat .. Penat ! Penat nak bertelagah pasal ni .. Kalau selamat sangat , takkan jiran aku pon pasang ADT ALARM kan ? Bukannya murah tuuu ..

Dan , banyak giler kawasan yang tidak diterangi lampu jalan .. Gelap dan malam je .. Putrajaya ni sendiri pun cukuplah .. Hurmm.. Aku kadang kadang pon naik takut nak keluar malam .. Hurm.. Duk rumah pon takut gak .. Dah tu ???

Kalau tak kena rompak , kena pukau .. Camana tu ?

Lyssa Faizureen dah jadi pengasuh Qhaliff

 

“ Qhaliff leh teman daddy tapi mesti ajak kak Lyssa teman Qhaliff. . “ . Tu yang Qhaliff pesan kat aku semalam sebelum dia tidur ..

Huh !

Untuk sehari jer .. tu pun atas permintaan aku sbb aku ada job tapi tak leh tinggalkan Qhaliff yg mana  ..Tapi , apa yang berlaku kat sana ?? Penat nak jaga dak sorang ni !! Serius , penat ! Dah la siap bawak masuk meeting… adeh ..

Nasib baik ler dia tak wat ragam .. Siap orang puji dia behave gitu .. Huhu .. Kalau tak behave , aku soonnattt dia nanti ! Tapi , mmg dia anak yang baik laaa .. Dia bosan jer  baru dia wat ragam.. Gerak sana sini ,.. Membebel dalam bahasa yang dia sorang je tau .. huhu ..

Nasib baik la Lyssa sudi teman aku .. Kalau tak , camana laaa nak jaga Qhaliff terutamanya dalam kereta .. huhu .. Yelah , dia waktu pagi .. ok sangat .. Mai masuk petang jer baru dia byk wat ‘cerita ‘ tersendiri ..

Apa pun , jutaan terima kasih dan terhutang budi pada blogger Lyssa Faizureen aka Lyssasecret.com yang sudi jadi pengasuh Qhaliff ari ni ..

Qhaliff ikut daddy ..

Sampai dah Menara Axis... Kalau tk pasal blog , tak nk aku kuat awal pg ni... Nasib baik ada Lyssa teman utk jaga Qhaliff jap lg ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Event pertama Qhaliff ???

 

Secara rasminya , esok Qhaliff akan ikut aku ke satu event yang bertempat di Petaling Jaya .. Hehehe.. Bukan dia yang terlibat tapi aku ..

Memandangkan dia takde orang nak jaga , terpaksa aku usung dia bersama .. Er , ada sorang lagi blogger akan ikut aku untuk jaga Qhaliff.. Semata mata nak jaga Qhaliff je  ?? Apa nak buat .. Budak tu semakin  lasak ! Risau nanti dalam kereta , bergerak sana sini .. Susah wooo nanti aku ..

Apa pun .. tunggu perkembangan semasa esok yer .. hehehe ..

Rabu, 28 November 2012

Tahniah Malaysia ..

 

Ok la game malam ni .Masih ada ‘lubang-lubang’ yang perlu diperbaiki sebelum perlawanan kumpulan terakhir sebelum bertemu Indonesia .. Perlawanan hidup dan mati ..

Alang alang dah calar  kat badan , calar semua sekali badan mereka gak ! Baru puashati !! Hehehe ..

Berbaloi gak eh bila peminat ‘mengamuk’ ! Bukan tak patriotik tapi sesekali kena sedarkan ‘mereka’ .. Lena sangat ..

Akulah yg bersalah ?

Baru nak rasmi baring atas katil baru .. Skali .... Praakkkkk !!!! Huk aloh ... Patah doh ???  Haihhhhh ..

Terus call tokey perabot tu ...  Nasib baik bukan pengantin baru .. Kalau tak ???

Published with Blogger-droid v2.0.9

Dikencingnya daddy !!

