Aku cukup benci pada pemandu lori !

by - Jumaat, November 02, 2012

 

Yang cukup kurang ajar ! Ayat tak abis kat tajuk tu .. Haaa.. Bukan semua tapi hanya segelintir saja yang beperikemanusiaan. Tapi bak kata orang , kerana nila setitik ..

Tak caya , cuba memandu ke Kelantan ikut Gua Musang. Dari situ korang akan bertemu pemandu lori yang berhati perut dan jugak tidak ..

Kalau kat dalam bandar ? Jangan cakap laa.. Ada yang berada di belakang kereta kita dan beria nak himpit supaya kita beri laluan pada dia sedangkan laluan tu bukan boleh laju mana pun .. Tu belum masuk lagi part nak masuk lorong .. Bersungguh dia nak masuk dulu ..

Ada pernah aku berbual dengan pemandu lori treler ni. Diorang kata mmg gitu sbb diorang besar .. Sapa nak lawan , cubalah .. Hurmm.. Sampai begitu dangkal sekali pemikiran mereka ..

Dalam akhbar Harian Metro hari ni , sedih aku membacanya .. Sekeluarga mati kemalangan apabila kereta yang naiki merka bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, Kedah.

pix_middle

Menurut akhbar tu , kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan akibat kerosakan teknikal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta itu menyebabkan keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.

Aku tak salahkan pemandu lori atau sapa sapa kerana aku bukanlah pegawai penyiasat kejadian . Cuma aku harap , pemandu kenderaan yang besar besar ni , bawak la elok elok .. Patuhi undang undang .. Jangan fikir awak besar , semua nak celah jer .. Ingat , bila eksiden , bukan awak je yang naya .. Kot orang lain pon terlibat sama .. Hurmm..

Innalillahiwainnailaihirojiun .. Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatihah …

You May Also Like

16 comments

  1. ye bukan semua.. touching baca tajuk memula..

    BalasPadam
  2. Mmg payah nk jumpa pemandu lori beso yg berhemah. Harap2 yg menyebabkan kematian tuh nyesal seumur hidup. Geram! Tapi dulu penah nampak pemandu lori pasir berhentikan lorinya pasal nak bagi jalan kat bebudak sekolah..

    BalasPadam
  3. tumpang geram.. mmg la kalau ulang alik dr kl ke kltn mmg asyik ikut lori je..blh bayangkan perasaan abg ben..

    mmg kena ada kempen utk bg pemandu lori ni lebih bertimbang rasa ms memandu..

    BalasPadam
  4. saya setuju dgn pendapat tuan Ben. satu lg faktor, sebenarnya yg berkerja sbg pemandu lori ni kebanyakannya (bukan semua ya), berpendidikan tak berapa tinggi. so, keputusan dan pemikiran kira nak senang jer..

    BalasPadam
  5. huhu..xkisah la lori tau bas, Kalau diorang ade dekat mesti bagi die je lalu dlu..td pagi pun hampir2 nak kena...elok plak bus tu ade kat blind spot so memang xnampak bus tu walau sebesar alam shingga dia hon..tp xtahu hon pada siapa sama ada pada kete yg baru nak keluar selekoh atau sye sbb time tu nmpak ade kete kluar muncung ke depan sangat...

    BalasPadam
  6. yg jd mangsa keta laaa... pemandu lori relek je xde pape... maklum la besar...