 

Kul 1 petang .. Masa untuk tukar lampin pakai buangnya tuu .. Seluar ditanggal .. Ahaaa .. Berat sungguh .. Memang patut pun , susu abis dua botol .. huhu ..

Tiba-tiba , aku dipancutnya ! Abisss tilam tu haaa .. Awatnya tak pancut masa dok berlampin tadi ?? Adehhhh … Ni yang aku rasa nak sunatkan sebelum tiba masa niiii .. Grrr ..

Nasib baik dapat daddy yang dah cool .. Kalau daddy yang tak cool dulu , mmg abisssss laaa kena bebel Qhaliff ni !

Tidur dah diaaa.. Cuaca panas ari ni .. Kena tidur tak berbaju .. huhu .. Qhaliff laaa ..

6 Set LEGO–FERRARI idaman ramai …

 

clip_image002

Kumpul je tak guna kan kalau tak tau apa jenisnya kan kan ? Heheh .. Jom baca sedikit mengenai kereta LEGO-FERRARI yang korang kumpul tu ..

  •  Ferrari F150° Italia – Penghasilan semula oleh kumpulan LEGO kereta F1™ yang telah memenangi perlumbaan 2011 dengan pilihan untuk menukar kepada gaya penampilan Felipe Massa atau Fernando Alonso.
  •  Scuderia Ferrari Truck – Trak pengangkutan yang biasa kelihatan ini merupakan sebahagian besar daripada pasukan perlumbaan Ferrari dan oleh itu membawa dimensi lain kepada koleksi eksklusif ini. Versi LEGO kenderaan ini telah direka bentuk dengan pemerincian lampu, radiator dan kekisi depan.

  • Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) – Legenda sebenar dunia lumba motor; bukan sahaja merupakan salah sebuah kenderaan paling menawan yang pernah dicipta, bahkan adalah kenderaan Ferrari pertama yang menggunakan brek piring. Lampu depan berbentuk bulat dengan menggunakan blok LEGO menyerlahkan lagi keindahan bentuk asalnya.
  • Ferrari F40 – Salah sebuah kereta sport yang paling dikenali sepanjang zaman. Bentuk aerodinamik klasik serta spoiler belakang segi empat adalah rekaan yang pasti dapat dicam dengan serta-merta dan ini kesemua ini disempurnakan dengan menggunakan blok LEGO.
  • Ferrari FXX – Evolusi perlumbaan berprestasi tinggi terbaru Ferrari Enzo; salah sebuah kereta paling berkuasa di dunia. Versi LEGO terdapat dalam penampilan hitam untuk menyerlahkan gaya Ferrari FXX yang lancar lagi rapi.

  • Ferrari 458 Italia – Boleh dikatakan sebagai kereta paling ikonik dalam rangkaian Ferrari terkini, maka tentu menjadi pilihan dalam promosi ini. Kumpulan LEGO menggenapkan segala usaha untuk menghasilkan segala pemerincian unik termasuk ekzos ganda tiga dan lampu depan pelbagai LED demi menghasilkan sebuah permainan yang sebenar lagi menyeronokkan.

Amacam ? Menarik ? Heheh ..

CARA YANG LEBIH MUDAH UNTUK MEMILIKI MODEL KERETA LEGO–SHELL

 

Aku tau , ada rakan-rakan yang merungut susah nak dapatkan koleksi  model kereta LEGO – SHELL yang sedang hangat dipasaran tu kaaannn .. heheh .. Rileks bro !

Baru-baru ni , bertempat di Blue Concourse, Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid , Shell Malaysia telah melancarkan tiga lagi model koleksi terhad model Ferrari yang dipasang menggunakan blok LEGO. Model-model LEGO – Scuderia Ferrari Truck, Ferrari F40 dan Ferrari FXX .

Menariknya terdapat sebuah Ferrari 150° Italia saiz sebenar yang dibina daripada blok LEGO - rekod julung kali dalam sejarah Shell yang telah memakan masa 6 bulan untuk direka dan dipasang oleh sepasukan pakar di LEGO.

Pic 4 - Tuan Haji Azman Ismail with the complete set of the Lego Models

Ini bermakna ada  6 set kesemuanya kan ? Ok .. Untuk membeli kesemuanya dengan cara mudah , sila ke stesen Shell yang berhampiran kemudian dengan tunjukkan kad BonusLink :

  • Beli model kereta Lego® pada harga RM 12.90 setiap satu tanpa perlu membeli sebarang barangan Shell. (terhad kepada satu unit setiap pelanggan untuk setiap transaksi)
  • Dengan pembelian minimum RM40 (gabungan resit dari stesen Shell yang sama dibenarkan) Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing, para pelanggan boleh membeli kereta model Lego® pada RM10.90 setiap satu dan / atau set Lego® Minifigures pada RM10.90 setiap satu (terhad kepada 3 unit barangan Lego® setiap pelanggan untuk setiap transaksi).
  • Dengan pembelian pek 4 liter Shell Helix Ultra / HX7 / HX7E / HX7 Diesel, pelanggan akan menerima satu set Lego® Minifigures secara PERCUMA. Mereka juga boleh membeli sebarang model kereta Lego® pada harga RM12.90 setiap satu (terhad kepada 3 unit setiap pelanggan untuk setiap transaksi)
  • Promosi ini sah sementara stok masih ada.

Ok .. Tunggu apa lagi kan ? Sila dapatkan ke semua set tersebut ! Aku dapat daaahh !

 

Lapar ke atau mmg gitu ?

 

‘Susah walaupun senang ‘ nak kasi dia makan sbbnya dia nak suap sendiri atau nak telan sekali ngan sudu khas dia tu ! Siap tolak tangan kita tuuu .. Pastu tak sabar untuk suapan berikutnya !

Pagi ni berlainan dari pagi pagi yang sebelum ni sbb rumah ni dah kosong tanpa mainan dia .. Yg tinggal cuma rocker dia je.. Jadi , aku la kena main ngan dia 100% !

Puas tidur dia semalam. Awal bangun pagi ni . Nak bagi lena balik , ada dua cara .. Samada kasi dia kenyang atau kepenatan .. Hurmm… mana satu ?

Aku pilih kenyang … Dan dia dah lena .. Susu , tak susah kasi dia .. Cuma bab makanan pejal ! Abis selekeh terus baju seluar dia ! Huhuh ..

OFFER ! Set Cantik Bajet & Set Jeragat Bajet

 

-IKLAN-

OFFER HARGA RUNTUH!!
SET CANTIK BAJET dari kami....
Hasil gabungan ESP & Alfafa Complex...
Ada 3 SET~~ LIMITED SET.

Lagi satu SET JERAGAT BAJET....
Terdiri dari GLA COMPLEX + NUTRIWHITE SPOT WHITENING
Hanya ada SATU SET...LIMITED...

 

SAPE CEPAT DIA DAPAT!!
Jom PM/sms/whatsapps ke 013-9337697 atau emel: babymamapapaestore@gmail.com untuk order.
HARGA RUNTUH TERBAIK untuk anda..

Qhaliff rampas kuasa !

 

Daddy g gym lagi ??? Yearghhh .. Asik dia dok larikan netbook ni dari aku jer .. Hehehe .. Masa untuk balas dendam  .. GIGIT !! GIGIT !! GIGITTTT !!

 

Photo

Aku tak tau laaa apa kene ngan Qhaliff ni .. Semua menda aku dia berahi nak gigit ! Grrrr !!

Aku tauuu .. gatal gusi kan ? Siap la mak dia pasni .. hahahaha .. Kena gigit laaa masa menyusu nanti .. Hahahahhahahahahahaha…

Selasa, 27 November 2012

Khas untuk aweks saja dan yang punya aweks !

 

-IKLAN-

Hi all,

skrg tengah trend baju lace ni..ada Long Lace..Midi Lace..n mcm2 style la..sape suke baju mcm nie? 