    BalasPadam
  7. Kebayakkan pemandu lori ni memang kurang ajar pun...saya pernah nampak sekali kat tempat nak buat pusingan u..driver tu selamba je berhenti ngam-ngam je kat tempat U-turn tu dan selamba badak je makan nasi bungkus...xde akal ke ape??kot je pun nak makan,berhenti lah kat tepi jalan...hurmmm..dah la jalan sempit..sume kete dok Q kat belakang lori tu...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..Maaf mencelah...sy baca sesetgh drp entry en ben..tp kali ni sy tergerak utk komen..sebab apa? sebab sy anak kpd pemandu lori treler, & sy tggal di gua musang.. :)mmg mula baca tajuk agk tersentuh..ye sy tau, ramai org xsuka pemandu lori, even sy sendiri pun. sy skrg mnetap di subang jaya, & byk juga terjumpa pemandu lori xberhemah kat area klang valley & sy sendiri pernah dihimpit lori besar..trima kasih sbb fhm & masih lagi mnjaga hati pemandu2 lori@ keluarga pemandu lori ni dgn perkataan 'xsemua'.. :) yelah, abah cari rezeki halal..kdg2 pukul 2-3 pagi masa kami tgh dibuai mimpi indah, abah dah keluar utk mncari rezeki, solat & doa abh xlupa..tahajud & duha abah buat juga..ini semua demi menyara kami sekeluarga, sampai kami msg2 dpt jejak kaki ke universiti..alhamdulillah, dgn bwak lori tu kami dpt meneruskn hidup serba sederhana..walaupun abah xde pelajaran tggi, tp abah tetap mnjlnkn tggjwbnya tanpa mengeluh sedikit pun, xpernah menyesal memelihara kami adk brdik..xmalu sy katakan, saat komen ni ditulis, air mata sy menitis..harap pembaca blog en ben xmemandang hina kpda pemandu2 lori wpun ada yg bsikap xelok.apa pun kerja kita,kita semua sm shj.yg membezakn kita keimanan & kejujuran dlm melaksanakan kerja.sy lebih bangga & rela membesar menjadi anak pemandu lori yg hidup sederhana ttpi jujur & rezeki dr sumber halal dari menjadi anak org terpelajar, berpangkat, kaya & hidup mewah, tapi membesar dr duit haram (rasuah dsb)..jazakallah..mohon maaf jika ada tsalah taip..yg baik dr Allah, yg buruk dr sy sendiri..

    BalasPadam
  9. Selalu sgt jumpa pemandu lori yg xberhemah ni d lebuh raya...siap bg lampu.dia nak potong.padahal dia bkn laju mana pn bila potong..

    BalasPadam
  10. Setuju..saya pegi keje tektiap hari lalu lauan lori..selalu kene ikut belakang lori..geram sangat..kebanyakannya tak berhemah walaupun tak semua.

    BalasPadam
  11. ...Dan suamiku adalah pemandu lori sejak habis sekolah menengah... kira2 dah hampir 20 thn letak tgn kat stereng lori.. Pendpt ku bab2 bwk apa shj kenderaan berhemah @ tidak tu tgok pada kawasan... Biasa dh bwk lori utara-selatan dan boleh nampak dan kaji kawasan mana yg org2nya sgt la nak jadi pemandu F1...

    ..Dan sgt tak setuju JALAN2 raya kat malaysia ni rosak sbb LORI berat... Tgok la buat jalan tuh berkualiti ke tidak!!...

    Tak boleh cari makan la PEMANDU LORI mcm ni.. Siapa nk hantar minyak, stok makanan kat pasaraya ye? Pakai kereta? Sanggup tak? BAS pun kenderaan berat juga tau!

    BalasPadam
  12. ops nak tambah.. Untuk yg bukan pemandu lori, jgn ikut blkg lori terlalu dekat terutama di kawasan bukit.. Jarakkan kenderaan dan jangan asyik nak potong aje bila nampk kelibat lori.. Itu pesan suami ahkak, seorang pemandu lori :)))

    BalasPadam
  13. setuju dengan pendapat alfa angel..

    tapi ingatlah bukan semua pemandu lori bersikap kurang ajar.. macam BA tulis 'kerana nila setitik..'

    BalasPadam
  14. nope. tak semua. ayah saya pon pemandu lori. and saya tahu susah senang dorang bawak lori. agak tersentuh dengan entry abg ben.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum en ben...saya minta maaf, saya agak tersentuh sehingga menitiskan air mata membaca entri ini kerana suami saya seorg pemandu lori trailer...di saat saya & anak masih tidur, suami sudah pergi mencari rezeki...Alhamdulillah, dengan rezeki dr suami, saya menjadi surirumah skrg...walaupun suami tidak berpendidikan tinggi & saya pula seorg pemegang ijazah...dulu semasa bekerja,setiap hari saya memandu jauh & sering berjmp dengan lori2 yg membawa muatan berat,semestinya saya phm apa yg en ben maksudkn...namun menurut pemerhatian saya sepjg memandu,kebanyakan pemandu kereta sangat tidak sabar utk memotong lori walaupun di jln yg berselekoh...bila pemandu lori nmpk keadaan tidak selamat,terpaksa dia brek mengejut...jadi cara kita memandu bkn dinilai dr segi pendidikan mahupun kenderaan yg kita gunakan, tetapi sikap kita sndiri...ape pun terima kasih kerana ada statement tidak semua pemandu lori begitu...

    BalasPadam