GAMBA-1

Kalu nk tahu lebih detail boley view fan page meimeiclothing untuk maklumat lanjut dan kalu nk tengok laen2 baju yg best2 boley la ke website ni ye www.crazewear.com

Tengah tengah SALE!.. ape lagi jom serbu.. =)

Selamatkah kita sebenarnya ?

 

Baru pulang dari rumah baru .. Tadi , seorang sahabat baik aku singgah sekejap kat rumah tu untuk bersuka ria .. Hehe .. Takde la… Kebetulan dia ada keje kat situ , jadi singgah la jap ..

Sambil tu , dia saja periksa keselamatan yang ada dalam rumah tu berdasarkan pengalaman dia menjadi ketua kampung kat taman perumahan dia..

Hurmm .. Ada beberapa petua yang dia kongsikan bersama dengan aku .. Bila dia kata begitu begini dan tunjukkan beberapa kelemahan yang ada dlm rumah tu , aku jadi takut sedikit kerana ada kebenarannya apatah lagi kawasan rumah aku tu , masih belum beberapa terang ditambahkan lagi dengan kewujudan banyak kawasan perumahan yang sedang dibina.. Jadi , paham paham je laa ..

Sebaiknya , amik je penggera keselamatan cam jiran sebelah aku buat .. Lantik ADT untuk pasang penggera keselamatan .. Katanya pemasangan pun tak la mahal mana .. Bulanan , tak sampai pun RM100 .. Jika nak dibandingkan dengan keselamatan keluarga kita kan ?

Hurmm .. Ada kebenarannya .. Akan dipertimbangkan kesemua langkah langkah keselamatan .. Dan , aku baru diberitahu oleh seorang lagi sahabat baik yang mana maknya baru saja dirompak .. Masih menunggu berita penuh. Semoga Allah melindungi mereka ..

Selamat Tinggal UNIFI ..

 

 

Terasa kecewa bila dikhabarkan tiada lagi ‘tiang’ dikawasan rumah baru aku tu .. Yang berhampiran , kata mereka dah ada .. Tahun depan baru ada .. Kalau tahun depan baru ada , hurmm.. tahun depan la ceritanya ..

Seperkara lagi yang tak menyeronokkan ialah .. charge relocate hingga RM300 !! Mak aih .. baik aku terminate dan pasang baru .. hahaha .. Senang cerita kan ? Guna je nama aku haaa .. Sblm ni nama wife .. Dapat set baru .. haaaa ..

RM300 tuuuu .. perghh .. baik guna Maxis Home .. Tapi Maxis Home pon ‘tumpang’ kabel TM .. Sama je ler .. hehehe ..

Jadi , untuk rumah baru ni , aku tak leh la download apa apa dah .. Sekadar untuk browsing je la .. TV , nampak gayanya … macam kena masuk semula ASTERUK je ni .. huhu ..

Ke nak pasang piring satelit tu .. Dapat tengok cenel omputeh yang censored tu haaa .. Waaaa .. Juling mata Qhaliff !

Tahan benar dia ..

 

Seperkara yang aku respek kat Qhaliff ni kan , dia tak buat perangai depan orang .. Kiranya dia tahaaaaann je apa saja yang dia rasa .. Hinggalah dalam kereta atau dalam rumah dia sendiri , baru dia nak nangis atau mintak apa saja ..

Kalau ikut dari entri dalam blog ni dulu la kan .. Masa memula bawak masuk mall , dia punya teriak .. jangan cakap laaaa .. huhu .. Daddy pon leh kena heart attack ..

Tapi skang .. ok dah .. Kalau dapat makan , laggiii seronok diaaa .. hehehe .. Kalau dapat tidur , lagiiii la dia seronok .. huhu …

Ni tengah tdo dia.. Jap lagi nak g umah baru lak .. haih .. penat tak ilang lagi ..

TMPOINT Cyberjaya , mengarut aih !



Nak urus soal perpindahan UNIFI . Nak masuk ke dlm bangunan TM ni , kita kena daftar dulu kat pintu masuk pengawal. Tak kira la dtg ni byr bil atau urusan lain , kena daftar kat situ gak.. Kita kena berentikan kereta kat tepi jalan tu dulu , baru ke pondok pengawal ! Tak ke membuang masa ???
Menurut pengawal kat situ , ni arahan org bijak dlm TM tu .. Aku harap sistem keselamatan ni dpt dipermudahkan lagi .. Ni dah mcm kuno balik !
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kenangan 4 Tahun..

 

Hurm.. Qhaliff membesar dlm rumah ni la .. huhu .. Sayang rasa nak tinggalkan ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 26 November 2012

Terasa terabai ..

 

Hari ke 3 pindah rumah. Masih lagi di rumah lama .. Aku tak nak tidur sana lagi sbb masih berdebu. Tunggu balik dari Kuantan , baru nak tidur sana. Nak kena bersihkan sekali lagi rumah tu ..

Tadi , dah upah sorang maid indon untuk tolong wife kemaskan rumah. Yelah , kalau aku tolong .. sapa nak jaga Qhaliff yang dah mula macam Bolt tu haaa .. Pantang leka skit , tau tau sampai Jerman dah !

Blog ? Jangan cerita laaa .. Hari ni 3 entri jer ! Aku mmg tahap malas cipan nak update apatah lagi dengan guna netbook ni .. Bukan apa, setelah guna ultrabook , netbook ni aku terasa macam guna kereta Datsun zaman bapak aku muda muda dulu laaa .. Slow giler bila nak post entri ! Blom lagi nak edit gambar !

Guna hp , mmg pantas laaa .. Sebab tu kalau nak rajin gak , aku update guna hp dulu baru aku edit semula guna netbook.. Yang ni , mmg boleh diharap sungguh laa .. hehe ..

Bila mood nak update seperti biasa datang balik ? Hurm.. tunggu rumah sana dah cun ! Huhu .. Baru mood nak update ada .. Dan pastinya banyak cerita baru nak dikongsi bersama ..

Penyamun serah diri pada Saiful Apek !

 

Tergelak aku baca artikal dr Berita Harian ni ..

Seorang lelaki menyerah diri pada polis di satu sekatan jalan raya yg mana Saiful Apek terlibat sama menyertai operasi tu .. Tapi dia lebih pada nak edar risalah cegah jenayah jer ..

Lelaki yg mengaku dikehendaki polis tu terlibat dlm kes samun  memberhentikan motornya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalannya dan meminta utk bergmbr dgn Apek terlebih dahulu sebelum ditahan pihak polis kerana disahkan punya rekod dikehendaki polis ..

Hehe .. macam tu punya pun boleh ? Kalau letak artis kpop ? Berapa ramai agaknya yg dtg serah diri ? Ke serah kewarganegaraan ???

Published with Blogger-droid v2.0.9

Servis Kereta ..

 

Dah terlajak 1 ribu km .. Nasib baik ingat sbb Jumaat ni nak ke Johor pastu ke Pahang seterusnya ke Melaka .. Perghhh .. Jauh perjalanan .. Maka , memerlukan kereta yg berkeadaan tip top .. hehe..

Aku , masih lagi blur dengan demam .. Masih high dgn ubat ubat dokor bg .. Patut tadi bg buku servis , aku bg buku manual kat staff perodua tu .. Nasib baik tak kena gelak guling guling ..

Ni , dok melangut tunggu giliran aku . Kang kul 1 , nak g umah baru bersama maid indon yg disewa utk 4 jam .. Harga ? RM60..  Huhu .. Tak pe la .. Janji rumah siap kemas ..

Wife betul2 kerja keras bab pindah ni sbb aku mmg dah tak larat .. Sengal abis badan badan ni .. Kang malam nak g gym .. Nak kasi peluh balik .. Tapi , mcm tak bermayaaaaaa je lagi .. hurmmm ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI